Gempa berlari-lari anak menuju ke taman yang berdekatan dengan rumah Tok Aba. Selepas melepasi 4 simpang kawasan perumahan, akhirnya Gempa tiba di taman tersebut.
Gempa menghela nafas lega apabila melihat pemilik kedai tersebut masih membuka kedainya walaupun sudah masuk musim cuti sekolah.
Gempa berjalan melepasi kawasan taman sambil melihat kanak-kanak yang berlari keriangan di dalam taman tersebut. Ada yang memanjat monkey bar, ada yang main papan gelungsur, naik buaian, main pasir dan naik jongkang-jonkit. Semuanya sekitar umur 2-6 tahun
'Teringat pula pada Taufan, Blaze dan Thorn. Hehe!' - Desis hati Gempa.
Melihat kanak-kanak yang sedang berlari sambil bermain kejar-kejar dipantau oleh ibu bapa mereka.
Teringat pula Gempa akan saat mereka iaitu kembar-kembar elemental masih kecil. Lebih kurang dalam mahu menginjak umur 13 tahun. Walaupun sudah meningkat remaja, waktu itu kebanyakkan mereka masih lagi berfikiran kebudak-budakkan. Lebih-lebih lagi Trio Trouble Makers.
FLASHBACK
.
.
.Trio Trouble Makers berlari sambil berkerjaran. Blaze mengejar Taufan dan Blaze manakala Solar sedang membaca buku yang dipinjam. Ais seperti biasa tidur di sebelah Solar. Manakala Gempa dan Hali hanya memerhatikan mereka dengan senang hati.
Teringat pula Gempa akan kejujuran Hali waktu itu.
Hali: Kenapa kau tak main sekali? Masa kecil-kecil dulu pun kau saja yang perhatikan kitorang.
Gempa: Kalau korang main, siapa nak jaga atau jadi wakil kalau korang jatuh atau terlanggar sesiapa? Mana tahu malang tidak berbau, ada yang kena culik? Jadi aku yang perhatikan korang ni boleh lah jadi saksi apa-apa kes. 😊
Hali diam seketika menatap Gempa. Dia tidak pernah terfikir akan pemikiran Gempa pada waktu itu. Persis matang seperti orang dewasa. Jujur Hali kata, dalam kalangan mereka, hanya Gempa sahaja yang boleh dikatakan 'normal' dan entah kenapa itu menjadi daya tarikan Hali untuk terus memandang Gempa.
Hali: Hmm...mungkin sebab ni kot aku suka kau. (senyum)
Gempa: ...huh? 😶
Hali tertawa kecil lalu menggelengkan kepalanya. Tidak mahu ulang ayat tadi.
Hali: Takde apa...
Kemudian, mereka berdua mengalihkan pandangan kembali ke arah kembaran yang lain. Jujur, Gempa sebenarnya dengar apa yang dikatakan oleh Hali, cuma dia inginkan kepastian sahaja.
.
.
.
END FLASHBACK???: Hi Gempa!
Lamunan Gempa terhenti apabila dirinya disapa oleh peniaga a.k.a pemilik kedai runcit itu. Pak Mat.
Pak Mat: Ha, ni datang tak nak beli apa?
Pak Mat menyapa Gempa dengan mesra dan dibalas senyuman khas Gempa.
Gempa: Nak beli gula-gula dan beberapa makanan ringan sikit. 😊
Pak Mat hanya ber-oh ria sambil mengganguk faham. Dia kembali menuju ke kauter untuk dijaga dan meninggalkan Gempa.
Gempa pun berjalan ke arah kawasan makanan ringan dan fast food. Dia melihat pilihan yang ada lalu mengambil seperti yang dipesan oleh Ani, Thorn dan Blaze.
Dalam Gempa sedang melihat-lihat ais-krim, Gempa ternampak kotak coklat yang menarik perhatiannya secara tiba-tiba.
'Macam kenal je...eh...ini...'
Gempa pergi ke arah kotak itu lalu dipandang isi dalamnya. Sebuah kotak yang memenuhi berpaket cupcake berwarna coklat.
Gempa: Hmm..? Bukan ke ni makanan yang selalu Halilintar makan dulu. Hmm...dia kata sedap. Tapi kenapa sekarang dah tak makan? Hmm...cuba rasalah mana tahu sedap ke tak.
YOU ARE READING
Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]
FanfictionStatus: COMPLETED (don't ask for more update again) Cover book by: @FarahArts/Wattpad This is how my HaliGem AU storyline is. All of the storyline originally created by me! No negative comments and haters allowed! Don't like? Don't read! WARN! ...