"UWAIS mai ikut abah pi surau. Malam ni ada bacaan yasin dengan makan-makan sikit dekat surau."
Sewaktu berjalan berdua untuk pergi ke surau. Uwais melambat-lambatkan langkahnya.
"Awatnya Uwais? Hang macam malaih ja nak pi surau."
"Bukannya malas abah, tapi Uwais malulah. Uwais ni orang KL, tak pandai solat, tak pandai ambil wuduk, baca quran pun tak reti." Uwais menundukkan kepalanya sambil berjalan. Rasa berdosa.
"Lagu tu ka? Takpa aih, abah boleh ajar hang. Kalau hang nak kahwin dengan anak abah, hang kena pandai solat semua. Rukun iman, rukun islam kenalah hafal. Kalau bukan dengan anak abah pun, hang akan jadi suami juga. Kita ni orang laki kenalah bimbing isteri kita ke jalan yang benar. Bayangkan kita ni ketua kapal. Duk bawa anak buah semua. Kalau kita salah bagi arahan, karamlah kapal tu. Macam tu jugalah hidup kita. Hidup nak berumah tangga nanti. Tak bolehlah nak merasa nikmat di dunia ja sebab yang kita nak kejar nuh. Nikmat syurga yang abadi." Mata Uwais sudah berkaca.
Usai sahaja solat dan bacaan yasin, Uwais bersalaman dengan jemaah yang ada kemudian duduk di penjuru surau. Bertafakur dan bermuhasabah diri. Betapa banyak dosanya dengan Allah. Abah datang menepuk bahunya.
"Abah.. Uwais banyak dosa dengan Allah, dengan mummy dan daddy Uwais. Uwais banyak buat diorang terluka. Uwais leka dengan duniawi. Uwais ni kaki perempuan abah. Uwais minum arak, pergi kelab. Tinggal solat. Allah terima ke manusia macam Uwais ni abah?" Uwais sudah menangis. Air matanya turun begitu deras tanda menyesali perbuatannya yang lampau.
"Toksahlah hang nak cakap lagu tu. Allah tu maha pemaaf. Semua manusia buat kesilapan Uwais. Asalkan hambanya menyesali segala dosa dan bertaubat. Dia pasti memaafkan. Allah tak tengok masa lepas kita Uwais, Allah tengok apa yang kita buat sekarang. Allah sayang akan orang yang bertaubat kepada-Nya. Selalu mengingati-Nya."
"Tapi abah.. Uwais tak reti solat, tak reti baca al-quran. Macam mana Uwais nak hadap dia?"
"Hang ada masa seminggu dekat sini kan? Haa abah akan ajar hang semuanya. Janganlah hang risau sangat." Uwais mengangguk dan mengesat air matanya.
"Esok subuh lagi hang kena bangun ikut abah pergi surau naa. Dah, jom balik rumah."
"Kalau boleh abah janganlah bagitau anak dara abah tu. Malulah Uwais nanti."
"Nak malu apanya Uwais? Lama-lama dia tahu juga nanti, tapi abah takkan bagitau dialah. Abah nak hang sendiri yang habaq dekat dia. Kalau boleh hidup berumah tangga ni janganlah berahsia sangat. Takut kepercayaan antara satu sama lain tu nanti makin lama makin retak. Itu sebablah banyak sangat penceraian berlaku zaman laa ni. Kepercayaan takdak dah hancur, tambah lagi dengan orang ketiga, tambah lagi masalah kewangan. Memang cerai sajalah. Syaitan pun duk berjoget sana-sinilah puas tengok cucu-cicit Adam meruntuhkan masjid." Uwais hanya mendengar kata-kata abah dengan khusyuk sambil berjalan pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
عاطفيةPensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...