Seperti yang dijanjikan. Inilah Luq👆 Okey selamat membaca semua!
______________AKU membuka mata perlahan-lahan. Kepalaku terasa pening dan sakit. Aku memerhatikan keadaan sekeliling dan aku masih berada di padang tetapi dalam keadaan baring.
"Awak okey tak Hani?" Tanya Luq kepadaku.
Aku hanya mengangguk. Padahal sebenarnya tengah sakit sangat ni. Rasa macam nak buang je kepala ni. Aku mengerutkan muka sambil perlahan-lahan cuba untuk bangun tetapi tak sampai separuh aku terduduk semula. Pasukan bola sepak yang tadinya berlatih, kini sudah tiada.
"Nah, air."
Kali ini bukan Luq yang berada di sebelahku tetapi Uwais. Aku mengambil botol yang dihulurkannya.
"Sorry.."
Dia duduk memeluk kaki di sebelahku sambil matanya memandang rumput. Aku hanya mengerutkan dahi. Dahlah sakit, lepastu mamat ni pula cakap separuh memang pun aku boleh berfikir sekarang ni.
"..sebab saya yang tersepak bola sampai kena awak."
"Oh. Okey."
Matanya yang tadi memandang rumput kini beralih ke arahku. Mukanya berkerut dan penuh dengan tanda tanya. Aku tidak mengendahkannya sebaliknya menutup mata dan mengurut-urut kepalaku sendiri kerana terasa denyutan yang kuat di kepala.
"Awak nak saya hantar awak balik tak Hani?"
"Eh, takpelah sir Luq. Saya boleh hantar miss Hani balik. Lagi pun saya yang buat dia macam ni. Saya ingat nak bawa dia pergi klinik dulu."
Tiba-tiba terdengar bunyi telefon berdering. Luq cepat-cepat mengangkat telefonnya. Usai dia berbual di telefon, dia terus menuju ke arahku.
"Saya terpaksa balik dulu. Apa-apa nanti telefon saya ya. Raja, jaga miss Hani baik-baik."
Uwais hanya mengangguk dan aku memberikan senyuman kepadanya walaupun sakit. Selepas sahaja Luq beredar, Uwais terus memandangku dengan muka cuak.
"Sayang okey tak? Sakit lagi ke? Jom kita pergi klinik."
Dia memegang bahuku dan mengangkatku perlahan-lahan. Aku hanya membiarkannya kerana kepalaku masih sakit.
****
"SAYANG.. abang minta maaf. Abang tak ada niat pun nak sepak bola tu sampai kena sayang."
Uwais memandangku dan masih dengan wajah risau. Aku hanya mengangguk sambil mengambil tempat baring di atas katil.
"Tak ada apa lah. Sakit sikit je ni. Esok okey lah tu. Sayang nak tidur."
Aku membetulkan baringan dan memejamkan mata untuk tidur. Uwais menyelimutkanku lalu mengusap-usap rambutku dan mengucup dahiku.
"Sleep well sayang."
*****
HUJUNG minggu! Hari untuk aku tidur sepanjang masa. Yeay! Sakit di kepalaku semakin pulih sejak tiga hari lepas dan aku tak ambil cuti sakit sebab sikit je. Walaupun mula-mula tu rasa macam boleh hilang ingatan aku dibuatnya. Trauma juga lah dengan bola. Taubat tak nak ikut Uwais dah. Jadi, hari ni masa untuk aku rehat sepuas-puasnya.
"SAYANG. Bangun."
Aku tidak mengendahkan suara tersebut dan masih tidur tidak ingat dunia. Aku terdengar dia membebel dan dapat merasakan dia bangun daripada katil.
"Tengok, inilah sebabnya abang tak bagi sayang tidur lepas solat subuh. Mana nak ingat dunia dah. Kalau sayang tak bangun juga tak apa. Abang ada acara lain nak kejutkan sayang. Guna cara sweet tak nak bangun en."
Suaranya tidak lagi kedengaran dan membuatkan aku terlena semula. Beberapa minit kemudian, aku dapat merasakan tubuhku diangkat dan aku tidak tahu di bawa ke mana. Aku cepat-cepat menggosok mata untuk bangun.
Tiba-tiba, aku terasa badanku seperti berada di dalam air. Ini kalau bukan kolam mesti tab mandi. Belum sempat aku membuka mata, Uwais menyimbahku dengan air tepat ke wajahku. Aku mengetap bibir sebelum menjerit sekuat hati.
"Raja Uwais bin Raja Najmi!!!!!!!"
Aku cepat-cepat mencuci muka dan memandang terus ke arah Uwais dengan wajah marah. Hilang sabar aku ni layan kerenah dia. Dia hanya tergelak mengekek melihat aku yang sudah basah kuyup.
Aku terus mengambil gayung yang berada di tangannya dan mencedok air. Kemudian, apa lagi, rasakan simbahan aku pula. Kali ini dia pula terkedu.
"Haa, padan muka. Nak main kasar eh. Sabar kejap."
Aku menarik kepalanya masuk ke dalam tab mandi dan kemudian menarik keluar. Kelihatan wajahnya merah. Tak tahulah marah ke malu. Tiba-tiba dia memberikan senyuman yang penuh makna kepadaku. Dia masuk ke dalam tab mandi yang sama dengan aku dan terus menyimbah air ke arahku. Sedang aku sibuk menggosok-gosokkan muka, dia meletakkan syampu di atas rambutku dan mengurut-urut kepalaku.
"Haaa, cik sabar kejap ya, abang sado tengah buat urutan rambut untuk cik. Eh, puan.Confirm, lepas ni lelaki puan tak cari lain."
Aku hanya tergelak mendengar kata-katanya.
"Sado ke? Macam cicak kobeng sayang tengok ada lah. Hahaha."
"Amboi, kutuk suami sendiri eh. Tengok apa balasan untuk isteri macam ni."
Dia menyimbah aku dengan air. Bukan sekali tetapi banyak kali. Kemudian menjirus-jirus rambutku. Aku pula mengambil syampu dan bubuh di atas kepalanya dengan banyak. Mahu habis sebotol syampu ni kitorang guna dalam masa sehari. Perang syampu sudah bermula. Habis satu bilik air tu bersabun.
__________
Macam mana Bab kali ni?🙈 Sis tak nak mula lagi ujian & dugaan. Kita kasi manis sampai bersemut dulu tau😆 Okey pembaca semua... Jangan lupa tekan⭐⭐⭐⭐⭐ dan komennnnn!!!🤣 Dannnn kongsilah kemanisan ni bersama insan lain ya hehe. Jangan Tanya bila nak update tau, sis update bila sis suka hehe🤣
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...