Bab 26

3.7K 206 8
                                    

"SAYANGGGG jangan lupa datang petang ni dekat padang."

"Kalau tak?"

"Kalau tak abang gigit sayang."

"Gigitlah kalau berani."

Dia menarik tanganku dan cuba untuk menggigitnya.

"Eyyyyy! Yelah yelah. Sayang pergi."

"Macam tulah isteri abang."

Dia mengucup dahiku sebelum keluar daripada bilik. Seperti selalu, kami tidak pergi ke universiti bersama-sama. Memang pada mulanya aku dah serik nak ikut Uwais ni tapi hari ini ialah hari terakhir perlawanannya. Nak tak nak kena pergilah untuk bagi sokongan dekat suami tersayang ni.

****

AKU mengambil tempat duduk yang sesuai untuk melihat pertandingan bola sepak berlangsung. Ramai juga yang datang ke sini rupanya. Universiti kami biasanya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan universiti lain dan ini merupakan pusingan akhir.

"Hani!"

Aku melihat gerangan yang memanggil namaku. Luq melambai-lambaikan tangannya dan mengajakku duduk di sebelahnya. Aku duduk di sebelahnya sambil membetulkan baju kurung yang aku pakai. Almaklumlah, aku ni kan perempuan melayu terakhir. Pergi tengok bola pun pakai baju kurung tau. Haha.

Memang sesuai betul tempat dudukku sebab betul-betul berada di hadapan dan semestinya boleh nampak Uwais. Hehe. Tak pernah seumur hidup aku tengok lelaki main bola sepak sebab aku tak suka diorang menonjolkan lutut-lutut yang terlebih cantik diorang tu. Nak main tak salah tapi yang duk tayang sangat peha tu apa pasai? Tak faham betul aku.

Uwais pun sama. Memang balik nanti aku bagi ceramah free ja dekat dia. Tengoklah hang nanti Uwais. Paling senang nak cam Uwais ni sebab dia pakai label kapten yang duk tampai kat lengan tu. Haa memang senanglah aku nak pelangkung hang satgi naa.

Sepanjang perlawanan ni memang aku tak fokus langsung dekat permainan. Sebab apaa? Sebab perempuan belakang-belakang aku ni terpekik terlolong panggil nama pemain depa. Apa ingat aku tak ada pemain favourite kaa? Aku pun ada tapi tak dak aih nak tergedik macam depa ni. Sabar aje aku.

Paling panas telinga aku bila ada orang duk jerit nama Uwais. Aku tak kisahlah dia nak jerit kuat mana pun tapi yang Uwais pun melayan aih. Siap buat flying kiss lagi. Amboi, sampai aku dia bagi jelingan maut ja. Tak adil betul, siapa isteri dia laa ni? Huh.

"Wehh!!! Kapten bagi flying kiss kat aku weh!!!"

Aku hanya membuat muka mengantuk dan menguap. Bilalah nak habis game ni. Aku nak balik nak tidoq lagi bagus aaaaa. Aku meregangkan badanku. Menarik tanganku ke atas.

"Excuse me miss. Saya datang sini nak tengok bola. Bukan nak tengok miss tayang ketiak miss."

Amboi mulut hang.. capoi naa.

Aku cepat-cepat menurunkan tangan. Aku melihat jam dan tinggal beberapa minit sebelum permainan tamat. Buat masa ni, universiti kami mendahului dengan tiga mata. Dah lah, aku rasa dah menang dah tu.

Tamat sahaja permainan, Uwais terus menuju ke arah tempat duduk universiti kami. Aku hanya tersenyum bangga melihatnya. Suami aku tu weh. Hahaha. Tiba-tiba dia membuka baju dan mencampaknya ke arah tempat duduk universiti kami. DIA DAH LAH TAK PAKAI SINGLET WEH! Aku rasa macam nak maki ja budak ni. Yang paling menyakitkan hati aku sekarang ni, bajunya hinggap di muka ku. Dah lah busuk. Aku menutup hidung dan menjauhkan bajunya.

"Alooo kenapalah kita tak dapat baju tu. Ermm."

Terdengar bunyi perempuan-perempuan di belakangku mengeluh.

"Waaaaa!!! Cantik duhh six pack dia."

"Oh my! Sis tak kuat."

"Terabur iman weh!"

Hat ni aku tak tahan. Aku campak kembali bajunya tepat ke mukanya. Haaaa! Itu belum lagi lontar peluru tu. Kalau lontar peluru memang aku dah dapat nombor satu. Aku pula yang buka tudung campak kat dia karang.

"Hang dok sah lah nak tayang body tu sampai satu dunia boleh tengok! Pakai baju tu! Dah lah busuk!"

Dia terpinga-pinga dan terkedu dengan reaksiku. Dengan pakaian aku macam ni aku terus beredar tanpa menghiraukan orang di sekeliling yang terkedu. Haa laa ni, jangan sampai aku cakap loghat kedah. Itu tandanya aku betul-betul marah. Geram tahu tak. Sambil aku berjalan sambil aku membebel.

"Punya penat aku datang sini kononnya nak support dia. Dah lah aku pakai baju kurung datang sini. Boleh pula dia duk show off dia punya body tu. Tayang dekat isteri dia ja dahlah. Sibuk nak tayang dekat satu dunia awat."

"Hani!"

"Apaaa?!"

Aku menjerit sambil menoleh ke arah orang yang memanggilku.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now