"Biy..sayang nak balik kampung boleh tak?" tanyaku
Faliq yang asyik dengan phonenya mengalihkan pandangan ke arah aku.
"Sayang ada kampung ke?" soalan dibalas dengan soalan.
"Of courselah ada. Sayang ada banyak kampung tau." kataku sedikit riak..
Well Faliq kan jenis orang yang tak ada kampung. Budak bandarlah katakan. Kesian..Aku ada tiga kampung. Best giler apbila dapat balik. Lagi-lagi bila balik beraya di kampung.
"Really? Wahh..macam seronok jer.. Kampung sayang kat mana? Esok kita balik kampung sayang nak?"ujarnya
'Alamak, terlajak excited pulak mamat ni.'
" Sayang ada banyak kampung,tapi kita balik Kelantan jelah dulu. Rindu nak jumpa Tok Mek. Anyway tak apa ke biy cuti lama-lama ni?"tanyaku.. Yelah dia nikan businessman so mesti busy semacam..
"Lahh..Mek kelate rupanya sayang ni. Geng budulah ni? Ermm, cuti biy ada 2 minggu lagi sayang so don't worry about that. "kata Faliq sambil tersenyum..
Aku hanya membalas kata-katanya dengan anggukan kecil sebelum aku tersenyum mengenangkan yang esok kami akan pulang ke Kelantan. Kelantan ni best, for me selain Pulau Pinang, Kelantan syurga makanan kedua. And setiap kali tiba musim perayaan pasti berduyun-duyun kereta masuk ke pantai Timur especially ke Kelantan. Suasana beraya di sana sungguh meriah. Tak percaya pergilah Kelantan.
Pagi keesokkannya,Faliq yang over excited nak balik kelantan. Terujanya itu lain macam.
" Sayangg, cepatlahh! Nanti lewat sampai Kelate!!"laung Faliq setelah memasukkan beg kami dalam bonet so disebabkan aku malas nak layan perangai kebudakan Faliq ni,aku sengaja melambat-lambatkan. Kejap ke sana kejap ke sini..
Faliq yang sedang menunggu diluar rumah dah geram dengan tingkah laku aku. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah..
Tetiba aku rasa diawangan. Faliq mencempungku lalu dihumbannya lembut dalam kereta.
"Apa biy ni, orang tak sempat pakai kasut lagi."marahku..
" Sayang lambat sangat, biy angkatlah. Kejap biy pergi ambil kasut sayang. "ujarnya sambil menutup pintu kereta Audi A8nya itu.
Perjalanan kami dari Damansara ke Kelantan ambil masa lebih kurang tujuh jam. Penat tapi menyeronokkan. Aku penat tidur je sebab sepanjang perjalanan Faliq tidak membenarkan aku driver. So apa lagi aku membuta jelah dari awal sampai akhir.
Tepat pukul 6.30 petang kami sampai rumah nenekku. Faliq memberhentikan keretanya betul-betul di depan tangga rumah kayu setingkat itu. Aku apa lagi, terus keluar dari perut kereta dan mencari keberadaan TokMek.
"Tok Mekk!!"laungku dengan kuat mengejutkan Tok Mek yang sedang mencangkul rumput.
"Allahuakhbar..Kejut aku, nok jadi gapolah mung ni, berehi nepik teh,aku genyeh mulut tu dengei lado cenggit baru nyo reti. " bebel tokmek..(Allahuakhbar..terkejut aku, nak jadi apalah kau ni,suka sangat menjerit,aku cilikan mulut tu baru tahu.)
Aku ketawa geli hati dengan bebelan Tok Mek lantas aku mendekatinya lalu mencium tangan tuanya.
"Gapo dio gak Tok Mek,ngepek pah ceroh.." balasku..saja nak menyakat..(Apa dia tok mek..membebel saje)
Tok mek meluku kepalaku yang setia dibaluti shawl. Luku manja je, tak sakit pun.
"Mung balik dengei sapo? Kato rituh nok nikoh, mano tok laki mung?" soal Tok Mek (Kau balik dengan siapa?haritu cakap nak kahwin,mana suami kau)
Time aku kahwin,Tok Mek tak dapat datang,tak berapa sihat katanya. Sedih jugaklah tetapi nak buat macam mana. Redha jelah.
"Ado. Duk conggok depei nuh,Dhiya tingga dio seko. Tok Mek gi lah tengok,Dhiya nok gi situ meta." ujarku sambil melangkah arah pokok mangga.
(Ada,dia dekat depan rumah,Dhiya tinggalkan dia sengsorang..tok mek pergilah tengok,Dhiya nak pergi situ kejap.)Amacam?Best ke tak? Teruskan support sis okay...
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...