Bab 11

4.4K 255 6
                                    


"LAMBAT balik. Bukan ke Uwais dah janji dengan mummy nak balik awal." Raja hanya tersenyum-senyum sendirian. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Datin Ilya lalu menyalami dan mencium pipi Datin Ilya. Datin Ilya terkedu.

"Kenapa je tiba-tiba cium mummy ni? Ini mesti ada apa-apa. Jangan ingat Uwais buat macam ni mummy boleh lupa janji Uwais ya." Raja meletakkan kepalanya di bahu Datin Ilya sambil memeluknya.

"Uwais nak kahwinlah mummy."

"Apa!" Datin Ilya terkejut dengan kenyataan anak terunanya seorang itu. Tak tahulah betul-betul ke main-main.

"Entahlah. Uwais tak boleh nak jauh dengan dia. Uwais dah terjatuh sampai luka-luka. Hati Uwais ni macam dah kena curi mummy." Datin Ilya hanya terkedu tak terkata.

Sudah berapa hari Uwais ni tak masuk kelas. Kalau setakat sekali bolehlah lagi aku maafkan. Ini dah banyak kali. Apalah masalah lelaki ni, aku pun tak tahu. Kalau esok dia tak masuk kelas lagi memang aku pelangkung je dia. Baik aku tanya kak Siti.

"Kak Siti, akak tahu tak kenapa Uwais tak datang?" Kak Siti mengerutkan mukanya.

"Alaa, anak raja tulah."

"Ouh, baru je tadi Datin Ilya telefon bagitau anak dia tak sihat. Kena demam denggi katanya. Seminggulah dekat hospital."

"Laa yeke. Nasib saya tak buat exam dalam minggu ni. Kalau tak memang dia tak lepaslah. Teruk sangat ke denggi dia?"

"Tak tahulah."

Malam itu mak telefon aku. Dah kenapa tiba-tiba mak telefon aku? Bukan ke selalu aku yang telefon dulu. Janganlah ada benda yang tak elok jadi dekat mak atau abah. Bismillah.

"Assalamualaikum mak, awat mak telefon ceq ni? Ada apa-apa tak kena ka?"

"Waalaikumussalam. Dak aih. Mak cuma nak habaq berita gembira kat hang ni."

"Apa dia mak?"

"Ada orang datang merisik hang."

"Lagu tu ka." Aku punya gembira tu hanya tuhan je yang tahu.

"Hang terima ka dak?"

"Kan ceq dah bagitau mak haritu. Ceq terima ja siapa yang merisik ceq."

"Hang nak tengok tak muka bakal tunang merangkap bakal suami hang?"

"Takpa aih. Nanti lepaih kahwin baru ceq tengok puas-puas."

"Amboi hang, belum tentu dapat kahwin dengan dia lagi. Yakin naa."

"Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." Mak hanya tergelak.

"Lusa mak datang KL nak bagi cincin ni."

"Amboi mak, ambil cincin dulu baru nak tanya ceq eh."

"Sebab mak tau hang mesti ambil punya. Mak malaih dahlah nak tunggu-tunggu. Leceh."

"Okeylah mak, jumpa mak lusa ni. Assalamualaikum." Selepas sahaja mak menjawab salam aku terus menamatkan panggilan.

Aku menekup muka dengan beruang kutub aku lalu menjerit sepuasnya. Akhirnya, dapat juga aku kahwin hahaha. Malam tu lenalah aku tidur, sampai air liur basi jadi peta pun aku tak kisah aih. Putera kayangan mai masuk dalam mimpi aku. Mana tak nya. Siapalah suami aku tu nanti ya. 

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now