Bab 17

4.1K 238 5
                                    

"ERR.. Sayang.. Ini ke tempat yang kita nak beli barang dapur tu?" Soalan pertama yang diajukan kepada aku usai sahaja turun daripada motor.

"Yelah cik abang oi, mana lagi? Apa awak ingat dekat sini ada Sogo ka?" Aku menjawab soalannya sambil membukakan topi keledarnya. Muka dia berkerut seribu bahasa.

"Kalau macam tu kita balik jelah. Abang tak sukalah tempat macam ni. Entah bersih entah tak. Belum masuk dah busuk. Cuba kalau masuk, mahu termuntah abang dekat dalam tu." Amboi diva betul kau eh. Aku sudah mula bercekak pinggang dan membuka mukadimah untuk membebel.

"Encik Raja Uwais bin Raja Najmi, memang selama ni mak dengan abah beli barang dekat sini. Yang awak duk perabih semua lauk-pauk sampai licin tu semua hasil daripada sinilah. Tapi takdak pun sakit perut ka muntah ka. Dok sahlah awak nak ghempang sangat naa. Kalau awak tak nak masuk duduk je dekat motor ni. Biar hitam kulit awak kena cahaya matahari. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Aku terus pergi meninggalkan dia terpinga-pinga. Lambat-lambat dia mengikutiku juga.

"Awak nak makan apa?"

"Apa-apa jelah. Saya tak kisah."

"Kita makan ikan keli masak sambal nak tak?"

"Tak nak. Saya tak makan ikan keli. Badan diorang melekit-lekit, gelilah." Ya Allah, kau berilah aku kesabaran yang kuat untuk menghadapi perangai gedik suamiku ini Ya Allah. Memang kena banyak berdoa kalau dapat lelaki jenis macam ni weh.

"Saya tak fahamlah awak ni. Tadi saya tanya nak makan apa awak cakap awak tak kisah. Lepastu bila saya cakap nak makan ikan keli awak tak nak. Awak nak apa sebenarnya haa?" Dia tersenyum sumbing sambil menggaru- garu kepalanya.

"Ikut awaklah." Aku menepuk dahi sendiri. Takdak, hang mau ka tak mau ka kena juga makan. Nak berletiaq sebab tak puaih hati ka pi lantak hanglah. Hang sendiri yang habaq tak kisah kan.

"Hani! Lama naa Mak Pah tak jumpa hang. Batang hidung pun jarang aih nampak kat kampung ni. Almaklumlah dah duk kolumpoq nuh. Takdanlah ingatlah kat kami ni kan?" Tu diaaaa. Mak cik bawang dah mai. Tak habis sorang buat perangai datang lagi sorang. Jenuhlah aku nak hadap.

"Waalaikumussalam Mak Pah. Mana ada aih. Baru ja haritu balik sini. Cuma tak selalu keluaq jaa." Memang dia tak bagi salam tapi balas teguran dia dengan jawab salam apa salahnya kan? Muka Mak Pah terkebil-kebil, cari jalan nak menyakitkan hati aku lah tu.

"Lagu tu kaa.. Eh.. Belakang hang tu sapa?" Mak Pah terjenguk-jenguk belakang aku. Siapa lagi kalau bukan Raja Uwais.

"Err.. Ini.." Belum sempat aku nak terangkan, Mak Pah laju membidas.

"Marka hang kaa? Segak naa tapi muda sangat aih nak buat marka. Ini mesti set-set anak ikanlah ni. Sorong ke huluq ke hiliq. Tup tup nanti kahwin ngan orang lain juga." Amboi mulut, kemainnn. Aku hanya menahan geram. Raja Uwais tersedak-sedak mendengarnya.

"Astaghfirullahalazim, Mak Pah! Walaupun saya tak kenal Mak Pah ni siapa, walaupun saya tak tahu apa maksud marka. Tapi saya tahu maksud anak ikan. Dia tak sorong saya ke hulur ke hilir. Dia bawa saya naik motor ya Mak Pah. Motor. Bukan kereta sorong. Kalau Mak Pah tak tahu cerita jangan nak pi duk cakap benda yang bukan-bukan macam Mak Pah tahu semua benda. Itu boleh jadi fitnah tau Mak Pah. And for your information, this is my wife. My legal wife." Uwais memegang bahuku sambil memandang ke arah Mak Pah.

Muka Mak Pah pun dah naik merah macam udang sambal yang Uwais buat pagi tadi, terkebil-kebil dia bila suami aku ni cakap mat saleh barangkali tidak faham. Baru ada akai bila kena taboh dengan suami aku hahaha. Hang adooo. Daripada perangai tergedik-gedik tadi teruih jadi gentleman naa. Hahaha. Uwais, Uwais.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now