Bab 29

3.6K 207 4
                                    

"HANI SYAMILA!!!"

Hampir tercampak bekas makanan ikan yang aku pegang disebabkan panahan suara Uwais yang seakan-akan seperti Hitler. Jarang sekali Uwais meninggikan suara kepadaku.

"I'm not playing joke with you Hani, tolong abang sekarang!"

Aku cepat-cepat menarik tangannya supaya dia boleh keluar daripada kolam ikan tersebut.

"Sayang nak main-main dengan abang eh?"

Dia merapatkan badannya denganku lalu menyentuh bahuku dengan perlahan sambil tersenyum penuh makna. Aku menelan liur memandang matanya yang tajam menusuk tepat ke mataku. Seramnyaaa!!!

Sebelum jadi apa-apa baik aku lari dulu!! Ya, aku hanya ada satu pilihan untuk menjauhinya dengan cara melarikan diri. Lari punya lari sampailah ke ruang tamu. Aku dapat merasakan tanganku ditarik dengan kuat membuatkan aku berpaling menghadapnya. Dia memeluk tubuhku seerat yang mungkin tetapi penuh dengan kasih sayang sambil membisikkan sesuatu di telingaku.

"Nak lari mana lagi?"

Dengan segala tenaga yang ada padaku, aku cuba meleraikan pelukannya tetapi gagal malah aku tidak dapat menstabilkan diri apabila terlanggar sofa lalu terjatuh betul-betul di atas sofa. Badan Uwais hampir menghempapku tetapi dia sempat menahan dengan tangannya. Sekarang, aku tidak boleh lagi melarikan diri daripadanya kerana kaki Uwais menghalangku daripada bergerak. Wajahnya dirapatkan ke mukaku. Matanya yang pada mulanya memandang mataku beralih ke bibirku. Aku terus mengetap bibir dan menutup mata. Satu saat, dua saat, tiga saat.

Bunyi kereta kedengaran dari luar rumah. Ini tak lain tak bukan mesti mummy dengan daddy. Hah, Uwais tak boleh kenakan aku lagi hahaha padan muka. Aku dapat melihat wajah Uwais yang cuak apabila mendengar bunyi kereta tersebut. Dia terus berdiri dan menaiki tangga untuk masuk ke dalam bilik. Aku hanya melihat gelagatnya sambil menahan tawa sehinggalah dia berhenti di pertengahan tangga dan memandang ke arahku.

"Sayang! Kita tak habis lagi tau! Sambung dalam bilik!"

Dia mengenyitkan matanya kepadaku. Aku tidak melayan dan terus ke bilik stor untuk mengambil mop bagi membersihkan lantai yang kotor.

"Bau pun dah macam ikan dekat pasar, ada hati nak peluk-peluk aku. Eyy."

"Hani? Cakap dengan siapa tu?"

"Eh tak ada siapa. Bila mummy sampai? Tak dengar pun orang bagi salam."

"Mummy dah bagi salam banyak kali dah, tak ada siapa pun yang menyahut. Rajinnya Hani buat kerja rumah."

Aku hanya memberikan senyuman selebar yang mungkin kepada mummy. Memanglah rajin, anak lelaki dia pandai buat sepah tapi bila bab berkemas berdesup masuk bilik. Janganlah anak-anak aku nanti ikut perangai dia.

______

AKU dan mummy keluar daripada ruang solat wanita bersama-sama. Mummy dan daddy selalu pergi ke masjid berdekatan dengan rumah untuk menunaikan solat lebih-lebih lagi pada malam jumaat kerana sering diadakan bacaan yassin. Sementara kami berdua menunggu daddy dan Uwais, kami duduk di pondok kecil yang bersebelahan dengan masjid. Mummy tersenyum memandangku.

"Kenapa mummy pandang Hani macam tu?"

"Tak ada apa. Mummy rasa gembira sangat tengok Hani dengan Uwais. Kalau dulu, Uwais selalu tak lekat dekat rumah. Mesti sibuk je memanjang."

"Ish mummy ni, memanglah dia lekat dekat rumah sebab dia dah kahwin haha."

Mummy tergelak kecil mendengar kata-kataku. Dia menggenggam lembut tanganku. Wajahnya yang penuh dengan kasih sayang membuatkan aku teringat akan mak. Beruntung sangat aku kerana dapat keluarga mertua yang baik.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now