AKU berjalan untuk pulang daripada kelas. Semua mata tertumpu ke arahku dan berbisik-bisik antara satu sama lain. Tiba-tiba satu suara memanggil namaku. Belum sempat aku menoleh dia sudah menarik lenganku dengan agak kasar terus ke tempat parkir kereta.
"Hani, kenapa tak bagitau saya pasal benda ni?" Wajahnya merah dan berkerut-kerut.
Aku memberi isyarat mata melihat tangannya yang masih erat menggenggam lenganku. Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya. Dia meraupkan wajah lalu bercekak pinggang. Aku hanya membuat muka selamba.
"I will explain it later. Not here. Ramai orang pandang. Cukuplah saya kena sebelum ni saya tak nak benda ni jadi lagi teruk." Aku membuka pintu kereta dan terhenti apabila dia bersuara.
"See. Awak selalu larikan diri bila ada masalah. Selalu cari alasan untuk elak daripada saya. Kenapa? Siapa saya ni untuk awak sampaikan masalah macam ni pun awak tak pernah nak kongsi dengan saya." Aku menarik nafas dalam-dalam.
"Not here Raja Uwais. Awak tak nampak ke orang lain dengar? Awak rasa diorang tahu ke pasal kita? Tolong jangan malukan saya dekat sini." Aku berbisik perlahan kepadanya.
"Kenapa nak kena dengar apa orang cakap?! Biarlah diorang. Diorang ada mulut nak bercakap. Awak dengar ni 'Cik' Hani Syamila. Korang ada telinga kan? Haa dengar elok-elok!" Dia menjerit sekuat yang mungkin dan menekankan perkataan 'cik'. Sengaja hendak menyindir aku. Orang yang lalu-lalang sambil melihat kami juga turut berhenti.
"Orang ada mulut mestilah akan bercakap. Kita tak boleh nak tutup mulut dia. Orang ada telinga mestilah dia akan dengar. Kita tak boleh nak sumbat telinga dia dengan kain kapas. Lantak dioranglah nak cakap apa. Diorang tetap akan mengata. Baik ke jahat ke tetap akan mengata. Awak tu jangan jadi pengecut sangat Hani Syamila!" Dia terus beredar meninggalkan aku yang tak mampu untuk berbuat apa-apa.
-------
"AWAK tahu siapa yang buat ni?" Dani membalas pertanyaanku dengan menggelengkan kepala sambil memeluk tubuh. Aku menyedut minuman yang berada di atas meja.
"Tapi saya ada syak seseorang." Aku mula fokus mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Dani.
"Siapa?"
"Firash."
"Oh, lelaki yang tangkap gambar saya dengan Uwais waktu dekat bukit tu? Hmm.. logik juga sebab dia sorang je ada gambar tu."
"Tapi kita tak boleh terus salahkan dia. Mungkin bukan dia yang sebarkan gambar tu. Masalah sekarang ni ada lagi satu gambar kita berdua yang dia sebarkan." Berkerut dahiku ingin mengingati setiap peristiwa aku dengan Dani. Takkanlah peristiwa tu. Tak mungkin.
Dani menolak telefonnya ke arahku. Hampir ternganga aku apabila gambar kami berdua di dalam hutan dan ketika Dani membuka baju jelas terpampang. Aku memandang semula ke arah Dani.
"Uwais dah tengok ke gambar ni?" Aku bertanya.
"Sepatutnya saya yang tanya soalan tu dekat Miss." Aku menghembuskan nafas sambil memicit-micit kepala yang sakit memikirkan segala masalah ni.
"Saya tak tahulah. Tapi dengan cara Uwais waktu saya terjumpa dia tadi. Dia macam dah tahu." Dani mengeluh kecil.
"Macam ni lah miss. Pasal gambar-gambar tu biar saya je uruskan. Miss uruskan Raja." Aku mengangguk.
"Lagi satu. Miss kena bagitau Raja yang saya dah tahu pasal hubungan korang berdua. Saya tak nak dia tahu daripada mulut saya sebab saya yakin yang Raja takkan percayakan miss lagi lepas ni." Aku hanya mengangguk lemah.
"Terima kasih Dani sebab sudi tolong saya." Dani menggeleng.
"Ini masalah saya juga. Maruah saya. Kita sama-sama jadi mangsa." Wajah Dani yang serius tadi nampak terkejut apabila memandang seseorang. Aku menoleh ke belakang hendak melihat siapakah gerangannya tetapi tiada siapa-siapa.
"Kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu ya. Assalamualaikum." Dia berdiri lalu berjalan keluar daripada kafe.
Perlahan-lahan aku bangun dan langkahku terhenti apabila ternampak susuk tubuh seseorang yang cukup aku kenali. Aku terdengar perbualan dia dengan seorang gadis berwajah British.
"I'm so sorry Aurora. Tolong bagi saya peluang. Peluang untuk saya jaga awak elok-elok. I need you. Please."
"Awak nak peluang? Tak cukup ke peluang yang saya bagi sebelum ni? After all this time.. have you appreciate me? Stop begging at me. You're not worth to get my chance anymore. My heart still belong to him. How stupid I am.. I didn't realize that he is the one that care for me. Not you Luqman Shah. Not you." Perempuan tersebut bangun dan ingin berlalu pergi tetapi tangannya sempat di tarik oleh Luq.
"I know. I didn't appreciate you after all this time. But.. but could you please give me one last chance Aurora? Please. I can't live without you. I'm begging to you like a beggar that want a love from you. Please Aurora. Please." Perempuan tersebut menarik tangannya dan terus berlalu keluar.
Luq hendak bangun mengejar perempuan tersebut tetapi langkahnya terhenti apabila melihatku. Wajahnya bertukar pelik.
"Hani? Apa awak buat dekat sini?" Terkebil-kebil aku melihatnya yang berserabut. Rambutnya tidak kemas seperti selalu.
"Saya.. saya jumpa Dani tadi." Dia mengeluh perlahan apabila dengar sahaja nama Dani.
"Saya minta maaf terdengar perbualan awak dengan perempuan tu tadi. Tapi masalah awak dengan dia tadi ada kena mengena dengan saya ke? Saya ke punca awak berdua jadi macam tu?" Berkerut dahi Luq.
"Kenapa pula ada kena mengena dengan awak?"
"Pasal gambar tu?" Dia tergelak kecil tetapi seperti berpura-pura.
"Tak lah. Bukan. Awak jangan risaulah. Bukan salah awak. Ini masalah lain." Aku mengangguk laju.
Dia tersenyum kelat dan meminta izin untuk beredar. Aku tak tahu apa masalah diorang berdua tapi apa yang aku boleh nampak ialah Luq sangat menyayangi perempuan tersebut. Adakah Uwais sayangkan aku seperti itu?
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
Roman d'amourPensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...