SEBULAN berlalu begitu sahaja selepas perkahwinan kami. Alhamdulillah setakat ni tak berat sangat dugaan yang kami hadap. Kalau nak cakap dekat univeriti tu memang takde siapa pun yang tahu kitorang dah kahwin. Uwais pun buat keputusan untuk simpan dulu daripada pengetahuan orang lain.
"Jom, abang hantar sayang."
Aku yang sedang duduk sarapan pagi dengan mummy dan daddy memandang tepat ke arah Uwais yang sedang berdiri menungguku. Aku membulatkan mata tanda tidak bersetuju sambil mulut cepat mengunyah nasi goreng yang dihidangkan. Mummy dan daddy tidak mengendahkan kami.
"Cepatlah sayang."
Aku tidak mengendahkannya tetapi terus menarik kerusi yang berada di sebelahku dan memberi isyarat kepadanya supaya duduk. Dia mengeluh dan lambat-lambat duduk juga di sebelahku.
"Aaaaaaa" aku menyuruhnya membuka mulut.
"Ap..?"
Tidak sempat dia meneruskan percakapannya aku terus menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya. Bertubi-tubi hahaha.
"Tadi awak suruh saya cepatkan? Haa cepatlah habiskan makanan saya ni."
Dia mahu membuka mulut tetapi disebabkan terlalu penuh makanan di dalam mulutnya jadi dia terpaksa senyap. Mummy dan daddy hanya tergelak melihat gelagat kami.
"Nah air."
Aku menghulurkan air teh panas kepadanya. Dia menyambut air tersebut dan terus minum.
"Aaahhh panas-panas."
Dia mengeluarkan lidah tanda panas. Aku hanya tergelak mengekek, haha. Reaksi dia seperti budak tadika yang tak tau apa-apa.
"Itulah.. lain kali baca bismillah."
Uwais memandang tepat ke arah wajahku yang menggelakkannya. Dia cepat-cepat mencubit pipiku.
"Adeh, adeh. Sakitlahhhh!" boleh merah pipi aku kalau macam ni woo. Tak payah pakai blusher hari-hari.
"Main-main lagi dengan suami sayang ni. Kan dah kena."
"Jomlah pergi."
Aku menarik tangannya bangun daripada meja makan lalu menyalam dan mencium pipi mummy.
Masuk sahaja ke dalam Rose, aku memeluk tubuh dan membuat muka. Uwais yang mula memanaskan enjin memandang pelik ke arahku.
"Laaah... Kenapa ni sayang? Tadi elok je gelak-gelak. Ini tiba-tiba muka masam pula."
"Bukan ke awak dah janji?"
"Janji apa?"
"Awak janji dengan saya yang awak tak akan hantar dan ambil saya waktu kerja. Mana janji tu?"
"Ouhh.. sebab tu ke?"
Uwais membuat muka tidak bersalahnya. Aku hanya mengangguk.
"Alaaaa. Apa salahnya kalau abang hantar sayang. Lagipun kelas kita kan sama hari ni sebab tu abang suruh sayang cepat. Tinggal lima belas minit sebelum kelas mula. Baik kita pergi sama-sama... takdelah serabut sangat nanti."
Aku menghembuskan nafas.
"Habistu saya nak balik macam mana nanti?"
Uwais hanya membawa kereta tanpa memandang ke arahku.
"Balik dengan abanglah, isteriku sayang oiiii."
"Fine!"
Kalau bab-bab macam ni memang aku tak boleh lawan dengan dia. Suami kan? Kenalah dengar.
Sampai sahaja di universiti, aku cuba membuka pintu kereta secepat yang mungkin supaya tiada pelajar yang nampak aku dengan Uwais. Tiba-tiba Uwais menarik tanganku sebelum aku keluar dari keretanya. Uwais menghulurkan tangannya. Ouh lupa pula. Lambat-lambat aku menyambut hulurannya dan mencium tangannya.
"Pergi dulu."
"Itu je?"
Aku mengerutkan dahi. Apa lagi mamat ni nak aduhai.
"Itu jelah. Dah lambat ni, lagi lima minit kelas nak mula."
Aku membalas dengan riak wajah yang cemas. Dia membuat isyarat dengan jari telunjuknya menunjukkan pipinya yang gebu. Gebu ke? Euw.. haha.
"Apo?"
Haa keluarlah bahasa aku ni. Dia membuat muka.
"Tadi dekat mummy dia buat. Takkan lah dekat suami tak boleh nak buat."
Aku merenungnya dengan wajah yang menjengkelkan dan kemudian melihat jam di tangan. Serius buang masa aku.
"Yelah. Cepatlah tutup mata."
Lambat-lambat Uwais menutup matanya dan...
"Auuuuuu... sakitlah sayanggg!"
Dia cuba menarik tangan aku yang sedang mencubit pipinya. Haa padan muka. Orang dah lambat dia duk gatai sangat kan.
"Bye encik suamiku sayang. Isteri awak ni dah lambat nak masuk kelas."
Aku membiarkan dia sendirian memegang pipinya yang merah dek cubitan ketamku. Tengoklah ceq keturunan apa. Keturunan cubitan ketam dari Pulau Maldives kan? Hahaha.
"Ish,nak tackle isteri sendiri lagi susah daripada tackle perempuan lain eh. Hmm."
Aku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya tetapi aku buat-buat tak dengar dan terus mempercepatkan langkahku masuk ke dalam kelas.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...