SEBAIK sahaja Raja dan kawan-kawannya masuk ke dalam kelas Raja terkedu sekali lagi. Dia mengambil tempat di sebelah kawan-kawannya.
"Ini ke pensyarah baru yang korang cakap tu?"
"Eh taklah. Miss Hani ni dah sebulan dah mengajar kita."
"Kenapa aku tak pernah perasan pun dia ni."
"Manalah kau nak perasan. Semua kelas dia kau tak pernah masuk. Almaklumlah semua kelas dia waktu pagi kan."
Terkejut Raja dibuatnya. Adakah ini jodoh? Dia tergelak sendiri.
"Lepas habis kelas ni saya nak jumpa dengan pelajar bernama Raja Uwais bin Raja Najmi." Sekejap. Ini bukan nama si Uwais tu ke? Aku salah baca ke? Lepas je habis kelas tak sampai berapa saat dia muncul depan aku.
"Ya miss Hani. Kenapa miss nak jumpa saya? Takkanlah baru jumpa haritu, harini dah rindu." Amboi budak ni.
"Awak jangan nak loyar buruk dengan saya eh. Sekarang saya pensyarah awak pelajar." Muka aku serius. Aku duduk di kerusi sambil dia berdiri di depan aku.
"Selama ni memang saya nak jumpa dengan awak tapi tulah nama pun saya tak tahu. Sepanjang sebulan saya mengajar dekat sini tak pernah sekali pun saya nampak batang hidung awak. Baru pagi tadi saya duk dengar anak raja mana entah bawa kereta Audi. Saya tak kisahlah awak anak raja ke anak permaisuri ke. Kelas saya awak wajib datang. Sekali lagi awak skip kelas saya, segala exam atau pembentangan saya tak akan ambil markah. Faham tak?" Uwais hanya mengangguk macam burung belatuk.
Apa dia ingat perangai aku dekat kampung dengan dekat uni sama ka. Jauh aih. Memang tak kenallah dia dengan aku dekat sini.
"Dah. Awak boleh balik." Aku terus beredar.
Aku membuka beg dan mencari kunci kereta. Tak ada. Takkan hilang pula aih. Aku menepuk dahi. Baru aku teringat, kunci kereta tertinggal dekat kelas tadi. Buat penat aku je kena patah balik. Tiba-tiba bunyi hon kereta mengejutkan aku. Fuh, nasib baik tak terlanggar aku. Aku ni memang, bab bab melintas jalan lemah sikit. Nasib tak ada lesen berjalan, kalau tak memang gagallah aku jawabnya.
"Awak tertinggal kunci kereta tadi." Uwais dari dalam keretanya melambai-lambai kunci kereta ke arahku. Itu kunci kereta aku.
"Terima kasihlah Uwais." Belum sempat aku mengambil, dia sudah menarik semula kunci kereta aku. Apa kau ingat tengah main tarik tali ke sekarang ni. Aku nak baliklah.
"Kalau nak kunci kereta ni boleh tapi temankan saya beli barang dulu." Eh, aku tak ada masalah nak layan pelajar macam kau ni. Aduhai.
"Awak tak ada kelas ke lepas ni?" Uwais hanya menggeleng.
"Cepatlah masuk dalam kereta saya. Nanti kalau pelajar lain nampak awak lagi malu kan." Bila dia cakap macam tu, aku terus masuk ke dalam keretanya.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni?"
"Nak pergi beli baju baru. Awaklah tumpahkan air milo dekat baju saya." Aku pandang dia. Ouh dia ke lelaki yang aku langgar pagi tadi.
"Dah lambat tadi sebab tu terlanggar. Tak perasan pula yang saya langgar tu awak. Tinggi sangat. Saya ingatkan tiang lampu sebab pakai baju kelabu kan. Tak ada beza pun." Uwais hanya tergelak.
"Amboi, tadi bukan main garang macam harimau betina. Sekarang boleh pula melawak ya."
"Dah siapa suruh awak selalu ponteng kelas. Saya kalau dalam uni kenalah profesional. Tak bolehlah nak bawa lawak saya masuk dalam kelas sekali. Nanti pelajar pijak kepala pensyarah."
"Awak pernah baca ke dalam surat khabar pensyarah mati dipijak oleh pelajar? Tak kan? Sebab ramai pensyarah macam awak nilah yang buat pelajar lagi malas nak masuk kelas. Serius memanjang je." Amboi, sesi luahan perasaan ke ni. Aku hanya mengangguk. Ada betul juga cakap dia.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
Storie d'amorePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...