Bab 31

3.6K 205 2
                                    

TIGA hari dua malam. Wah, dah lama tak pergi kem macam ni. Universiti ni memang setiap tahun akan adakan kem dengan objektif untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam sekitar. Dah macam trip budak sekolah pula haha. Kami berkumpul dalam pukul dua petang. Trip ni pun tak ramai yang pergi. Hanya lapan orang pelajar dan dua orang pensyarah sahaja.

"Semua dah ada kan? Bolehlah kita gerak sekarang."

"Err, sir Luq. Boleh tak saya naik kereta dengan miss Hani?"

Aku mengerutkan dahi memandang Uwais yang berani menyuarakan kehendaknya. Luq hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, aku pun nak naik dengan miss Hani."

Hairi yang berada di sebelah Uwais juga bersuara setelah Luq memberi keizinan kepada Uwais untuk menaiki keretaku.

"Tak payahlah ramai-ramai. Biar lelaki sorang je yang ikut miss Hani. Yang lain semua ikut saya."

Dan akhirnya hanya Uwais seorang sahaja lelaki yang menaiki keretaku.

Aku menghampirinya dan berbisik perlahan kepadanya.

"Tak payah nak mengada sangat eh. Kita bukan nak pergi honeymoon."

"Apa salahnya kalau honeymoon pun?"

Aku mengetap gigi dan memberikan jelingan maut kepadanya sebelum berlalu pergi ke kereta.

------

"Miss, saya nak tanya sikit boleh tak?"

Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

"Nak tanya apa Sara?"

"Miss dengan sir Luq tu ada apa apa ke? Daripada dekat padang bola haritu lagi kitorang tengok bukan main mesra."

Uwais yang sedang memandu terbatuk mendengarnya.

"Apa kau ni? Sibuk sangat dengan life miss Hani kenapa? Entah entah dia dah kahwin."

"Ish, kau ni Raja. Suka hati akulah. Aku tanya miss bukan kau. Yang kau macam cacing kepanasan ni dah kenapa?"

"Dah dah. Tak payah gaduh. Miss dengan sir Luq tu kawan je."

Uwais hanya tersenyum apabila mendengar penjelasanku.

----------
"Sayang..sayang.."

"Hmm.."

"Bangun sayang, kita dah sampai."

"Lima minit."

"Kalau sayang tak nak bangun abang cium sayang."

Aku cepat-cepat meregangkan badan dan menggosok mata.

"Kita dekat mana ni?"

"Dekat pantai."

Aku membuka tali pinggang keledar dan keluar daripada kereta sambil memakai topi. Belum sempat aku nak berlari-lari anak menuju ke tempat berkumpul, Uwais menjerit memanggil namaku.

"Nak pergi mana tu? Tolong angkat barang ni."

Aku menoleh ke belakang memandangnya sambil membuat muka geram.

"Apa? Abang ada salah cakap ke?"

Aku hanya menggeleng dan menolongnya.

"Ingat comel ke buat macam tu haa?"

"Bukan setakat comel je. Cantik juga tau."

"Amboi, masuk bakul angkat sendiri eh budak ni."

"Apa awak kata? Budak?"

"Eh? Awak? Saya suami awak tau."

Aku mengecilkan mata memandangnya.

"Cakap tu cover sikit. Nanti diorang dengar."

"Biarlah diorang dengar."

Tangan aku yang tadinya memegang barang beralih ke arah Uwais lalu mencubit lengannya.

"Jangan nak mengada eh dekat sini."

"Ahh, sakitlah sayang."

"Apa? Sayang?"

Lagi kuat aku mencubit lengannya.

"Ahh ahh. Okey awak. Saya minta maaf."

"Bagus."

Aku kembali mengangkat barang sambil berjalan menuju ke kawasan berkumpul yang terletak agak jauh daripada tempat letak kereta.

"Kalau abang tak boleh panggil sayang, sayang. Abang ada gelaran baru."

"Apa lagi?"

"Budak kecil."

Uwais menjelirkan lidah dan berlari pergi.

"Eyyy dia ni. Meh sini nak kena cubit lagi kan?"

Aku mengejarnya.

"Tolong!!!! Ada mak ketam nak cubit orang!"

"Haa? Mana?"

Liyana yang merupakan salah seorang peserta sudah membuat muka takut.

"Tak ada lah Liyana. Dia gurau je."

Aku memberikan jelingan tajam kepada Uwais.

--------
⭐⭐⭐⭐

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now