Did You Guys Fight or Something? (56)

1.2K 86 18
                                    

(Sambungan kisah Married Couple punya. Anggap sahaja yang ini sebelum chapter 'What Happen Next? (14) tu.)

Di pagi hari di rumah elemental. Kelihatan Gempa sedang mengacau makanan yang terisi di dalam kuali. Dia mencedokkan makanan tersebut ke dalam pinggan lalu meletakkan pinggan tersebut di atas meja.

Gempa: Hhuuh...siap. Nasib baik hari ini aku bangun awal.

Gempa mengelap peluh keringatnya yang mengalir di dahinya. Semuanya kerana dia memasak tadi. Memasak juga cukup melelahkan ya?

Solar berjalan menuruni tangga. Dia dapat menghidu bau aroma masakan yang enak dari dalam dapur. Dia menjenguk. Kelihatan Gempa sedang memasak sesuatu. Solar berjalan masuk ke ruang dapur dan menegur Gempa.

Solar: Gem? Kau masak apa?

Gempa: ....udang goreng.

Solar: Ouh. Umm...dah siap?

Gempa: Sikit lagi. Kau tolong panggilkan yang lain, ya?

Gempa menoleh memandang Solar. Solar membalas pandangan Gempa sambil tersenyum dan mengangguk. Pada waktu itu dia tidak perasan lagi akan perubahan pada Gempa.

Namun sebaik sahaja tiba waktu makan.

Trio: Yaaayy!! Makan!!

Gempa tersenyum lalu duduk di atas kerusi. Dia menikmati makanan yang terhidang di atas meja bersama 5 kembarnya. Dan jika dihitung bersama...hanya ada 6 di sana.

Thorn yang perasan akan kehilangan Hali terus memandang Gempa pelik. Gempa tak panggil ke? Bukan ke dia sering memastikan terlebih dahulu semua ada baru mula makan?

Thorn: Mama? Mana Papa?

Gempa: Aa? Uuhh...t-tak tahu.

Solar memandang Gempa dalam diam. Entah kenapa melalui reaksi Gempa tadi seperti bukan reaksi yang selalunya dilihat. Reaksi itu...seperti mahu larikan diri dari menyentuh topik 'Hali'.

Dan tidak lama kemudian, Hali berjalan turun melalui tangga dan melepasi ruang dapur. Blaze yang perasan akan kehadiran Hali terus memanggilnya.

Blaze: Papa? Tak nak makan ke?

Hali: ...tak.

Taufan: Tak pernah kau tak join kitorang makan.

Hali: Suka hatilah.

Suasana hening seketika. Hali memandang mereka ber-6. Dia sempat memandang Gempa yang hanya makan sahaja makanan yang tersedia. Tidak seperti yang lain yang sedang memandang Hali, Gempa malah seperti menganggap Hali tidak wujud di situ.

Hali mendengus kesal. Hatinya terasa sakit dan panas. Dia mengalihkan pandangannya lalu berjalan keluar dari rumah. Entah apa yang difikirkannya tak tahulah.

Klik!

Bunyi pintu tertutup memecahkan suasana sunyi. Yang.lain mula fokus kembali kepada makanan mereka. Tidak perasan pun bahawa ada sesuatu yang pelik di sekitar situ. Gempa tidak tanya pun ke mana Hali mahu pergi. Malah mengajaknya? Memang nampak macam mustahil sangat.

Blaze: Peliklah. Biasanya dia join saja kita makan, kan?

Taufan: Entahnya. Mood tak baiklah tu.

Solar: Atau ada sesiapa bergaduh dengan dia?

Solar menjeling kearah Gempa. Gempa berhenti kaku dari menyuap makanan di dalam mulutnya. Di situ Solar perasan, benarlah tanggapannya. Ada sesuatu yang berlaku antara Hali dan Gempa.

Gempa meletakkan sudu yang digunakannya di atas pinggan.

Gempa: Uuhh...a-aku minta izin untuk naik dulu.

Halilintar X Gempa HAPPY FAMILY! (HaliGem) [✅✔✅]Where stories live. Discover now