Mama Got A Fever? (65)

1.2K 81 11
                                    

Hali: Macam mana Ochobot?

Hali bertanya kepada Ochobot Si Robot Kuning sebaik sahaja ia keluar dari bilik Gempa. Ochobot menghela nafas selepas dia menutup pintu bilik Gempa dengan rapat. Ia memandang ke arah Hali dan yang lain yang kelihatannya berada di belakang Hali.

Ocho: Hmm... Nampaknya kita kena bawa dia ke hospital juga ni. Dah 2 hari dia demam panas sampai 39°c. Aku takut ia akan lebih teruk kalau dibiarkan.

Para element yang lain hanya mendesah kecewa. Semenjak 2 hari yang lalu, Gempa tiba-tiba berubah sikap dan jadi lebih berdiam diri. Sehinggalah satu masa tu dia tiba-tiba pengsan dan apabila diperiksa, ternyata dia demam. Dan secara kebetulannya Tok Aba dan Ochobot sudah balik dari KL, mereka segera membawa pulang Gempa dan merehatkannya di dalam bilik.

Selepas menelan ubat dan buat seperti biasa di kala Gempa demam sebelum ni, entah kenapa kali ini semuanya tidak menjadi. Malah demam Gempa semakin naik dan ia membuatkan Gempa sampai tak larat untuk bergerak.

Semestinya apa yang berlaku ini membuatkan seluruh keluarga dan kawan-kawan risaukan keadaan Gempa. Jadi pada hari yang ke-2 ini, Ochobot memeriksa akan keadaan Gempa dan tampaknya masih tidak boleh buat apa-apa.

Taufan: Haih... Kita kena hantar Gempa ke hospital sekarang. Aku risaulah keadaan dia.

Thorn: Tapi Mama kan tak larat nak bangun. Thorn tengok, dia nak buka kelopak mata pun macam penat.

Ais: Kenapa dia boleh jadi macam ni?

Blaze: Kena sampuk ke?

Solar: Kau lah yang jadi tukang sampuk tu kan?

Blaze: Heish! Kalau aku yang sampuk, aku baik sampuk kau dulu! Kalau aku sampuk Gemgem, awal 1000 tahun lagi ok!

Hali: Woi, sudah! Korang ni tak habis-habis nak gaduh!

Semua element terdiam apabila ditengking oleh Hali. Mereka masing-masing menundukkan kepala mereka.

Hali: Haih... Taufan.

Taufan menoleh ke arah Hali. Hali mengeluarkan sebuah kad dari poket seluarnya lalu memberikannya kepada Taufan.

Taufan: (ambil) Apa benda ni?

Hali: Itu doktor personal yang aku pernah kenal sebelum ni. Aku nak kau telefon dia dan suruh dia datang.

Blaze: Eh? Sejak bila kau boleh ada kenalan macam ni?

Hali: Malas aku nak cerita. Yang pastinya aku kenal dia waktu aku kerja sambilan.

Yang lain hanya menganggukkan kepala dan ber-oh ria. Selepas berdiam sekejap, Hali pun bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah dapur untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Tok Aba di sana.

.
.
.

DAPUR

Hali: Atok, atok tengah buat apa tu?

Tok Aba: Oh, Hali. Ni hah atok tengah buat bubur untuk Gempa makan sebelum dia makan ubat nanti.

Hali hanya menganggukkan kepalanya faham. Dia melirik ke arah bubur yang sedang dikacau oleh Tok Aba di dalam periuk kecil. Dia terdiam seketika.

Terasa cucunya tiba-tiba berdiam diri. Tok Aba melirik ke arah Hali dan dia melihat wajah Hali kini kelihatannya sedang berduka. Tok Aba tersenyum dalam diam.

Tok Aba: Kamu tak perlulah risau sangat tentang Gempa. Atok pasti dia akan ok nanti.

Hali: Hali percaya je semua tu atok. Cuma... Hali risau lah. Gempa tak pernah demam lama macam ni, tok.

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now