"MISS Hani!"
Aku menoleh ke arah orang yang memanggilku. Kelihatan seseorang sedang berlari mendekatiku dan orang itu ialah Raja. Nak apa lah pula dia datang jumpa ni? Tak puas lagi ke jumpa dekat rumah?
"Kenapa ni?"
Dia tersengih sambil menggaru-garu kepalanya. Aku hanya membuat muka pelik.
"Hari ni saya balik lambat tau."
"Okey. Saya balik dulu. Bye, Assalamualaikum."
Belum sempat aku pergi, dia sudah menarik lenganku membuatkan aku terpukulnya dengan beg tanganku.
"Apa lagi?"
"Kalau saya balik lambat, awak pun kena balik lambat."
Aku mengerutkan kening tanda tidak faham.
"Kenapa pula. Haaa, awak nak balik awal ke lambat ke ikut awaklah. Sekarang saya penat. Saya nak balik."
Tangannya masih kemas memegang lenganku.
"Kalau awak tak nak balik lambat dengan saya... Terpaksalah saya.."
"Terpaksa apa? Saya tak paksa pun awak balik lambat. Awak yang nak. Ikut awaklah, jangan nak babitkan saya pula eh."
Dia memandang kanan dan kiri lalu terus menolakku dekat dengan dinding.
"Apa awak buat ni?! Lepaslah, nanti orang tengok macam mana?"
"Kalau awak tak nak balik lambat, saya buat macam ni. Sampailah awak setuju nak balik lambat dengan saya."
Aku hanya mengeluh memandangnya.
"Yaaaaa. Saya balik lambat jugaa. Puas hati?"
Lambat-lambat dia melepaskan aku dan mengusap-usap kepalaku.
"Macam tu lah isteri abang."
Nasib baiklah tak ada orang dekat sini. Aku membetulkan tudung dan berlalu pergi.
"Ehhhh. Nak pergi mana tu?"
"Mana-mana jelah asalkan tak ada muka awak."
"Tak payah nak mengada. Ikut saya pergi padang."
Aku memuncungkan mulut. Lambat-lambat aku mengekorinya. Kenapa dengan padang? Tak ada tempat lain dah ke?
***
"DUDUK sini diam-diam."
Aku hanya memandangnya dengan muka masam. Tiada siapa di sini kecuali kami berdua.
"Kita buat apa kat sini? Sebenarnya kenapa awak kena balik lambat? Kenapa dekat padang?"
Dia tersenyum sinis memandangku sambil membetulkan rambutnya. Apo? Kau ingat hensem sangat ke buat macam tu? Okey, sebenarnya memang hensem pun.
"Abang nak tukar baju sekejap. Duduk sini diam-diam."
Aku hanya mengangguk. Setelah dia beredar, aku melihat jam. Baru pukul dua petang. Aku hanya duduk memeluk kaki sambil mencabut-cabut rumput yang ada. Sebenarnya ada je tempat duduk tapi malas nak duduk dekat kerusi sebab tak ada apa pun.
"Hani?"
Aku memandang ke arah suara tersebut.
"Buat apa dekat sini?"
Habislah, apa aku nak jawab ni. Takkanlah nak cakap aku teman Uwais pergi sini. Hmm, fikir Hani fikir, alasan apa kau nak bagi dekat dia. Aku hanya tersenyum memandangnya.
"Tak ada buat apa, saja duduk sini, ambil angin. Awak buat apa dekat sini Luq?"
Lelaki yang tegap dan berwajah kacukan British tersebut mengambil tempat dan duduk bersila di sebelahku. Luqman Shah namanya, nama Melayu tapi muka tak nampak sangat macam Melayu nya. Tapi cara dia cakap memang nampak macam orang Melayu lah. Dia pensyarah macam aku juga dekat universiti dan yang paling penting dia masih muda. Haha.
"Ouh, saya ada latihan bola sepak dekat sini. Saya jadi pemantau sementara Encik Nahar tak ada."
Aku hanya mengangguk tanda faham. Bila dia cakap macam tu, baru aku teringat yang aku kena tunggu Uwais. Haa alang-alang tu Luq boleh temankan aku. Bukan curang tau tapi daripada tak buat apa-apa baik aku duduk sini sambil sembang-sembang.
Beberapa minit kemudian, seorang demi seorang ahli pasukan bola sepak masuk ke padang. Aku tak minat bola tapi entahlah. Terpaksa layan sebab nak tunggu Uwais. Seorang lelaki menarik perhatianku kerana lelaki tersebut ialah Uwais.
Ohh, sekarang baru aku tahu kenapa dia kena balik lambat. Cakaplah dia masuk bola sepak, ini tidak. Terkedu jugalah tengok dia pakai baju bola sebab nampak macam erm. Macam berkarisma gitu. Aku hanya tersenyum-senyum seorang diri. Mana tak nya, suami atlet weh. Mesti ramai perempuan minat dia.
Sewaktu mereka sedang berlatih, aku berjalan mendekati Luq yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh memerhatikan mereka.
"Nak balik dah ke Hani?"
"Eh, tak lah. Saya nak tanya. Bila latihan bola ni habis eh?"
"Pukul lima habislah."
Aku membulatkan mata. Luq hanya tergelak. Jam di tanganku baru menunjukkan pukul empat petang, lagi satu jam. Ughhh!
"Saya nak pergi beli air dengan makanan sikit. Awak nak apa-apa ke? Saya belikan."
"Saya nak air mineral."
Aku hanya mengangguk. Setelah aku kembali, aku terus melompat di hadapan Luq dan menghulurkan airnya. Dia hanya tergelak melihat telatahku dan aku turut tergelak.
Dan tiba-tiba aku terdengar seseorang memanggilku. Belum sempat aku menoleh ke arah tersebut, terasa kepalaku dihentak kuat oleh satu objek. Tidak pasti apa tetapi rasanya bola. Hentakan tersebut membuatkan aku berpinar-pinar dan segala-galanya gelap.
_____
Jangan lupa tekan butang bawah ni!!!!!!!! ⭐⭐⭐⭐
Bab seterusnya baru sis tunjuk muka Luq. Setakat ni bayangkanlah dia handsome ya😂🤣
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...