Bab 21

3.9K 217 3
                                    


"RUMAH MUMMY!"

"Saya!"

"Mummy!"

"Saya!"

"Laaaaa, awatnya hingaq sangat niiiiii! Dah malam kan! Pi tidoq lah!" Suara mak membuatkan kami terdiam. Akan tetapi perbalahan antara kami berdua masih belum tamat.

"Rumah mummy lah sayanggg"

Uwais cuba sedaya upaya memujuk aku. Aku tak kisah nak duduk mana tapi yang malasnya sekarang ni nak kemas-kemas rumah sewa tu, baju aku dah lah berlambak dekat sana. Hmm..

"Lagi pun bukannya lama pun kita duduk rumah Mummy. Sekejap je, lepas abang habis belajar kita pindahlah rumah." Muka aku berkerut lagi cuba untuk mempersoalkan.

"Buat apa nak pindah rumah lepastu pindah rumah lagi? Tak penat ke kemas barang semua?" Dia terdiam cuba untuk berfikir.

"Betul juga kan." Uwais memeluk tubuh sambil memegang dagunya. Tiba-tiba riak wajahnya bertukar.

"Baru ada privacy sikit kan." Senyuman nakalnya jelas terpampang membuatkan aku menelan air liur.

"Kejap, kejap. Kalau duduk dengan mummy pun okey juga kot. Takdelah sunyi rumah tu nanti." Aku cuba untuk bersetuju dengan pendapatnya.

"Takde. Takde. Abang setuju dengan sayang. Kita duduk rumah sayang."

"Rumah Mummy lah."

"Rumah sayang!"

"Mummy!"

"Sayang!"

"Mummy!"

"Ya Allah budak bertuah dua orang ni. Aku pelangkung sorang-sorang kang baru ada akai. Sat naa, aku ambil batang penyapu. Hang pa dua ni memang nak kena!"

Sekali lagi, suara mak buat kami terdiam. Tiba-tiba pintu bilik kami di ketuk dengan kuat. Weh cuak weh. Buatnya dia bawa batang penyapu betul-betul tak ke naya. Aku cepat-cepat baring dan menyelimutkan diri. Biar Uwais yang jawab haha.

"Sorry mak! Kitorang nak tidur dah ni. Ampunkan kami mak."

Uwais hanya menjerit dari dalam bilik dan mengikutiku. Lepas tu apa lagi, berebut selimutlah kitorang. Urghh! Lelaki ni kalau tak mengalah tak boleh ke? Eyy, dia suami tau. Sedarlah diri.

"Sorry naik lorilah! Lepasni ceq dengaq lagi suara, siap hangpa dua. Dua-dua tidur kat tengah bendang tu satgi."

"Saya nak tidur. Esok baru sambung."

Aku memperlahankan suara supaya hanya Uwais sahaja yang dapat mendengarnya. Uwais hanya mengangguk. Barangkali dia juga penat nak berbalah atau pun takut dengan ugutan daripada mak.

*****

"SAYA SETUJU."

Selepas sahaja solat subuh, aku terus duduk menghadap di hadapannya tanpa membuka telekung. Dia hanya mengerutkan dahi dan kemudian dia tergelak sendiri.

"Comellah sayang ni."

Uwais mencubit pipiku. Entah kenapa senyuman dia buat aku tak keruan. Ecehhh, haha. Muka dia nampak segar pagi-pagi macam ni. Bersih je tengok. Nampak segak naa, dengan kain pelekat dan baju melayu.

Dia menghulurkan tangannya. Sekarang ni aku pula yang berkerut dahi cuba untuk memahami maksud hulurannya. Lambat-lambat aku menyambut hulurannya.

"Saya setuju."

Sekali lagi Uwais tergelak. Haih, comellah dia ni dengan suara serak-serak basah. Seksi gitu hahaha.

"Sayang, sayang. Pagi-pagi dah buat abang gelak kan,haha. Abang suruh sayang salam abang, bukan suruh setuju."

"Ouh."

Kali ni baru aku menyalaminya dan mencium tangannya. Lupa pula hehe. Almaklumlah, pagi-pagi ni memang blur blur alam sikit haha. Tiba-tiba dia menarik tanganku lalu memeluk tubuhku dengan kuat. Ya Allah suami aku ni, aku tak buka lagi telekung ni. Aku hanya membiarkan dia memelukku buat sementara waktu.

"Sayangggggg isteri abang sorang ni."

Aku hanya memandang wajahnya yang sedang menutup mata sambil memelukku. Lambat-lambat aku memeluk juga tubuhnya.Terasa bahang badannya menyebabkan embun pagi tidak terasa.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now