Forgive Me, Lyubov (63)

1.4K 85 34
                                    

Hali: Sstt- sakit gila diorang lempang muka aku...

Hali sedikit menjarakkan wajahnya dari kapas yang dituam ubat yang dipegang oleh Gempa untuk merawat luka pada wajah Hali. Kalau dilihat dari jarak antara mereka berdua yang duduk bersebelahan itu, dapat dilihat pipi dan sisi mulut Hali terluka dan berdarah walaupun kecil.

Malam itu, sebaik sahaja para element keluar dari rumah dan meninggalkan Hali sendirian, Hali membuat keputusan untuk berkurung di dalam biliknya hingga ke malam hari.

Sebaik sahaja para element balik, Gempa cukup terkejut dengan tindakan Hali. Namun dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana para element yang lain cukup tegas tidak mahu Gempa bertemu dengan Hali. Gempa tidak mahu mengecewakan mereka jadi sehingga waktu makan malam dan para element masuk tidur, Gempa tidak menjenguk Hali.

Namun sebaik sahaja Gempa memastikan kesemuanya tidur, dia secara sembunyi memasakkan makanan untuk Hali dan membawanya masuk ke dalam bilik Hali. Gempa tahu dia tidak akan dapat masuk kerana Hali pasti tidak mahu berjumpa dengannya, jadi dia sudah siap-siap dengan kunci extra lalu membukanya.

Hali tidak dapat berbuat apa-apa dan akhirnya mengalah. Dia dipaksa makan oleh Gempa dan dirawat olehnya.

Gempa: Haih... patutnya kau tak payah cerita tentang apa yang terjadi antara kita dulu.

Hali: Hmph.. dah diorang nak sangat tahu. Aku cerita jelah.

Gempa: Boleh kalau nak cerita, tapi biarlah berpada-pada. Sekarang tengok, kan dah sakit?

Hali melirik ke arah Gempa yang masih sedang merawat lukanya. Walaupun masih terasa keperitan dan kesakitan pada lukanya, namun sebaik sahaja menerima rawatan Gempa, entah kenapa rasa sakit tu tiba-tiba hilang. Amboi Hali... >:v

Hali: O-oi.. Gempa.

Gempa: Hm?

Hali: Kau... betul-betul maafkan aku ke..? Selepas apa yang aku lakukan pada kau... tahun lepas?

Gempa terdiam sambil meletakkan kapas yang digunakannya untuk merawat Hali ke dalam bekas. Dia kemudian menutup botol ubat dan menyimpannya ke dalam kit kecemasan yang setia digunakannya dikala salah satu dari mereka terluka.

Hali juga turut diam. Dia memerhatikan sahaja gerak-geri Gempa yang sedang mengemas kit kecemasan dan meletakkannya ke tepi.

Gempa membetulkan kedudukannya dan memandang ke arah Hali. Bersama dengan senyumannya yang sering ditunjukkan kepada semua.

Gempa: Kau nak aku jujur atau tipu?

Hali: Huh? (sweatdrop) Gem, jangan main-main. Aku serius ni!

Gempa: Eh, aku pun tengah serius ni! Kalau aku main-main dah lama aku ajak kau main kejar-kejar dengan aku kalau nak tahu jawapannya.

Hali menepuk kepalanya kuat. Aduh, boleh pula macam ni.

Hali: Haih.. terpulang atas kau. Aku... aku sedia saja nak terima semuanya. Kalau kau jujur aku tahu, kau tipu pun aku tahu.

Gempa tersenyum dan mengangguk faham. Dia mencapai tangan kanan Hali dan memegangnya erat. Hali memandang Gempa tepat di iris emas milik Gempa dan diikuti sama dengan Gempa.

Gempa: Aku jawab jujur, ya? Baiklah, sejujurnya. Aku masih tak dapat maafkan kau. LANGSUNG TAK dapat maafkan kau.

Hali: Hh... (tunduk) Hmm... aku tahu...

Gempa: (senyum) Hm, yelah kan? Siapa nak maafkan orang yang dah tumbuk, tampar, tendang, pukul dan libas dengan tali pinggang dengan kuat dekat kita kan? Sedangkan kita tak buat salah pun. Tu tak kira lagi kena tolak berkali-kali, kepala kena tunjal dan kena tolak, lepastu kena pula renjatan elektrik. Dikunci pula dalam rumah dalam keadaan begitu lemah dan sadis sehingga malam. Siapa tak sakit?

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now