Bab 2

69.5K 1.9K 21
                                    

Faliq Dika POV

"Abi,Faliq nak keluar jumpa Airiel kejap..Sebelum maghrib Faliq balik." Ujarku tatkala melihat abi di hadapan pintu.

"Hurm..abi baru bercadang nak ajak Faliq teman abi jumpa uncle Zaid.Ummi tetiba pulak ada hal so dia tak jadi nak teman abi" adu abi sambil memakai kasut.

'Nak teman ke tak erk?Hurm teman jelah bukan selalu pun dapat keluar dengan abi..Sorry Airiel aku lebih pentingkan abi aku dari kau.haha..'desis hati kecil ku

"Ehh kalau macam tu,jomlah Faliq teman.Pasal Airiel tu nanti Faliq whatsapp dia cakap cancel" Balasku tanpa ragu-ragu

Nak ragu pun buat apa,jumpa uncle Zaid je pun bukan nak pergi bakal isteri..

By the way nama aku Tengku Faliq Dika Tengku Amin. Berumur baru 26 tahun kerja as a businessman dekat syarikat abi.Aku anak sulung kepada En. Tengku Amin dan Pn. Syarifah Mardiyah and aku ada adik perempuan yang cute,Tengku Farisya Dalila..

"Takpe ke cancel tu?Kalau penting pergi jelah,abi boleh pergi sendiri." kata abi

"It is okay abi. Tak penting pun.Abi lagi penting untuk Faliq" balasku sambil mengukir senyuman.

Yes Ummi dan Abi adalah segalanya bagi aku..

"Ok jom!" Ujar abi seraya melangkah ke arah kereta BMW X5 miliknya..

Hidup kami agak mewah.Abi ada pangkat Tan Sri tapi Abi tak pernah ajar aku dengan Isya menunjuk-nunjuk kekayaan yang kami miliki.Kata Abi harta dunia tidak penting..

Kereta BMW X5 yang dipandu abi meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo 2 tingkat menuju ke tempat yang telah dijanjikan..






Teruskan support

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now