Where Are You Gempa!? (15)

1.5K 98 5
                                    

Gempa: Isk...selamat tinggal, Halilintar.
.
.
.
.
.
.
Taufan berjalan mundar mandir di sekitar kawasan ruang tamu itu. Di dalam rumah Tok Aba, yang lain tidak seperti Taufan. Tetapi mereka senyap.

Ani yang mahu makan coklat tiba-tiba hilang selera. Thorn yang mahukan ais-krim disimpan di dalam peti sejuk. Rasa pahit di hatinya sekarang lagi penting dari itu. Manakala Blaze tidak seperti mereka berdua. Hentam saja makan snack yang dibeli tetapi matanya ligat fikirkan sesuatu.

Ais: Check mate!

Solar: Ckh!

Solar berdecih kasar apabila dia kalah dalam perlawanan catur bersama Ais. Ais tersenyum memenangi perlawanan itu namun hanya seketika. Kemudian wajahnya kembali serius apabila memandang Taufan.

Ais: Kau tak nak cari dia ke?

Taufan: Masalahnya aku tak tahu dia kat mana...haih...

Solar: Hmm...cuba call?

Blaze: Dah cuba dah...tapi tak jawab..

Thorn: Mana Mama ni...

Dalam keadaan mereka sedang risau akan keadaan di luar sana yang hujan lebat, tiba-tiba pintu rumah berbunyi dan dibuka. Pantas kepala dan mata masing-masing memandang muka pintu tersebut.

Klek!

Taufan: Gempa?

Kreaakkk...

Hali: Aku dah balik...hn?

Hali perasan akan suasana di dalam rumah tersebut. Masing-masing dengan wajah risau dan runsingkan sesuatu. Hali yang sedang basah kuyup memandang hairan.

Hali: Apahal?

Yang lain pun menghela nafas kecewa. Bukan Gempa. Mereka sambung aktiviti yang tertunggak tadi dan tidak memperdulikan Hali.

Ais: Haih..aku nak naik tidurlah.

Harru: Ais, aku ada nak pinjam buku kau. Boleh aku ikut kau kejap?

Ais: Hmmm...

Ais dan Harru pun menaiki tingkat atas tidak mempedulikan Hali.

Hali juga tidak menghiraukan mereka. Pantas dia berjalan melepasi ruang tamu dan ingin ke tangga menuju tingkat atas. Namun gerak langkahnya terhenti apabila Taufan memanggilnya.

Taufan: Hali.

Hali memusingkan badannya menghadap Taufan.

Taufan: Mana kau pergi hah?

Hali: Ckh, bukan masalah kau pun. Aku dah cakap aku nak jumpa seseorang-

Taufan: Kau tak jumpa Gempa ke?!

Kata-kata Hali terpotong dan terhenti apabila Taufan memotongnya. Gempa? Apa Taufan merepek ni?

Hali: Mana ada...buat apa aku nak jumpa dia?

Taufan: Kau..kau..!!

Gbraak!!

Dengan tiba-tiba Taufan berlari ke arah Halilintar lalu mencengkam baju Hali dengan kuat dan menjerit kasar.

Taufan: BAIK KAU BAGITAHU AKU CEPAT!!! BETUL KE KAU TAK JUMPA GEMPA HAH?!!!

Halilintar terkejut dengan serangan Taufan lalu cuba menolak Taufan namun tidak berhasil.

Suasana itu tiba-tiba menjadi hangat dan tidak tenang. Dengan pantas Hali geram dan menolak Taufan dengan menendang perut Taufan kasar.

Hali: KAU APAHAL HAH?!!

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now