Bab 35

3.2K 185 2
                                    

EMPAT pagi. Kami berkumpul untuk menjalankan aktiviti seterusnya iaitu mendaki bukit. Segala peralatan dan khemah diturunkan dan bersiap sedia ke destinasi yang seterusnya.

Setibanya di destinasi, sekali lagi kami berkumpul untuk sesi taklimat sebelum mendaki bukit. Sesi pendakian kami hampir gagal apabila hujan renyai-renyai berlaku tetapi diteruskan apabila hujan berhenti. Kami perlu berjalan sebaris untuk mengelakkan daripada berpisah.

Aku di barisan akhir selepas pelajar perempuan dan diikuti oleh pelajar lelaki dan Luq.

Selepas dua jam mendaki kami tiba di daki bukit. Jam baru menunjukkan pukul enam pagi. Kami bersiap-siap untuk menunaikan solat. Usai sahaja solat masing-masing mengemas dan apa lagi! Sesi ambil gambarlah. Beberapa minit lagi matahari akan terbit. Dan inilah masa yang ditunggu-tunggu.

"MasyaAllah, indahnya ciptaanmu ya Allah!"

Aku menoleh ke arah Uwais yang mengeluarkan kata-kata tersebut. Dia memandang tepat ke arahku lalu menghampiriku.

"Cantiknyaaaa!!"

Dia tersenyum memandangku. Mata kami bertaut antara satu sama lain buat beberapa saat. Aku membalas senyumannya.

"Apa yang cantik?"

Dia menundukkan kepala. Wajahnya didekatkan di sebelah telingaku.

"Sayanglah cantik." Bisikan perlahan yang hanya aku sahaja dapat mendengarnya.

Tiba-tiba bunyi flash yang kuat membuatkan aku terkejut.

"Waaaaa, betullah Raja. Cantik gambar ni."

Seorang pelajar lelaki yang dikenali dengan nama Firash mendekati kami berdua seraya menunjukkan gambar yang dia berjaya tangkap sebentar tadi. Beberapa gambar aku dan Uwais ditunjukkan.

"Uish, cantiknyaa! Nanti bagi dekat aku tau. Aku nak frame dekat dalam bilik, dekat ruang tamu rumah. Perghh, mesti cantik ni."

"Tak payah nak mengada sangatlah." Aku menghentikan angan-angan Uwais.

Uwais tidak mengendahkan kata-kataku.

"Hani! Jom tangkap gambar." Panggil Luq.

Aku berlari-lari anak menghampiri Luq yang sudah bersedia dengan telefonnya untuk mengambil gambar. Tiba-tiba terdapat entiti yang tidak di jemput dalam gambar. Setiap kali ambil gambar je mesti sibuk nak terselit sekali. Siapa lagi kalau bukan Raja Uwais.

"Err, Raja.. boleh tak sir nak ambil gambar dengan miss Hani sorang je?"

Uwais menggeleng-geleng seperti budak tadika tanda tidak boleh. Aku hanya mampu menepuk dahi. Kenapalah perangai dia ni macam budak-budak sangat. Suami aku ke ni?

"Raja Uwais bin Raja Najmi! Jangan jadi budak-budak boleh tak?"

Aku memandangnya dengan wajah serius. Dia hanya berkelip-kelip melihatku.

"Saya serius! Tolong? Jangan nak berkepit dengan saya 24 jam."

Uwais terus beredar daripada tempat tersebut tanpa sepatah kata. Banyak mata yang melihat aku memarahi Uwais. Mereka juga mungkin terkesan apabila melihatku yang tidak pernah memarahi orang sesuka hati. Erm, barangkali sebab bendera merah.

------

"Luq, awak beratur depan sekali boleh tak? Biar saya beratur belakang sekali."

Luq hanya mengangguk tanpa sebarang soalan. Antara sebab aku menukar tempat dengan Luq adalah disebabkan Uwais beratur di barisan belakang sekali. Sewaktu bergerak, aku mendekatkan diri dengan Uwais.

"Uwais.. saya minta maaf."

Uwais membuat muka tidak berperasaan seolah-olah tidak perasan akan kehadiranku dengan kata lain mengendahkan diriku. Dia berjalan dengan lebih pantas. Aku mendekatinya lagi.

"Uwais.."

"Shut up." Ayat tersebut keluar daripada mulut Uwais membuatkan langkahku terhenti.

Aku cuba menarik tangannya supaya dia berhenti berjalan tetapi dia menepis tanganku dengan kasar. Terpampar wajah yang sedang menahan marah daripada reaksi mukanya. Aku tersentak seketika sebelum berhenti mengejarnya dan hanya mampu mendiamkan diri serta mengekorinya daripada belakang.

Salah aku kah? Hmm...

Aku mengelamun sepanjang perjalanan turun daripada bukit. Memikirkan apa yang aku mahu katakan kepada Uwais untuk memujuknya. Entah macam mana aku terlanggar batu dan jatuh tersembam tanah.

"Aaaaa!!!"

Aku cepat-cepat bangun mengibas-ngibas badan yang penuh dengan tanah. Kedua-dua tapak tanganku sedikit luka apabila menahan diri daripada jatuh. Tak apa lah, luka sikit je ni. Aku terus berlari mendapatkan Uwais yang sudah jauh berjalan meninggalkanku. Hatiku lega apabila ternampak kelibatnya di hadapan seperti sedang menungguku. Apabila aku tersenyum memandangnya, dia terus berjalan pergi. Aku menggenggam tangan yang luka tadi. Tanganku terasa sengal-sengal dan pedih sedikit tetapi aku hanya menahannya.

------

"Hani, awak okey tak?"

Aku hanya mengangguk membalas pertanyaan Luq.

"Tapi muka awak macam tak okey je."

Luq memandangku atas bawah.

"Kenapa dengan baju awak ni Hani? Kotor semacam je? Awak main lumpur ke apa?"

Aku tergelak mendengar kata-kata Luq.

"Tak ada lah. Saya main lari-lari tadi. Lepastu terjatuh. Hehe."

"Awak tak ada kerja ke Hani oi?"

Aku menggeleng.

"Saya gurau je lah hahaha."

Aku tersenyum nipis memandang Luq. Sekali-kali aku mengerling ke arah Uwais yang sedang menjamah makanan tengah hari. Wajahnya langsung tidak mengendahkan aku.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now