Selepas memberikan Gempa makanan tengah hari dan ubat, akhirnya Gempa tertidur di dalam biliknya. Hali memeriksa keadaan Gempa buat kali terakhir sebelum dia menutup pintu lalu beredar dari situ.
Sewaktu sedang turun dari tangga, Hali ternampak 5 saudaranya yang lain sedang berbual di kawasan ruang tamu rumah.
Ais yang kebetulan baru keluar dari dapur rumah ternampak Hali sedang berdiri canggung di tangga.
Ais: Hali, kau kata... Kau nak dengar cerita sebenar, kan?
Hali diam seketika. Namun tidak lama kemudian, dia pun menganggukkan kepalanya.
.
.
.Kini 6 Boboiboy bersaudara duduk serentak di atas kerusi sofa di ruang tamu. Masing-masing membawa wajah canggung dan serius. Semua mata tertumpu pada wajah Hali yang berada di atas satu-satunya sofa bersaiz single.
Hali: Jadi... Ais. Boleh tak-
Ais: Jadi kau nak dengar apa yang terjadi selepas kau tinggalkan Gempa?
Hali diam, namun kemudiannya dia menganggukkan kepalanya dengan yakin. Walaupun wajahnya sekarang serius, tetapi jujur saja bahawa sebenarnya dia sedang berada dalam keadaan kegelisahan. Hatinya tidak berhenti untuk berdegup begitu kencang sekali dan dia sendiri sedang bergetar.
Solar menjeling Hali dengan pandangan menyampah.
Solar: Kenapa kau sibuk sangat nak tahu pasal hal silam korang? Tak puas lagi nak ingat betapa kejamnya kau dulu?
Hali menjengkilkan pandangan matanya ke arah Solar.
Hali: Tsk-! aku dah cakap yang aku minta maaf kan?!
Blaze: Apa kau ingat dengan minta maaf tu semua... Boleh sembuhkan memori Gempa yang dah terluka tu ke, hah?!
Hali berdiam diri seketika. Rasa sakit hati menerpa apabila dia ditengking oleh Blaze sedemikian rupa. Taufan menjeling Hali geram.
Taufan: Kau ni ibarat pengecut, Hali! Mentang-mentang Gempa sudi memaafkan kau, kau nak ambil kesempatan atas dia?!
Hali: Kenapa... Apa yang korang tak puas hati sangat pasal aku, hah?!
Blaze: Apa yang kitorang tak puas hati?! Apa kau tanya?! Kau menyakiti Gempa! Kau dera dia waktu kami tiada!!
Taufan: Dan pula buat-buat tak tahu bila kami tanya dia kenapa dia ada luka dan parut waktu kami pulang dari KL!! Tergamak kau Hali!!
Hali mengetap giginya lalu mendiamkan diri. Kedua belah tangannya digenggam erat. Kepalanya ditunduk dan suasana menjadi hening semula. Taufan dan Blaze yang barusan sahaja selesai menengking Hali mula menarik dan menghembus nafas dengan kasar. Pandangan mereka masih lagi tajam dan marah pada Hali.
Thorn: Su-sudah lah tu semua... Bagilah Papa peluang... 💦
Thorn cuba memberanikan diri untuk menenangkan semua walaupun dirinya juga sedang ketakutan dan hampir untuk menangis. Dia sangat takut apabila melihat keadaan saudaranya yang sedang bergaduh. Tambahan pula Gempa sedang berehat kerana demam. Jadi siapa yang boleh tenangkan mereka sekarang?
Solar: Kau jangan harap nak kami biarkan kau bersama Gempa selepas ini.
Hali: Kau-?! Kau ni dah melampau!! Gempa sudah elok terima aku tapi apahal kau pula yang suka-suka nak atur hubungan kitorang, hah?!Blaze: Wey Hali! Kau sedar dan ingat balik apa kau dah buat pada Gempa!! Kami buat semua ni, untuk kebaikan Gempa.. Dan untuk ajar kau yang jenis cemburu buta tu!!
Hali: KAU NI..!!! 💢
Ais: Berhenti!!
KRAAKK!!
YOU ARE READING
Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]
FanfictionStatus: COMPLETED (don't ask for more update again) Cover book by: @FarahArts/Wattpad This is how my HaliGem AU storyline is. All of the storyline originally created by me! No negative comments and haters allowed! Don't like? Don't read! WARN! ...