Family! (1)

8K 216 113
                                    

Gempa: Taufan! Thorn! Blaze! Ni mee goreng yang korang nak dah siap!

Gempa memanggil TRIO Trouble Maker dari arah dapur sambil menghidangkan 3 pinggan mee goreng udang yang nampak menyelerakan sekali. Nyum!

Ketiga-tiga Trio Trouble Maker pun berebut berlari menuju ke dapur. Dari luar rumah dapat dengar bunyi tapak kaki diorang yang sedang berlari. Dah macam bunyi sekumpulan gajah marhaban yang tengah berlari dah bunyinya.

Blaze: Yayy!! Makan! (sorak)

Thorn: Hmm~!! Sedapnya bau! Pandai Mama masak!

Kata Thorn sambil duduk dan mencapai mee gorengnya.

Taufan: Terima kasih Mama!

Taufan tidak melepaskan peluang mengambil tempat duduk dan menjamah mee goreng yang masih berasap.

Trio Trouble Maker pun menjamah masakan Gempa dengan penuh selera. Gempa senang melihat kembarannya dapat makan dengan tenang. Kalau tak, mahu riuh 1 Pulau Rintis dengar perut diorang berbunyi. Kang tak pasal-pasal habis diserbu restoran makanan dan bakery terdekat sampai masuk berita TV 33 dan surat khabar yang tak seberapa khabar yang bertajuk, "Trio Trouble Maker Kebenaran serbu seluruh restoran dan bakery kerana tak dapat makan."

Gempa: Hm! Sama-sama! Eh! Kan aku dah pesan jangan panggil aku MAMA!! ///// Aku ni lelakilah!

Lelaki bertopi dino berwarna coklat-hitam yang dipakai secara terbalik yang sedang memarahi Trio Trouble Maker itu bernama Boboiboy Gempa atau lebih dikenali sebagai Gempa. Salah seorang kembar daripada 7 pecahan Boboiboy. Dialah ketua dan abang sulung (kembar pertama) yang paling bertanggungjawab di antara yang lain dan boleh diharap dalam segala hal. Namun tanpa kembarnya yang lain juga dia tak dapat siapkan tugasnya.

Gempalah watak utama yang dipegang sebagai MAMA sebab personalitinya yang bertanggungjawab dan sikapnya yang prihatin. Tetapi dia tidak suka dipanggil sedemikian kerana...okay cuba bayangkan readers (perempuan) dipanggil PAPA atau DADDY atau....ABANG? How you feel? X'D Lol.

Back to the story!

Taufan. Salah satu kembaran Boboiboy. Bertopi biru tua dan berjalur putih-kuning yang diserongkan ke kanan. Merupakan kembar ke-3. Sikapnya yang jenis happy-go-lucky dan matang sentiasa menenangkan Gempa. Di dalam kalangan Boboiboy yang lain, Taufan yang Gempa berharap dalam menjaga keselamatan adik kembar yang lain.

Boboiboy Blaze atau lebih dikenali sebagai Blaze. Memakai topi berwarna merah-oren yang sudunya dinaikkan menampakkan helaian rambut putihnya itu. Dia nampak sahaja macam Taufan tapi sifatnya lebih kepada baran dan tak suka buat perkara yang dia benci. Tak suka dipaksa dan dia suka bersaing dengan kawan-kawannya lebih-lebih lagi dalam hal berlawan. Seorang yang hyperactive dan suka bermain. Dia paling rapat dengan Taufan selain Thorn.

Thorn. Salah seorang pecahan Boboiboy yang ke-2 akhir. Bertopi hitam-hijau dan topinya diserongkan seperti Taufan tetapi dia punya serong ke kiri. Sifatnya yang innocent dan suka bertanya sudah menjadi SENJATA UTAMA-nya dalam mengenakan kembarannya yang lain. Dia tidak pernah serius dan sentiasa ambil mudah dalam segala perkara. Dia lebih kepada pelawak dan perawat. Selain bersama abangnya iaitu Taufan dan Blaze, Thorn lebih gemar berjalan-jalan dengan adik kembar bonsunya yang ke-7 (terakhir) ataupun BERBUAL dengan POKOKnya. =^='

Taufan: Alah...kau jangan marah Gempa. Macamlah kau tak biasa kitorang panggil kau Mama.

Blaze: Ha'a! Selain kitorang, Hali sorang je yang tak pernah panggil kau Mama. Ani dan Kak Zie pun selalu panggil kau Mama! Walhal Kak Zie tu jauh lagi tua dari kita!

Thorn: Cakap pasal Ani dan Kak Zie, mana diorang?

Taufan: Ha'a. Kelibat Harru pun takde ni.

Gempa: Jangan nak ubah topik! Haih...baiklah. Aku benarkan korang panggil aku Mama. Tapi dengan syarat, jangan panggil masa dekat tempat awam! Kat kedai Tok Aba pun jangan! Kalau panggil siap korang! (acu pisau kat hidung Thorn)

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now