Alhamdulillah di usia kami yang sudah meniti 50 ini,aku dan suami serta anak menantu masih berkesempatan bertemu bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan al Mubarak.Esok bermulalah hari puasa so maknanya malam nanti solat sunat terawih pun bermula.
Petang yang indah di sinari cahaya yang kian pudar.Menunjukkan waktu senja kian mengetuk jendela petang.
Waktu-waktu macam ni,selalunya aku suka habiskan waktu di kebun kecil bersama Faliq.Waktu inilah aku selalu throw back segala kisah-kisah hidup aku sepanjang bersamanya.
Ponn..ponn
Dari jauh terdengar hon kereta.Suasana yang aman bertukar riuh dek hon-hon itu.
"Siapa pulak yang duk hon-hon tu?" ujarku sambil meninjau-meninjau
"Entah sayang,takpe biar biy pergi tengok siapa yang datang" ujar Faliq seraya bangun dari mencakung.Sarung tangan yang dipakainya turut ditanggalkan sebelum dia mencuci kedua-kedua tangannya.
Aku meneruskan aktiviti mengembur tanah yang tertangguh tadi.Banyak lagi pokok yang hendak aku tanam.
Walaupun usia aku dan faliq sudah boleh dianggap tua,namun kekuatan kami masih menyamai tenaga orang muda.Muka kami pun masih awet muda.Terima kasih untuk amalan yang diajarkan arwah tok mek aku.
"Mummy" panggil seseorang.
Dengan pantas aku menoleh ke arah suara yang memanggil namaku.
"Ya Allahu ya rabbi..kenapa balik tak bagitahu?Bertuah punya budak" ujarku seraya memeluk Aisya Zayra.
"Saja nak buat suprise..mummy sihat?" tanya Aisya Zayra
Pipi dan dahinya aku kucup dengan penuh kasih.Sungguh rindu aku dekat anak sulung aku ni.Mana tak,selepas berkahwin dengan Thaqiff terus diorang fly ke Kanada.Si menantu kena transfer dekat sana.
"Alhamdulillah, berkat doa dari anak-anak mummy yang soleh solehah ni,mummy dengan daddy sentiasa sihat" aku cuba mengukir senyuman yang manis untuk anakku
Setahun selepas Aisya Zayra selamat mendirikan rumah tangga dengan Thaqif Firdaus,Si Aisy Zayyan pula mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya,Alana Aisyah.Izqian Mikhayl pun dah selamat bertunang tahun lepas.Tinggal Izzara Mikhayla je yang masih mencari katanya.
"Guess what mummy?" pancing Aisya Zayra supaya aku meneka sesuatu
Aku meletakkan jari didagu sambil berfikir.Apa erkkk..
"Ni mesti kakak stay terus dekat sini kan?"tekaku.
Aisya Zayra buat muka.Sungguh sukar untuk aku tafsirkan maksud disebalik wajahnya itu.
" Yess..pandai mummy"ujarnya teruja seraya memelukku erat.
Terlompat-lompat kami dalam pelukan.Berita gembira harus disambut dengan senang hati.
"Amboi mummy oi,sakan melompat aih" tegur Faliq
Dia memang,pantang kalau tengok aku happy sikit mesti nak menyakat.Aku tahu dia sebenarnya jealous sebab tak ada orang ajak dia melompat sama.
"Eleh,jealous lah tu" ujarku sambil buat muka menyindir.Faliq hanya tersenyum
Kami bergerak ke hadapan rumah.Dari jauh lagi aku sudah nampak beberapa makhluk sedang berdiri di sisi kereta.
"Mummy.." tegur menantu sulung aku,Thaqiff Firdaus seraya itu dia menghampiri aku lalu tangan tuaku diciumnya.
"Thaqiff sihat?" kali ni aku pula menegur dia.Ambil hati menantu.
Thaqiff hanya mengangguk mengiakan pertanyaan aku.
"Assalamualaikum mummy" muncul suara lain memberi salam.
"MashaAllah kamu pun ada Alana?Bila sampai?Mana Zayyan?" soalku terkejut ketika melihat Alana Aisyah yang lengkap berpakaian uniform pilotnya sambil mendukung anaknya,Ammara Tihanny
"Abang keluar kejap,nanti kejap lagi balik lah tu.Dia dropkan Lana depan gate pastu terus keluar." ujar Alana menantu kedua ku
"Budak tu memang nak kena dengan mummy,tak apa,nanti dia balik,mummy balun cukup-cukup..dah,jum masuk.." kataku lalu mengajak anak menantu masuk ke dalam rumah.
Baru kami semua nak melangkah masuk,muncul pula sebuah kereta Honda City Hitam.Tengok nombor plat macam kereta Wahida Farhana,tunang si Izqian
"Tu bukan ke kereta tunang achik ke sayang?" soal Faliq yang berdiri disisiku sambil mendukung Ammara
"Tengok ke nombor plat memang betul lah tu" ujarku pula.
Pintu kereta sebelah driver terbuka.Terpancul muka Izqian.Seketika kemudian muncul pula wajah tunangnya.
"Hai Chik,kenapa bawak kereta Fara pulak ni,kereta kamu mana?" soal Faliq
Izqian datang menyalami aku diikuti Farhana atau kami memanggilnya Fara.
"Kereta dia masuk work shop daddy,itu sebablah dia bawak kereta Fara" jelas Fara.Orang lain yang disoal,orang lain yang jawab.
"Dah,dah..jom masuk.Dah nak masuk waktu maghrib ni.Tak elok duduk diluar ni lama-lama.Kakak,bawak masuk anak-anak kamu tu.Kesian duduk dalam kereta tu" ujarku lalu melangkah masuk kedalam rumah agam kami.
Patutlah petang tadi aku terlintas nak masak banyak,rupanya anak menantu nak balik.Naluri seorang ibu tak pernah salah.
"Korang masuk bilik berehat dulu,isyak nanti kita berkumpul ramai-ramai,solat berjemaah.Nanti boleh solat terawih sekali.Lepas terawih baru kita makan" ujar Faliq selaku ketua keluarga.
Yang lain hanya menganguk kepala lalu melangkah masuk ke bilik masing-masing.
"Fara pun naik berehat sekali.Masuk jer bilik Izzara tu,tapi Zara tu tak balik lagi.Entah ke mana perginya.Ni bawak baju lebih tak?Tidur je sini seminggu dua.." ujarku kepada Fara.
"Terima kasih mummy.Tapi takpelah,Fara tunggu Zara balik.Segan pulak nak masuk bilik Zara kalau tuan dia tak ada" kata Fara si gadis yang sopan budaknya
"Susah-susah sangat,awak masuk jelah bilik saya sayang." sampuk Izqian
Kedudukan Izqian yang berhampiran dengan aku memudahkan untuk aku menarik telinganya.Gatal punya anak..ikut perangai siapa agaknya?Tengok gaya macam perangai aku jer..hahaha
"Auchhh..sakit mummy..sakittt" adu Izqian.
"Awak tu bertunang jer BELUM kahwin lagi so jangan nak menggatal" ujarku lalu melepaskan telinga Izqian
"Dah dah..naik rehat semua.Fara kamu masuk jer bilik Zara.Kalau dia marah,cakap daddy yang suruh" kata Faliq seraya melangkah mendaki anak tangga
*******
Sempena bulan ramadhan ni sis payung lah beberapa bab special utk korang semua.😍So yang tak suka tu xpayah baca😅#SelamatMembaca
#SelamatMenyambutBulanRamadhan
YOU ARE READING
Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
RomanceDhiya Nur Syafinaz...Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai perwatakan.Dalam keluarga dialah yang paling manja.Tetapi apabila bersama gengnya watak manjanya bertukar menjadi gila-gila.Menyakat orang dialah raja. Tengku Faliq Dika...Seorang pemu...