Epilog

5.5K 245 8
                                    

Soooo.. kita sudah sampai ke penghujungnya.. :')
Atas ni ada lagu ^ ikut andalah nak dengar sambil baca ke nak dengar dulu ke hehe.

"ABANG dekat mana ni? Sayang dah tunggu lama dekat sini. Kalau abang tak boleh datang janganlah nak berjanji dengan orang." Aku mengerling ke arah jam tangan yang menunjukkan pukul sembilan malam. Perlahan-lahan aku bangun untuk keluar daripada restoran.

"Ya sayang. Janganlah marah-marah. Tak cantik nanti. Abang dah suruh someone ambil sayang."

"Ya Allah, abangku sayang. Kereta saya nak letak mana? Dekat dalam hidung awak ke?" Aku cakap dengan penuh lemah-lembut tetapi ada nada sarkastik di situ. Dia tergelak mendengar sindiranku.

"Isteriku sayang. Kenapa nak pening-pening ni? Jangan buat benda lagi complicated boleh tak?" Aku menarik nafas dalam-dalam dan mematikan panggilan. Dah tu berfungsi sangatlah aku datang sini malam-malam macam ni.

"Miss Hani." Suara seseorang membuatkan aku menoleh ke arahnya.

Dani tersenyum melihatku. Kami berdua semakin rapat dan senang berkomunikasi antara satu sama lain sejak kejadian yang lepas. Aku semakin senang dengannya. Tak sangka dia yang pendiam boleh bertukar personaliti apabila bertemu denganku, Uwais dan Hairi. Kini aku tahu kenapa mereka bertiga berkawan rapat.

"Jom saya bawa miss pergi satu tempat." Aku membalas senyumannya dan mengikuti langkahnya dari belakang. Rupa-rupanya Dani ialah orang yang dihantar oleh Uwais untuk mengambilku.

Dani membuka pintu kereta di tempat duduk belakang. Aku mengerutkan dahi tanda pelik tetapi lambat-lambat aku masuk juga ke dalam kereta. Dia terus berlari-lari anak masuk ke dalam kereta. Mataku tertumpu ke arah kotak di sebelah tempat dudukku.

"Bukalah kotak tu. Raja yang bagi."

Aku mengambil kotak tersebut dan membukanya perlahan. Di dalamnya terdapat sampul surat dan satu kotak kecil. Aku membuka kotak kecil tersebut dan terus memandang ke arah Dani yang sedang memandu.

"Janganlah bagi reaksi macam tu dekat saya. Bukan saya yang bagi." Dia tergelak kecil.

Aku nak menangis dekat sini pun tak boleh juga. Perlahan-lahan aku mengambil gelang tangan yang terdapat di dalam kotak tersebut. Cantik.

"Uwais suruh miss baca surat tu sementara nak sampai ke destinasi." Tak berkelip aku memandang Dani tanda tidak percaya. Dia mengangguk sambil tersenyum memandangku di cermin hadapan untuk meyakinkanku.

Aku membuka sampul surat tersebut perlahan.

Assalamualaikum isteriku sayang,

Terimalah hadiah yang tak seberapa tu daripada abang. Kalau sayang nak tahu, gelang yang ada dekat tangan sayang sekarang ni abang beli sebelum abang jumpa dengan sayang lagi. Abang cakap dekat diri abang suatu hari nanti abang akan hadiahkan gelang ni untuk isteri abang. Dan sayanglah isteri abang.

Aku tergelak kecil membaca surat tersebut kemudian aku simpan semula dengan penuh cermat. Kereta Dani masuk ke kawasan rumah kediaman yang agak mewah dan berhenti di hadapan sebuah rumah banglo. Dani menyuruhku masuk ke dalam dan akan ada seseorang membantuku.

Seorang wanita dalam lingkungan usia empat puluhan menyambutku. Dia membawaku masuk ke dalam. Bentuk rumah ini sama seperti rumah mummy dan daddy tetapi lebih minimalis dan kecil sedikit. Tidak banyak perhiasan, cuma terdapat banyak perabot dan barang-barang yang penting sahaja. Tempat ini juga seperti di jaga dengan sangat rapi. Dia membawaku menaiki tangga menuju ke satu bilik.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now