Bab 48

40.7K 1.1K 38
                                    

Hujan renyai membasahi tanah perkuburan yang kemerahan.Langit seakan menangis meratapi pemergian seseorang.Kawasan Perkuburan dipenuhi dengan puluhan manusia yang berpakaian serba putih dan hitam

Jasad seorang gadis yang siap dikafan dibawa turun ke dalam liang lahad.Kelihatan tidak jauh dari itu beberapa lelaki meratap hiba disisi kubur seakan tidak redha dengan ketentuan Ilahi yang telah menjemput insan yang disayanginya.

"Wahai Dhiya Nur Syafinaz Binti Rohayu.Wahai Dhiya Nur Syafinaz Binti Rohayu.Wahai Dhiya Nur Syafinaz Binti Rohayu,hendaklah kamu ingat akan janji² Allah yang mana kamu bawa bersama dari dunia ini.Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat yang berkekalan.Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" Bacaan talkin menusuk telinga semua yang berada di tanah perkuburan

"Ingatlah wahai Dhiya Nur Syafinaz Binti Rohayu,apabila datang kepada kamu dua orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,maka janganlah kamu gentar dan takut,janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu susah hati dan terkejut.Ketahuilah wahai Dhiya Nur Syafinaz Binti Rohayu,bahawanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala".

Suasana menjadi sayu dan sunyi

" Apabila mereka menyuruh kamu duduk,mereka akan menyoal kamu.Mereka berkata,Siapakah Tuhanmu?Siapakah Nabimu?Apakah agamamu?Apakah Kiblatmu?Siapakah saudaramu?Apakah pegangan iktikadmu?Dan apakah kalimah yang kami bawa bersamamu?"

"Dan ketika itu hendaklah kamu menjawab dengan cermat,tepat dan betul.Janganlah berasa gementar,cuak dan tergopoh-gapah.Hendaklah kamu menjawab begini,Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,Islam agamaku,Kitab suci al-Quran ikutanku,Baitullah kiblatku,malahan solat lima waktu,puasa di hulan ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatasku.Semua orang islam saudaraku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap,Lailahaillallah Muhammaddur Rasulullah'".

Semua yang hadir insaf apabila mendengar bacaan itu.

"Wahai Dhiya Nur Syafinaz Binti Rohayu,tetapkanlah hatimu,inilah dia suatu dugaan yang paling besar,Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam barzakh sehingga sampai satu masa kelak,kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di pandang mahsyar.Insaflah wahai Dhiya Nur Syafinaz Binti Rohayu bahawasanya mati itu adalah benar,soalan malaikat mungkar dan nakir dalam kubur itu adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun dipadang mahsyar adalah benar,dihisab dan dikira segala amalan lmu adalah benar,minum di kolam air nabi adalah benar,syurga dan neraka adalah benar.Bahawasanya hari kiamat tetap akan berlaku begitu juga Tuhan yg Maha Berkuasa akan membangkitkan orang² yg didalam kubur.Di akhirnya,kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Taala"

"Allahuakhbar!"aku tersedar dengan dada yang berombak laju.Dahi dibanjiri peluh dan tubuhku menggigil.

" Ya Allah syukur Alhamdulillah sayang dah sedar"ujar Faliq seraya memelukku.

Aku mengamati suasana disekeliling.Alhamdulillah aku bukan dikubur.

Tetiba aku teringatkan baba.Ya baba..Aku segera bangun dari baringan namun Faliq pantas menghalang aku untuk berbuat demikan.

"Sayang nak pergi mana?" soal Faliq..

Aku memandang wajahnya sebelum aku terasa sesuati yang pedih di bawah dada dan juga lengan.

"Baba..baba mana Faliq?" tanyaku kepada Faliq

Wajah Faliq berubah mendung.Zapp..hatiku terus rasa tak sedap..

"Faliq!!baba mana!!" nadaku naik seoktaf..

Aku pantang kalau aku bertanya orang tak jawab ni.

"Sayang..please jangan macam ni.Sayang sakitkan,so sayang rehat dulu ok" pujuk Faliq.

Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited) Where stories live. Discover now