Terima kasih kerana membaca >_<. Kalau siapa yang tak baca daripada awal tu, mohonlah baca dari mula ya, sebab nanti korang tak faham jalan cerita dia. Bab ini pula khas untuk MariaJaafar2 yang sentiasa memberi komen yang positif dan membina. Bab kali ni macam tak logik sikit, tapi bolehlah. Selamat membaca!
-------------
"KENAPA? Takut nak naik motor ke?" Aku menahan tawa melihat wajah Uwais yang kecut perut bila melihat motor tua abah. Aku nampak dia menelan liur dan menggelengkan kepalanya. Hahaha. Kunci motor sudah ada dalam genggamanku.
"Nah kunci motor. Awak bawa, saya duduk belakang." Reaksi wajahnya tidak berubah. Masih beku. Aku menarik tangannya lalu memberi kunci motor kepadanya.
"Ya Allah, sejuknya tangan awak. Nak cakap ada salji dekat sini takdak pula. Matahari terpacak ataih nuh ada lah. Kenapa dengan awak ni? Demam ke?" Aku memegang dahinya. Aik? Tak sejuk, tak panas. Demam kus kus ka? Kus semangat haha. Aku terus naik ke atas motor dan memberi ruang di hadapan motor untuknya duduk.
"Mai lah cepat. Hari makin panas ni." Sambil menepuk-nepuk tempat duduk hadapan , aku mengajaknya.
"Ke.. awak memang tak pandai bawa motor?" Aku buat muka menyakat untuk mengenakannya.
"Err.. err. Mana ada. Abang retilah bawa motor. Cuma tak biasa dengan motor lama ni." Aku memberi senyuman sinis kepadanya.
"Ish awak ni. Saya baru nak manja-manja peluk awak kat belakang. Takpelah biar saya bawa motor." Aku terus mengambil kunci motor daripadanya lalu menghidupkan enjin tetapi dia masih berdiri melihatku.
"Apa lagi? Naiklah."
"Err.. sayang.. abang nak tanya sikit boleh tak?" Dah dia main tanya-tanya pula tengah panas ni. Aku hanya membuat muka tetapi masih mengangguk.
"Macam mana nak pakai benda alah ni?" Soalan tu buatkan aku gelak terbahak-bahak. Aku turun daripada motor dan berdiri di hadapannya. Tak perasan pula helmet tu sejak daripada tadi dia duk bawa macam bawa beg tangan. Hahaha.
"Sayang! Tak baik tau gelakkan suami." Okey. Aku cuba tenangkan diri. Aku terus mengambil helmet di tangannya dan memakaikan helmet tersebut.
"Dah siap. Lain kali pakai macam ni ya." Aku menahan gelak.
"Err.. sayang. Kenapa abang tak nampak apa-apa eh? Memanglah helmet untuk selamatkan kepala orang, tapi takkanlah sampai tak nampak mata." Lurus bendul juga suami aku ni ya, hahaha.
"Memanglah tak nampak. Hahaha. Cuba pusing helmet tu tiga ratus enam puluh darjah. Confirm nampak, hahahaha." Aku dah terduduk menahan tawa. Dia punyalah terkial-kial pusingkan helmet tu, hahaha.
"Ya Allah Hani!! Hang buat pa dengan suami hang tu. Tak elok noh lagu tu." Aduh mak ni spoil lah hahaha. Aku terus betulkan helmet dia. Hahahaha. Nampak mulutnya muncung panjang sampai boleh sangkut hanger. Eyy gedik.
"Alololo, abang sayang, janganlah merajuk dengan kita. Kita gurau je hahahaha. Ke nak kena panggil baby sayang baru hilang merajuk?" Aku mencubit kedua-dua belah pipinya. Gebu semacam, dia pakai produk apa ni? Mengalahkan aku. Hahaha. Aku naik ke atas motor dan disusuli olehnya.
"Pegang kuat-kuat saya bawa laju ni." Aku saja je nak menyakat tapi dia ambil serius. Punyalah dia peluk aku kuat-kuat.
Patutnya aku yang duduk belakang. Ini dah terbalik weh. Aku yang bawa motor awat. Hangpa kat luar sana tu dok sahlah expect semua cerita cintan sweet macam dalam drama. Itu semua hanyalah tipu daya duniawi semata. Hampeh. Dia yang peluk aku bagai nak rak. Dahlah berat bawa laki ni. Macam bawa bertandan-tandan pisang. Kalau pisang untung juga aku boleh jual. Ini tak, bawa manusia. Kalau aku jahat dah lama aku jual dia ni, dapat duit. Nasib tak tergolek bawa motor ni, almaklumlah muatan berat.
-----------
Macam mana? Okey tak bab kalini? Bagilah komen sikit hehe. Belum habis lagi tau cerita ni. 0_0
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...