Bab 9

4.3K 250 3
                                    

KERETA Audi milik seorang pelajar menarik perhatian semua warga universiti termasuk aku. Mulanya memanglah aku tak kisah. Lantak dialah nak bawa apa pun pergi uni hak dia. Masalahnya warna kereta tu aku macam pernah jumpa. Warna maroon macam bunga ros gitu. Eh, takkanlah ni Rose. Bukan dia dah nazak ke haritu. Ke ada orang curi kereta Uwais. Yelah haritu aku lalu balik jalan tu dah taka da kereta dia. Lupa pula nak tanya.

Ahh, lantak pi lah. Buat apa aku nak kisah dah fasal dia. Dia dah lepas. Sekarang ni aku kena fokus kerja. Masuk dalam bilik je aku dah dengar orang membawang. Almaklumlah aku ni bukan jenis yang ketinggalan. Kalau boleh masalah satu dunia ni aku nak tahu.

"Aku dengar anak raja tu tiba-tiba masuk kelas kau betul ke?" Prof Alya memulakan aktiviti membawang dan bertanya kepada Prof Siti.

"Betullah. Baguslah kalau dia betul-betul nak belajar daripada duk buang duit mak ayah dia pergi belanja sana-sini. Baiklah dia belajar."

"Alhamdulillah, dia ambil master kan?" Prof Siti hanya mengangguk. Aku hanya membuka telinga besar-besar.

"Dia tu pandai sebenarnya tapi disebabkan malas jadi macam tu lah. Dia berpotensi besar kalau nak dapat dekan untuk semester akhir ni tapi kalau dia tak ambil exam memang tak lah aku nak bagi markah tinggi dekat dia."

"Kenapa? Dia memang tak ambil exam ke macam mana?"

"Dia tu kalau cakap esoknya exam dan pembentangan mesti dia takkan datang."

"Kalau macam tu kau fikirlah alternatif lain biar dia masuk kelas je sentiasa."

Tiba-tiba telefon aku berdering. Bukan sebab ada orang telefon tapi sebab aku set jam untuk masuk kelas. Tengok-tengok je dah pukul 10 tepat. Ayo, macam manalah pelajar aku dalam kelas tu. Aku terus bergegas masuk ke kelas. Dah lah kelas dengan bilik pensyarah jauh terpaksalah aku lari. Nasib aku pakai kasut sukan. Pelikkan pensyarah pakai baju kurung tiba-tiba kasut sukan. Hahaha. Ini namanya pensyarah berjiwa muda.

Lari punya lari tiba-tiba aku terlanggar sorang pelajar lelaki. Apa lagi terjatuhlah aku. Badan dia dahlah macam badang. Aih. Hang ingat ni drama melayu ka apa haa.

"Oi buta ke?" air kotak milo tumpah di bajunya.

Aku tak pandang pun muka dia sebab tinggi sangat. Tiang lampu ka pokok kelapa ni? Lantak hanglah. Aku berdiri dan meminta maaf lepastu terus pergi daripada situ. Anak murid aku lagi penting naa. Hampir lima minit aku lambat masuk kelas. Depa apa lagi, buat pestalah jawabnya.
......

Di kafe sebelum kelas bermula..

"Weh, aku dengar cerita ada sorang pensyarah baru akan mengajar kita."

"Lelaki ke perempuan?"

"Perempuanlah. Kalau lelaki aku tak berminat nak tahu. Nak tahu tak, yang best nya pensyarah ni single lagi. Bolehlah try. Umur pun muda lagi. Tua berapa tahun je dari kita." Raja hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Insaflah weh. Kita ni dah nak grad. Kejar dekan tu dulu baru nak menggatal dengan pensyarah pun. Jomlah kelas kita pukul 10 kan? Sekarang dah pukul berapa ni" Raja mengajak kawan-kawannya masuk ke kelas.

Sewaktu berjalan masuk ke kelas dia terlanggar dengan seorang perempuan dan air milo tumpah di bajunya. Mukanya merah kerana menahan marah tetapi apabila melihat muka perempuan tersebut dia terkedu.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now