"Mari minum Dhiya." ajak ummi sebaik saja kakiku menjejak tangga terakhir..
Aku duduk disebelah Isya yang khusyuk dengan iphonenya. Sempat ku mengerling sedikit ke Iphonenya.
"Kau masih dengan si Paan tu ke babe?"tanyaku seraya menyisip sedikit air milo panas yang ummi sediakan.
"Ehh kau ni, terkejut aku. Bila kau muncul? Dah habis ke drama kau dengan along? Aku ingatkan taknak keluar bilik dah. Pengantin barulah katakan."perli Farisya diselangi dengan tawa mengejeknya.
Bantal kecil yang terdapat disofa itu aku ambil lalu kepala Farisya menjadi sasaran bantal itu mendarat.
"Wuu...Garangnya KAKAK IPAR aku ni. Takut pulak itew. "sakat Farisya.
"Sengallah kau ni. Jangan nak ubah topik. Kes kau dengan Paan apa cerita? Tak salah aku bukan kau dah break up ke?" tanyaku prihatin.
Aku bukan prihatin sangat tapi aku sengaja nak tukar topik. Si Farisya ni pantang dapat peluang, nanti dihentamnya aku kaw-kaw. Ikutkna hati, nak je aku hentam dia tapi memandangkan aku berada di rumah mentua, perilaku kena jaga. Tak boleh nak tunjuk sangat 'kebenggongan'. Risau mentua aku terkejut saja.
Kalau setakat perbuatan tu aku berani tunjuk sebab ummi memang sedia maklum yang aku dengan Isya tidak ada istilah bergurau lembut. Tapi aku masih tidak berani untuk mencarut di depan ummi. Karang dicopnya aku menantu hantu.
"Entahlah,hati aku ni dah tawar untuk dia." kata Farisya sambil melentokkan kepalanya dibahuku. Senakal-nakal Isya, dia tetap sahabat aku.
"Acahnya kau, tawar hatilah sangat tapi wallpaper dalam phone tu still gambar Paan. Nak kelentong apa lagi do?"usikku. Tadi kemain kau mengusik aku kan. Tiba masa aku nak kenakan kau balik. What you give, you'll get back.
"Mana ada aku guna gambar dia. Kau salah tengok tu."pantas Isya menafikannya.
"Kalau aku check ada, aku delete semua gambar yang berkaitan dengan Paan." amaranku sambil tersengih sinis.
Farisya mula perasaan yang tanduk kesetanan aku sudah keluar, cepat-cepat dia memasukkan Iphonenya ke dalam baju.
"Kalau kau berani, trylah." cabar Isya.
'Heh,ingat aki tak berani ke nak raba kau? Setakat masukkan handphone dalam baju sekelip mata aku boleh ambil. Kau tunggulah'
Peperangan antara aku dan Isya mula meletus. Ruang tamu itu mula bersepah dengan bantal dan kusyen. Bergusti versi perempuan. Tarik rambut, tarik baju itu jelah modal kami. Nak naik kaki rasanya tak perlu. Isya pun satu hal, walhal dia sudah kenal perangai aku yang pantang dicabar, tapi nak jugak mencabar. Kang dah mendapat.
Melihat Isya yang mula tidak kehabisan tenaga, aku mengambil peluang untuk mengunci pergerakannya. Aku menindih tubuh Isya. Perut Isya menjadi temoat aku melabuhkan punggung. Tangannya awal-awal aku pegang, sekali tengok serupa perogol bersiri aku rasa. Senyuman sinis kini menghiasi bibirku.
"Setakat sorokkan phone dalam baju,kacang jelah babe." ujarku diselangi gelak jahat.
Tawa Isya juga terletus. Kini kami sama-sama tergelak melihat perangai masing-masing yang agak kurang matang itu. Sudah terlalu lama kami tidak bergurau kasar seperti ini. Kalau zaman sekolah dulu,lebih dari ini kami bergurau.
"Okay...okay, aku surrender babe. You're still my Queen. But now, boleh tak kau bangun dari duduk atas perut aku ni? Sumpah kau berat giler doo. Nak terberak aku dibuatnya." akhirnya Isya mengangkat bendera putih.
Ketika aku ingin bangun dari menindih tubuh Isya, Faliq tiba-tiba muncul. Jelas terpamer riak terkejut di wajahnya itu.
"Astaghfirullah, sayang!!"jerit Faliq kuat. Aku dan Isya turut terkejut dengan jeritan jantan dia itu.
Ummi yang berada di dapur itu pun pantas berlari ke ruang tamu yang sudah tidak nampak seperti ruang tamu itu setelah mendengar suara jantan Faliq.
"Allahuakhbar, apa yang korang dah buat ni? Bersepahnya" mengucap ummi apabila melihat keadaan ruang tamunya itu.
Aku dengan Isya hanya menayang gigi yang cantik tersusun. Masing-masing blurr tidak tahu untuk memberi respond apa.
"Kemas balik macam sedia, kalau tak kamu berdua ummi piat telinga." arah ummi seraya berlalu ke dapur semula.
"Astargfirullahaladzim... Along tak sangka yang korang berdua ini musahaqah! MasyaAllah bertaubatlah segera and sayang, kalau ye pun sayang teringin, biy boleh bagi tapi kenapa harus sayang pilih Isya. Biy ni tak cukup handsome ke di mata sayang?" bebel Faliq panjang. Drama king sangat mamat ni.
'Eh wait a minute, Musahaqah? Dia ingat aku lesbian ke?'
Aku dan Isya saling berpandangan sebelum sengihan jahat menghiasi wajah kami. Tangan kami mencapai bantal yang berselerakan di atas lantai lalu aku bangun dari menindih tubuh Isya. Bantal yang sudah ada di genggaman, di baling ke arah Faliq. Balingan aku terkena dekat perut manakala balingan Isya kena tepat diwajah kacak suamiku.
'Senget hidung laki aku,aku saman kau Isya'desis hatiku.
"Aku tak gila lagi nak jadi lesbian long. Kalau aku jadi lesbian sekalipun, aku takkan ambil isteri kau ni sebagai partner aku. Tak selera aku dengan minah ni. Body pun kembang macam gajah. Eeeiiwww, memang idok lerr.." ujar Isya.
Bantal yang ada dihujung kaki, aku capai lalu aku baling kena tepat di kepala Isya. Mulut dia ni kalau dah start terbukak tu, ikut suka hati dia je nak bercakap.
Body aku punyalah solid bomeh pulak dia samakan aku dengan gajah. Body aku ni kalau apply untuk jadi pramugari pun lulus. Maintan cantik.
Isya memandang aku dengan pandangan tajam. Namun sikit pun aku tidak takut dengan pandangan itu malah sengaja aku menjelir lidah kepadanya.
"Biy tolong kemas ruang tamu ni ya. Kitorang nak naik mandi dulu. Bau peluh ni." ujarku lalu pipinya aku kiss sekilas sebelum memecut laju memuju ke bilik. Isya turut mengikuti langkahku. Ingin mengelat dari kena kemas. Pandai sepahkan tetapi tak pandai nak kemaskan.
****
Macam mana cerita ni? Best ke tak? Please drop your comment below.#Pleasevotethisstory
#Pleasesupportme
#Thankyouforreadingmystory
#Lotsoflove
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...