Two Mama? (71)

458 32 2
                                    

BHOOOMM!!

Gempa: GYAAAAHHHH!!!

All kec. SolGem: (gasp) Huh?!

Blaze: Bunyi apa tu?!

Taufan: Macam bunyi dari makmal Solar lah!

Thorn: Yang jerit tadi tu Mama, kan?!

Hali: Cepat naik atas!!

Dengan keadaan yang tergesa-gesa dan panik kelima element itu berlari baik melalui tangga menuju ke tingkat atas dan menghampiri makmal Solar yang berada di sebelah bilik Solar sendiri.

Masing-masing mula berfikiran negatif yang tidak dapat dibendung membayangkan apa yang bakal terjadi kepada 2 kembar mereka yang mereka pasti terlibat dalam letusan tadi.

Hali: Gempa!!

Hali menerjah masuk ke dalam makmal Solar selepas menghempas kuat pintu bilik tersebut. Kepulan asap pun mula menyapa indra penglihatan kelima element tadi setelah mereka menjejakkan kaki memasuki ruang makmal.

Kelibat 2 kembar mereka iaitu Gempa dan Solar tidak dapat dilihat melainkan hanya asap yang berwarna ungu sahaja yang dapat dilihat.

Solar: Uhuk! Uhuk! Aargh-! Taufan! Buang asap ni cepat!

Taufan: Eh?! Eerr... B-baik! Hembusan Angin!!

Fwoosshh~!!!

Sesuai dengan arahan yang diberikan oleh Solar, Taufan menggunakan kuasanya untuk menolak keluar kepulan asap ungu yang tebal itu melalui tingkap dan pintu yang terbuka. Tidak mengambil masa yang lama, kepulan asap ungu tadi pun keluar.

Ais: Semua ok ke?!

Solar: Uurghh... Ok je... Haish...

Solar menatap ke atas lantai yang kini mula bersepah dengan sebuah alat yang kelihatan seperti pistol dan sebuah tabung uji yang sudah pecah. Tatapannya jelas kelihatan kecewa sekali.

Hali: Apa dah jadi ni? Gempa mana??

Gempa&???: Urghh... S-sini...

Semua element kecuali Gempa menoleh ke arah sumber asal suara tadi. Mereka dapat melihat Gempa sedang terbatuk-batuk kecil namun tatapan mereka berubah terkedu apabila melihat satu susuk tubuh yang amat familiar namun aneh bila dipandang.

Taufan: A.. Pe... Kah..?

Blaze: A-aku mimpi ke ni...?

Thorn: Ma-Mama ada...

TTM: MAMA GEM ADA DUA?!!! 😨😨😨

Terlopong mulut 6 element itu apabila mereka melihat 2 Gempa sedang berdiri di hadapan mereka.

Yang menjadi tatapan oleh 6 element tersebut mula saling berpandangan. Serta-merta wajah mereka memucat.

Gempa: S-siapa?! (le shock)

Gempa: Eh?! K-kau pula siapa?!

Gempa: Aku Gempa lah!

Gempa: Aku pun Gempa!

Taufan: MasyaAllah :v

Solar: Diam ah, Taufan! Ish! Susah lah macam ni...

Hali mengetap giginya sambil memandang kekasihnya yang kini sudah ada dua. Dia segera mendapatkan mereka berdua.

Hali: Gempa... Gempa dan Gempa... Ok?

Duo Gem: O-ok je... (serentak)

"Aku tak tahu nak rasa lega atau marah tapi sejujurnya aku rasa bahagia gila dapat tengok dua Gempa!!! "

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now