Di waktu malam. Hujan lebat turun becucuran di atas jalan raya. Sudah pasti tidak ramai yang lalu lalang pada jalan raya itu. Hanya cahaya-cahaya lampu jalan dan kereta yang lalu lalang sahaja yang menghiasi suasana itu.
Suasana suram. Seperti perasaan seorang sosok gadis dewasa ini yang sedang berjalan tidak tentu hala di basahi hujan yang tidak kalah lebatnya.
Gadis tersebut berjalanan dengan hati yang sedih dan air mata bercucuran mengalir keluar dari matanya diikuti air hujan pada waktu itu.
Iris goldnya kelihatan suram dan tiada seri. Lebih kepada emas yang sudah tidak digilap dengan kasih sayang.
"Hikss...hikss..."
Gadis itu atau lebih dikenali sebagai Gempa membawa diri yang penuh luka di tangan dan leher di mana kakinya yang lemah longlai ingin membawanya. Namun tanpa dia sedari dirinya dikejari oleh seorang lelaki dewasa dari belakangnya yang bertopi hitam berlogo petir. Lelaki itu tidak kalah basah kuyup bajunya. Halilintar.
"Gempa...kau nak pergi mana?"
Gempa berhenti dari berjalan. Namun dia teruskan tanpa menoleh walau sejengkal.
"Aku benci kau...kau melampau."
"Apa yang aku melampau Gempa?! Apa yang kau faham! Luka pada badan-"
"Disebabkan kaulah luka ini ada pada badan aku kau faham tak?!"
Gempa menengking Halilintar kembali. Dia memusingkan badan bertentang mata dengan Halilintar. Iris goldnya sudah tiada seri dek kerana matanya merah kerana menangis. Wajah Halilintar menjadi sayu memandang wajah Gempa. Alangkah bagusnya jika Gempa tahu perasaannya sekarang?
"Gempa...sudah. Jangan sakiti diri kau lagi. Kasihanilah-"
"TAK! TAKKAN!! Aku dah lali dengan hati aku yang lembut ni! Aku selalu bagi kau peluang! Tiada belas kasihan untuk kau lagi!!"
"SEKURANGNYA KASIHANILAH ANAK KITA DI DALAM KANDUNGAN KAU TU!!!"
Selepas mendengar jeritan Halilintar, hujan seolah semakin reda. Perasaan dan suasana bercampur baur tadi kini semakin...tenang? Gempa yang tadi menangis mencurah-curah sudah berhenti tangisannya mendengar apa yang dikatakan Halilintar tadi.
"A...pa?"
"Kau dengar kan? Di dalam perut kau. Ada insan bernyawa di dalamnya. Anak kau dan aku. Anak kita."
Perlahan Halilintar menghampiri Gempa. Gempa hanya diam kaku sambil kedua belah tangannya menyentuh perutnya yang hampir ke depan itu.
"Kau sudah mengandung 3 bulan Gempa."
Sebaik jarak sudah dekat dengan Gempa, Halilintar menyentuh perut Gempa yang dilapik tangan Gempa.
Gempa memandang Halilintar. Kini dia menangis. Bukan menangis seperti tadi. Tetapi menangis kebahagiaan.
"Aku...aku ingat..aku tak boleh mengandung? Sebaik aku dapat tahu aku mempunyai masalah di dalam badan selepas kita menikah...aku..aku cuba bunuh diri. Aku kelar tangan dan leher ku. Aku...aku hampir bunuh insan yang tidak bersalah..hikss..aku..aku ibu yang tak guna...hikss..."
Air mata Gempa mencurah-curah mengalir keluar. Dia amat menyesal akan tindakannya itu. Halilintar, sebagai suami mesti memujuk isteri tercinta. Jadi dia memeluk Gempa erat sambil tersenyum.
"Kau terlalu tertekan, tahu?"
"..Tak.."
"Heheh. Biasalah...frasa mengandung ini memang sukar bagi insan bergelar isteri dan bakal bergelar 'ibu' bukan? Disebabkan kau mengandung..emosi kau menjadi tak terkawal ni. Sebab itulah kau terus menyalahi diri sendiri. Dan aku pula? Biarkan kau bersedih seorang diri..maafkan abang sebab tak jaga isteri abang dengan baik."
Halilintar mengusap air mata Gempa lembut lalu mencium pipi gebu Gempa. Gempa ketawa terkekek menerima perilaku Halilintar tanpa membantah. Tangan kiri Gempa menyentuh tangan kiri Halilintar yang mana jelas di jari manis mereka terdapat sepasang cincin yang sepadan menandakan ikatan perkahwinan mereka.
Halilintar berhenti mencium pipi Gempa dan membuka topinya dan dipakaikan di kepala Gempa secara terbalik.
"Dah, jom balik. Nanti esok demam kesian kandungan tu."
"Awaklah jaga saya."
Persis kucing yang ingin dimanjakan, Gempa menunjukkan wajah kawai pada Halilintar yang pastinya menggugat kesabaran suaminya itu.
"Gulp...boleh. Err...Gempa. Lepas habis beranak ni abang nak tambah sorang lagi boleh?"
Gempa seolah dapat membaca apa yang difikirkan oleh suaminya itu. Pantas dipukul lembut bahu suaminya itu dan cup topi milik suaminya yang terbalik itu dihadap ke depan menyorok wajah malu gadis itu.
Halilintar membetulkan balik cup topi itu ke belakang dan ketawa.
"Janganlah...tak dapat nak tengok wajah isteri tercinta. Dah, jom balik."
"Jom."
Sambil memeluk erat isteri tercinta Halilintar membawa Gempa pulang dengan wajah yang gembira. Tidak sabar untuk menghitung hari menanti 'ahli baru' di dalam keluarga pasangan sejoli ini.
THE END
Hali: Macam tu je cerita dia?
Gempa: Dah tu nak macam mana lagi?
Hali: Heish! Mestilah tunjuk berapa ramai anak diorang ada!
Melihat Halilintar yang over semacam menonton drama lakonan seorang gadis dan seorang lelaki persis mirip wajah Hali dan Gempa menjadi tanda tanya di kalangan pecahan muda yang lain. Mudalah sangat.... :v
Blaze: Sejak bila Papa layan drama ni?
Taufan: Sejak diorang terpilih dalam debut animasi Ani dan Harru.
Ais: Iya? Apa tajuknya?
Taufan: HaliGem.
All kec. HaliGem: Ooohh....
Hali: Tak! Aku tak puas hati! Berapa anak diorang dapat tu?!
Gempa: Yang kau bersungguh ni dah kenapa?
Hali: Sebab ianya tentang kitalah! Apa lagi?!
All kec. Hali: (sweat drop & facepalm)
END
==============================
Aduih...parah Hali ni. =^='
YOU ARE READING
Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]
FanfictionStatus: COMPLETED (don't ask for more update again) Cover book by: @FarahArts/Wattpad This is how my HaliGem AU storyline is. All of the storyline originally created by me! No negative comments and haters allowed! Don't like? Don't read! WARN! ...