Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
(Al-Qiaamah 75:26)
BUNYI lagu pop yang terpasang dan lampu merelap-merelip membuatkan manusia lebih leka dengan duniawi. Ditambah dengan hidangan minuman keras dan dadah sebagai pemanis mulut. Perempuan berpakaian ketat bersepah di sana-sini. Itulah rutin harian seorang lelaki yang bernama Raja Uwais.
"Raja? You buat apa dekat sini?" Suara seorang perempuan menarik minat Raja untuk menoleh ke arah perempuan tersebut.
"Huh? Betty?" Dalam keadaan mabuk , Uwais cuba untuk mengenali raut wajah perempuan tersebut. Tekaannya betul. Perempuan tersebut mengangguk.
"Yes. I Betty. You mabuk ni. Muka pun merah sangat mengalahkan udang. Jom I drive you bawa balik rumah.." Uwais menunjukkan isyarat senyap kepada Betty.
"Shhh.. mummy dengan daddy I tak boleh tahu pasal ni. Urgh.." Tiba-tiba dia muntah di dalam kelab dan terus keluar dengan keadaan terhuyung-hayang.
"Kalau macam tu I bawa you balik rumah I. Bila you dah tak mabuk, I hantar you balik ya." Raja hanya mengangguk. Betty merangkul badan Raja yang agak tegap masuk ke dalam kereta.
----
MATAHARI sudah menjelma menandakan hari sudah siang. Uwais membuka mata perlahan-lahan. Melihat jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi. Dia membuka selimut dan meregangkan badannya. Tiba-tiba dia baru perasan yang dia hanya memakai tuala mandi bagi membungkus badannya. Sejak bila dia pakai pun dia tidak sedar. Dia terus mandi dan memakai baju. Sewaktu dia ingin mengambil telefon bimbit dan keluar daripada bilik tersebut dia memandang sekeping kertas. Dia mengambilnya dan terus membaca.
Thank you for last night, Raja Uwais. Don't forget to take some breakfast before you leave.
From:Betty ;)
Terdapat kesan lipstick di atas kertas itu. Uwais terus meronyokkan kertas tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah yang berdekatan dan terus keluar untuk pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...