Shopping! (70)

1.2K 73 14
                                    

Gempa tersenyum senang apabila dia melihat saudara-saudaranya begitu menikmati sekali masakan tengah harinya untuk mereka. Dia melihat satu per satu wajah gembira mereka dan ada kalanya dia tertawa kecil melihat telatah Trio Touble Makers yang makan dengan lahap sekali seperti tidak pernah makan sebulan.

Taufan: MMhh!!! Sedhapnya Gem!! Rindhu masyakhan khauu!!

Gempa: Taufan... Kalau nak bercakap tu habiskanlah dahulu makanan dalam mulut. 😅

Blaze: Bethul thu!! Masakhan Ghemgem memang the Best!

Solar yang duduk di hadapan Blaze mula berdecih geram apabila Blaze yang masih mengunyah makanan sambil bercakap itu terkeluar makanannya dari dalam mulut.

Solar: Woy! Kot ya pun janganlah sembur dekat sini! Thorn dekat sebelah kau tu, kau sembur jelah dekat dia!

Thorn: Eehh??!!

Thorn mempamerkan wajah terkejut dan kecewanya apabila dia pula yang tiba-tiba diarahkan untuk menjadi mangsa keadaan. Yang lain sekadar mentertawakan Thorn dan mereka meneruskan semula aktiviti makan mereka.

Gempa hanya menghela nafas lega sebelum dia berbalik untuk menyimpan apron yang dipakainya sedari tadi lagi. Dia menuju ke arah singki sekadar untuk mencuci segala apa yang ada di dalam itu untuk dicuci.

Namun baru sahaja dia melipat lengan bajunya, dia tiba-tiba terdetik untuk melihat stok bahan mentah rumah itu.

Gempa tanpa basa-basi lagi terus berjalan menghampiri peti sejuk lalu membukanya. Terkedu dirinya di saat dia melihat ruang kosong dalam peti sejuk tersebut.

Gempa: Alamak! Bahan mentah dah habislah! Halilintar, Tok Aba ada berikan tak duit untuk belanja bulanan?

Hali yang sedang menghirup kuah sup yang ada di dalam pinggan miliknya terhenti apabila dipanggil oleh Gempa. Dia menoleh ke arah lelaki tadi lalu mengangguk.

Gempa: Nanti berikan pada aku, ya? Aku nak beli barang lah petang ni.

Hali: Aku ikut.

Gempa memandang Hali lama sebelum dia mengukirkan senyumannya lalu mengangguk setuju.

Manakala element lain yang sekadar menjadi penonton tak berbayar mula merungut geram.

Blaze: Ceh! Asyik-asyik korang je yang keluar.

Thorn: Betul tu! Kitorang pun nak juga ikut! Mama! Mama! Boleh kitorang ikut date Mama dan Papa jugak??

Thorn memberikan tatapan berharap ke arah Gempa. Gempa hanya mampu memberi respon ketawa canggung manakala Hali hanya mendengus.

Gempa: Date..? K-kami tak date pun lah../////

Hali: Haih.. Dah nak sangat ikut tu suka hatilah.

Hali bangkit dari duduknya lalu berjalan menghampiri singki. Dia ingin mencuci pinggannya namun dihentikan oleh Gempa.

Gempa: Tinggalkan saja. Kau pergi naik bersiap, ya?

Hali tidak membalas arahan Gempa. Dia terus naik ke tingkat atas untuk bersiap. Kini hanya tinggal Gempa bersama 5 anak-anknya.

Gempa: Baiklah, korang boleh ikut. Tapi korang jangan minta beli apa-apa, ya? Kita kena berjimat!

Trio: Ok, bos!

Gempa tersenyum sebaik sahaja mendapat respon baik dari kembarnya.

Gempa: Ok, baik korang pergi naik dan bersiap. Tinggalkan pinggan kosong tu semua. Biar aku uruskan.

Blaze&Thorn: Yes!/Yeeaayy!! Thanks Mama Gem!!

Blaze dan Thorn pun meluru menuju ke singki untuk mencuci tangan lalu mereka terus berlari keluar dari ruang dapur menaiki tangga untuk menuju ke bilik masing-masing.

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now