•▶ Waktu Sekarang ◀•
Taufan: APA KAU CAKAP?!!
Situasi di ruang tamu itu senyap di kala mendengar jeritan kuat Taufan. Taufan memberikan pandangan marah dan geram kepada Hali yang hanya memandang ke arahnya tanpa sedikit pun rasa takut.
Blaze: Kau... Kau sanggup curi rantai yang Fang dan Yaya berikan pada Gempa?!
Kini Blaze pula berdiri di samping Taufan. Marahnya juga tidak kalah kuatnya dengan Taufan. Yang lain tidak marah sama sekali. Cuma memandang ke arah Hali dengan pandangan geram.
Hali: Ya. Aku yang curi rantai yang Gempa kata hilang tu.
Dengan selamba Hali meletakkan kaki kanannya di atas kaki kirinya. Gempa yang ada di sebelah hanya menghela nafas lalu menenangkan Taufan dan Blaze.
Gempa: Korang berdua. Duduk.
Taufan: Gem! Kau tahu ke dia curi?! (tunjuk Hali)
Gempa: Iya aku tahu. Malam hari lahir kita dia beritahu kepada aku.
Solar: Dan kau tak marahkan dia langsung?
Kini giliran Solar bersuara. Solar memberikan tatapan tidak percaya kepada Gempa. Gempa yang menerima tatapan itu hanya menghela nafas sekali lagi.
Gempa: Kenapa aku tidak marah? Mestilah aku marah! Aku puas cari rantai tu sampai hari nak dekat petang dan ternyata ia hanya disorokkan oleh Halilintar! Aku pun tak boleh maafkan dia!
Gempa mengetap bibirnya geram. Mengingat kembali betapa bodohnya dia tidak tahu bahawa Hali dalang segala kesedihannya sebelum ini.
Hali yang memandang Gempa hanya mengeluh dan tidak berkata apa-apa.
Thorn: Tergamak Papa lakukan macam tu kepada Mama... 😞
Ais: Cemburu buta.
Ais menjeling ke arah Hali dengan dingin sedingin nama diberi.
Hali: Cakaplah apa yang korang nak cakap. Benda memang dah lepas pun.
Gempa melirik ke arah Hali dengan wajah kecewa. Tapi kemudian dia bertindak untuk menenangkan keadaan yang dingin itu.
Gempa: Tidak mengapa semua. Halilintar sudah gantikan rantai tu dengan rantai lain.
Gempa hanya tersenyum ke arah saudaranya. Yang lain kecuali Hali menghela nafas lega. Manakala Hali? Dia melirik ke arah Gempa lalu menggenggam kedua tangannya geram.
"Seandainya aku tak berkasar dengan dia dulu..."
Solar: Jadi Hali?
Lamunan Hali terhenti. Dia memandang ke arah Solar yang sedang memandangnya dingin.
Solar: Apa jadi seterusnya sebaik sahaja kau ambil rantai tu?
Hali: ....aku bawa Gempa pulang.
•°•>★♡CONTINUE FLASHBACK♡★<•°•
Sebaik sahaja mereka berdua tiba di rumah. Taufan dan Blaze yang kebetulan baru sahaja selesai bersiap dan hendak keluar dari rumah terdiam apabila melihat Gempa sedang bersandar pada Hali.
Blaze: Gempa? Hali.. Gempa kenapa?
Hali: Hanya keletihan.
Hali memandang ke arah Blaze dan seterusnya ke Taufan. Hali perasan yang riak wajah Taufan lain macam. Tapi Hali abaikannya.
Hali: Ni korang nak ke mana?
Blaze mengela nafasnya dan memandang Hali.
Blaze: Baru sahaja nak keluar tolong cari Gempa.
YOU ARE READING
Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]
FanficStatus: COMPLETED (don't ask for more update again) Cover book by: @FarahArts/Wattpad This is how my HaliGem AU storyline is. All of the storyline originally created by me! No negative comments and haters allowed! Don't like? Don't read! WARN! ...