SELEPAS sahaja masuk ke dalam kereta, aku terus meluncur laju menuju ke kampungku. Sungai Petani! Here I come!
"Agak-agaklah kalau nak letak nama kereta Raja. Nama saya Raja kot." Sambil membawa kereta aku terkedu. Adakah dia tengah menyindir aku balik ni? Atau pun ini betul-betul?
"Hahaha. Encik ni kelakarlah. Kalau encik nak sindir saya pun janganlah sampai macam tu sekali." Riak mukanya masih tidak berubah. Apa? Memang aku panggil kereta aku ni Raja sebab dia bawa aku ke mana je aku nak. Jadi aku kenalah layan kereta aku ni serupa raja. Salah kah?
"Nama penuh saya Raja Uwais bin Raja Najmi. Awak tak kenal saya ke?" Sat na, aku tengok muka hang ni. Aku pandang dia dari atas ke bawah dan bawah ke atas.
"Takdak rupa macam anak raja pun. Anak raja duduklah dalam istana." Lelaki yang bernama Raja itu menepuk dahinya. Sekarang ni dah dua kali aku duk perati dia duk tepuk-tepuk dahi dia.
"Awat? Ada nyamuk ka? Duk tepuk-tepuk dahi sendiri pula." Raja membuat muka menahan geram. Hahaha comel lelaki ni. Eh eh. Aku ke yang cakap? Hahaha.
"Saya tak tipulah."
"Hat bila pula saya cakap encik tipu. Nama encik Raja Uwais? Okeh, saya panggil encik dengan nama Uwais. Yalah memandangkan kereta saya nama Raja kan. Haa.. Raja hang dengaq tak tu? Nama dia Uwais. Takpe hang masih keutamaan aku na. Encik Uwais ini Raja. Raja Uwais. Uwais Raja." Aku membawa kereta sambil mengenakan budak Uwais ni. Hahaha suka aku tengok muka tak keruan dia ni.
"Lantak awaklah. Saya nak tidur sebab penat. Layan awak bertambah penat saya jadinya." Amboi hang. Dahlah menumpang. Boleh pula buat kereta aku ni macam bapa hang yang punya naa. Nasib baik aku baik.
Kami sampai di rumah pada tengah malam. Mak dan abah pun macam dah tidur. Mana taknya, dah pukul 1 pagi. Aku cepat-cepat keluar dan mengetuk pintu sekuat hati. Lantak pi lah depa nak pelangkung aku ka apa ka. Aku nak tidur je sekarang ni. Penat aku bawa kereta berjam-jam bawa sekali si mangkuk ayun yang tidur macam beruang kutub tu. Aih. Penat.
"Assalamualaikum mak! Abah! Ceq dah mai ni! Bukalah pintu. Tahulah penat. Ceq pun penat ni." Tak sampai beberapa minit pintu dibuka.
"Hang ni hingaq sangat pasaipa? Pagi-pagi buta baru nak mai. Kenapa tak mai esok pagi ja?" Mak menjerit dekat aku. Hat ni siapa yang hingaq sebenarnya?
"Pagilah ni ceq mai. Penatlah mak. Bawa kereta berejam dari Kolumpoq ke Sungai Petani. Ceq nak masuk bilik nak tidoq. Tak larat dah." Aku terus masuk ke bilik dan berbaring di atas katil. Tiba-tiba mak memukul peha aku yang gebu serupa bantal peluk ni. Aset aku ni tau. How dare you touch my gebu.
"Kalau ya pun penat tu, pergilah basuh kaki hang dulu sebelum tidoq. Kotor-kotor lagu ni nak tidoq tak elok tahu." Aku mengeluh tapi pergi juga. Lepastu terlelaplah aku di atas katil.
Subuh aku ke laut. Nasiblah aku bendera merah sekarang ni. Kalau tak, memang subuh gajah lah aku jawabnya. Aku meregangkan badan aku. Lepastu terus pergi mencari makanan dekat dapur. Sambil berjalan aku menggosok-gosok mataku.
"Mak masak apa harini?" Aku menarik kerusi di dapur sambil mengikat rambut aku yang sudah panjang mencecah bahu. Mata masih lelap. Tiba-tiba satu cubitan yang teramatlah kuat hinggap di pehaku. Weh rasa macam cubitan ketam dari Pulau Maldives weh. Sakit dia kemain.
"Auu. Sakitlah mak! Ceq takdak salah apa pun." Aku terus celik.
"Celik pun hang kan. Ini ada lelaki bukan mahram depan mata hang pun hang buat loklak naa. Pi pakai tudung cepat." Aku mengesat-ngesat mataku lalu terus membulatkan mata.
Apa lagi, berlari pecutlah aku mengambil tudung dalam bilik. Ya Allah malu tak sat tak boleh nak cakap dah aih. Merah muka aku ni haa. Baru aku teringat Uwais semalam tu. Aku tinggalkan dia sorang dalam kereta. Haa, nasib hang lah. Ketegaq sangat nak ikut aku pasaipa. Laa ni aku yang malu, bukan dia. Muka dia tadi pun nampak merah tengok aku. Macam tak boleh nak bernafas dah aku tengok.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...