Your Past [Sequel] (68)

951 72 4
                                    

Hali melabuhkan punggungnya di atas birai katil miliknya sendiri. Dia sesekali mengusap kasar wajahnya sambil merengus. Topi yang dipakainya yang terasa Agak mengganggu terus dibuka lalu dicampakkan di atas katil. Fikirannya cukup berserabut sekarang.

Hali: Aku dah lakukan perkara yang cukup.... Teruk kepada Gempa.

Hali menundukkan wajahnya menatap lantai biliknya dengan tatapan yang kosong dan hampa.

Fikirannya tiba-tiba teringatkan situasi yang mana dia pernah mendera dan menyiksa Gempa dengan begitu teruk sekali. Sesekali dia menatap sendiri kedua belah tapak tangannya. Tangannya bergetar hebat apabila cuba menerima kenyataan bahawa tangan itulah yang memukul, menumbuk, mencekik dan mendera Gempa sehabisnya.

Hali sempat mengutuk dirinya sendiri kerana langsung tidak menoleh di saat Gempa sedang merintih sambil memanggilnya. Langsung tidak memberikan Gempa peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

"Kenapa Hali? Kenapa kau.... Bodoh sangat? "

Hali mencengkam rambutnya geram. Segala rasa sakit diabaikannya. Jelas sekali perasaan kesalnya jauh lagi penting berbanding rasa sakitnya sendiri.

Otak Hali mula mengingat kembali akan cerita Ais. Dan yang paling menyakitkan apabila dia mendengar sendiri kata-kata sadis dari saudaranya yang lain.

"Mana kau bila Gempa perlukan kau, hah? "

Hanya 1 ayat sudah cukup membuatkan Hali hancur sehancurnya.

.
.
.

Hali kini sedang menggeledah beg sekolahnya. Segala perkakas dan barang serta buku miliknya hanya dibuang begitu sahaja. Dia sedang mencari sesuatu. Ya, sesuatu.

Dan setelah puas mencari, akhirnya Hali menemuinya dan memperlihatkannya.

Sebentuk cincin.

Cincin yang pernah diberikan dan disarungkannya kepada Gempa sewaktu kali pertamanya mereka disahkan menjadi pasangan kekasih.

Hali menggenggam erat cincin tersebut. Dia kemudian terus memasukkannya ke dalam poket seluarnya. Halu bangun semula dari duduk mencangkung lalu terus menghampiri katilnya semula. Dirinya terus dihempas ke atas katil tersebut. Tatapannya kosong sahaja pada siling biliknya.

Hali: Gem... Kalau aku bagi balik cincin ni... Kau akan terima balik tak?

Fikiran Hali terus melayang memikirkan apa reaksi Gempa sekiranya dia menghulurkan cincin yang pernah menjadi saksi hubungan mereka dan menjadi saksi terdekat sewaktu mereka bergaduh.

Fikir punya fikir, akhirnya dia tertidur di atas katil tanpa disedarinya.

.

.

.

Hali berjalan menuruni tangga rumah selepas keluar dari biliknya. Dia ternampak Gempa sedang berdiri di ambang muka pintu sambil memikul sebuah beg bersamanya. Hali menatap Gempa hairan. Dan tanpa basa-basi, dia terus meluru mendapatkan Gempa.

Hali: Gempa!

Gempa tidak menoleh, dia seolah-olah tidak mendengar langsung Hali yang baru sahaja memanggilnya. Hali semakin berkerut hairan. Namun sebaik sahaja dia berhenti di belakang Gempa, tangan Gempa terus diraih olehnya.

Gempa menoleh.

Gempa: Hali? Ada apa ni?

Hali: Gem... Kau nak ke mana dengan beg tu? Dan... Kenapa aku panggil kau, kau tak toleh?

Gempa: ....

Hali: Gem?

Gempa: Hali? Ada apa?

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now