"Hani, saya tak boleh nak buang awak tanpa sebab yang munasabah tapi masalah macam ni boleh menjatuhkan imej universiti kita. Saya boleh tahan lagi kalau pelajar buat hal tapi bukan lecturer. Awak sendiri tau universiti ni ialah universiti swasta. Saya tak boleh nak buat apa melainkan awak sendiri yang berhenti demi nama baik universiti ni dan nama baik awak sendiri." Aku mengangkat muka memandang wajah Prof. Esmail.
"Saya bagi awak tempoh seminggu untuk awak letak surat berhenti sebelum saya sendiri bertindak." Mata mula berkaca.
Kalau aku berhenti aku nak kerja mana lagi? Apa Uwais kata nanti? Mak ayah macam mana? Banyak kenangan yang aku ada di universiti ni. Betapa susah dan lamanya untuk aku sampai ke tahap ni tetapi dalam masa yang singkat semuanya hilang.
"Hani? Awak dengar tak apa yang saya cakap? Kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh pergi." Aku menggenggam erat kedua-dua tangan sambil menutup mata. Kesejukan dek kerana
alat pendingin aku endahkan. Aku menarik nafas dalam-dalam dan kemudian membuka semula mata."Prof. Semua ni salah faham je. Takkanlah disebabkan gambar-gambar macam tu senang-senang je kerjaya saya hilang." Dia mengeluh berat.
"Saya minta maaf Hani. Awak seorang pensyarah muda yang sangat saya hormati dan kagum selain daripada Luq. Awak satu-satunya wanita termuda yang menjadi pensyarah di sini. Mungkin awak lebih layak menjadi pensyarah di tempat lain dan bukan di sini. Isu ini dah sampai ke pihak atasan. Saya tak mahu benda ni jadi lagi buruk." Aku mengangguk dan berpura-pura kuat.
"Kalau macam tu Prof bagi saya masa boleh? Bagi saya mengajar sampai habis semester ni. Lepas sahaja semester ni saya terus berhenti."
"Baiklah kalau itu yang awak nak. Awak boleh teruskan sampai habis sem ni. Kalau tak ada apa-apa lagi awak boleh keluar." Aku bangun dan berlalu keluar. Langkahku terhenti di hadapan pintu bilik dan menoleh ke arah Prof. Esmail.
"Prof seseorang yang sangat saya hormati dan kagumi juga. Seorang yang sangat berilmu pengetahuan. Tapi perasaan kagum saya terhadap prof hilang sekelip mata. Orang yang berkuasa dan berilmu tetapi sayang hanya menurut kata-kata orang lain sedangkan dia boleh mempertahankan apa yang betul dan apa yang salah. Semata-mata untuk menjaga imej universiti. Tetapi lupa menjaga maruah sebenar apabila tidak mempertahankan apa yang betul. Terima kasih prof. Saya pergi dulu." Aku tersenyum kelat dan berlalu pergi. Langsung tidak memandang wajahnya.
Masuk sahaja di dalam kelas hanya beberapa orang sahaja yang hadir. Menarik nafas dalam-dalam supaya mengawal marah.
"Mana yang lain?" Aku bertanya lembut kepada pelajar. Mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Sebelum mula kelas keluarkan semua telefon awak." Aku memeluk tubuh. Semua pelajar terpinga-pinga.
"Awak semua rakam dan hantar dekat semua pelajar yang sepatutnya hadir ke kelas saya. Saya tak nak ada satu orang pun yang tak tengok video ni. Kalau nak buat live lagi bagus." Aku mula bernada tegas. Tangan masih memeluk tubuh.
"Assalamualaikum kepada para pelajar saya yang disayangi. Saya tak tahu apa masalah awak semua dengan saya. Saya tak kisah kalau awak tak hadir kelas saya. Nak ponteng ke nak melepak ke itu bukan masalah saya. Saya cakap sekali aje. Awak semua hanya ada lagi beberapa kelas sahaja dengan saya sebelum final exam dan habis sem. Jadi jangan sampai saya gagalkan exam awak. Please respect me as your lecturer. Saya bukan budak lima tahun yang senang-senang awak nak pijak-pijak dan letak di tapak kaki awak. Saya lecturer. Kalau awak rasa tak suka saya ini bukan caranya. Be professional. Terima kasih."
"Okey let's proceed our class."
-----
Aku membuka pintu bilik dan terlihat Uwais sedang duduk di atas katil sambil membaca buku sebelum kepalanya tertoleh ke arahku.
"Sayang!!!! Rinduuu!!!!" Dia menutup buku yang dibacanya dan mendepakan tangan tanda ingin memelukku.
Aku menjauhi katil dan meletakkan beg di atas meja solek sambil memandangnya dengan wajah geli-geleman. Dia memuncungkan mulut dan memeluk tubuh. Eyyy gelilah lelaki gedik macam ni. Tak serupa lelaki betul.
"Jangan buat muka macam tu boleh tak? Macam keldai." Aku membuka tudung perlahan-lahan sambil duduk di hadapan meja solek. Terlihat Uwais membulatkan mata memandangku melalui cermin dihadapan meja solek.
"Sampainya hati sayang samakan abang dengan keldai. Apa buruk sangat ke abang ni?" Aku mencebik mengendahkannya. Dia menutup mata lalu mengangkat tangan.
"Ya Allah, kau ampunilah dosa isteriku ini. Sesungguhnya dia tidak berniat untuk menyakiti suaminya sendiri. Kau jauhkanlah dia dari azab nerakamu kerana menghina suaminya sendiri. Ampunkanlah dia kerana aku sudah memaafkannya dengan hati yang terbuka." Aku terus bangun daripada kerusi dan duduk di sebelahnya.
"Sampai macam tu sekali ya Hani ni di mata abang?" Dia membuka mata perlahan-lahan melihatku dengan wajah pelik. Perlahan-lahan dia melekapkan belakang tapak tangan ke dahiku.
"Sayang ni demam ke? Abang gurau ajelah. Kenapa serius sangat? Stress eh? Meh sini abang urut." Dia menarik badanku dan terus mengurut bahuku
"Tak stress pun. Cuma penat sikit je."
"Aloo kesian isteri abang. Penat ya? Ini mesti student sayang nakal-nakal. Tak apa nanti abang masuk kelas mesti diorang semua behave. Tinggal sorang je student nakal dalam kelas sayang nanti." Aku mengerutkan dahi.
"Siapa?" Dia tersenyum penuh makna.
"Well, of course lah abang. Muehehehe." Aku tergelak mendengar tawanya.
"Kaki dah okey? Sakit lagi?"
"Okey dah. Dah boleh jalan sikit. Esok lusa baiklah ni."
_______
Alhamdulillah :') sis comeback. Jangan lupa star banyak² so sis boleh tau siapa yng baca. Terima kasih sebab sudi baca cerita merepek ni ahahahaha. Selamat berpuasa. 10 hari terakhir Ramadan ni marilah sama² kita kejar pahala sebanyak yang mungkin ya.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...