Can't Help Falling in Love with You💕 (42)

1.3K 85 35
                                    

Ani: Yaa...Ani tahu bunyi 2 tajuk ni dan yang lepas pelik tapi...anggap sajalah Ani takde idea nak buat tajuk apa. 😂 Tambahan pula hanya tinggal chapter ni yang Ani masih belum publish so korang layan jelah ya? 😅 Chapter Lama yang langsung Ani tak sedar tak publish lagi. 😢

K.Zie: Akak pun. 😂 Apa-apa sajalah. Btw, chapter ini juga penuh dengan HaliGem. Watak lain tak banyak dan senang kata nak muncul tu sipi-sipi saja. Al-maklum ini chapter ThundQuake honeymoon~♡♡♡

Ani: Ok! Enjoy!
.

.

.

PAGI ITU DI LAPANGAN TERBANG

"[Perhatian kepada penumpang, tidak lama lagi kapal terbang akan mendarat di landasan airport Paris, sila pastikan anda tidak tercicir barang yang penting sewaktu keluar dari kapal terbang. Terima kasih kerana menggunakan khidmat kami.]"

Pengumuman yang diberikan oleh jurupandu kapal terbang telah membangunkan para penumpang di kapal terbang tersebut. Masing-masing mula mencelik mata dan ada yang menggeliat kerana tersedar dari tidur yang lena.

Gempa: Hm? Hnngghh~ dah sampai ke...?

Gempa menggeliatkan badannya dan menggosok-gosok matanya. Kelihatan rambutnya telah berkusut kerana tidurnya yang lena. Dia melihat orang-orang yang berdekatan dengan tempat duduknya. Kelihatan mereka juga baru sahaja bangun dan mula menyiapkan diri untuk turun dari kapal terbang. Gempa menghela nafas. 

"Huuhh... penatnya. Hm? Apsal aku rasa berat badan aku ni?"

Gempa menunduk melihat ke badannya. Kelihatan tangan seseorang sedang berada di atas badannya. Dia melihat 'empunya' tangan itu - Halilintar.

Gempa: Uuuhh... 0.0

Hali: Pagi. (senyum)

Gempa terkedu melihat senyuman Hali. Ni apa kes ni?

Gempa: S-selamat pagi. Kau bangun bila lagi?

Hali: 5 minit yang lalu sebelum announce dibuat. 

Gempa: Kenapa tak kejutkan aku?

Hali: .... aku tak nak lah lepaskan peluang tatap muka tidur kau ni. Kau ni boleh tahan ya waktu tidur? (smirk)

Gempa: E-ehh? K-kenapa pula? /////

Hali: Ade lah~

Hali tersenyum sinis ke arah Gempa. Dia kemudian melepaskan pelukannya dari Gempa lalu bangun untuk mengambil beg-beg kecil di bahagian peti atas. Gempa hanya memandang Hali sebelum dia tersedar bahawa terdapat selimut putih di badannya.

"Sejak bila selimut ni ada?"

Pramugari: Cik, boleh saya ambil selimut ini balik?

Gempa memandang ke kanan, kelihatan seorang pramugari cantik sedang tersenyum ke arah Gempa. Gempa membalas senyuman pramugari tersebut lalu menghulurkan kembali selimut yang dipinjam tersebut.

Gempa: Terima kasih. Uhhmm.. sejak bila saya pesan selimut, ya?

Pramugari: Oh, bukan cik yang pesan. Suami cik yang meminta saya berikan selimut untuk cik dan suami cik. Terima kasih sudi menggunakan perkhidmatan kami.

Lalu pramugari itu berjalan pergi meninggalkan Gempa setelah tersenyum ke arahnya. 

Gempa: Oh.. ok. Eh- kejap! D-dia panggil aku cik?! ////////

Hali yang menyedari Gempa seolah-olah terkejut terus memandang Gempa hairan.

Hali: Kenapa kalau pramugari tu panggil kau cik?

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now