Bab 7

4.5K 258 4
                                    

"BAWA kereta tu elok-elok. Kalau ngantuk singgahlah dulu mana-mana. Solat jangan tinggai." Selalunya mak berpesan dekat aku tapi kali ni tak. Dia duk pesan dekat si Uwais tu.

Aku pun tak tau awat dia baik sangat nak drive dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur. Ada bagusnya juga, baru dia rasa macam mana aku rasa bila bawa dia sekali.

"Ya mak. Janganlah risau sangat dekat Uwais. Risaukan dekat anak dara mak ni haa." Aku pula yang kena aih.

"Lagu mana mak nak risau. Hang ada duk jaga dia. Kalau hang buat benda tak elok dekat anak mak hang yang mak pelangkung dulu." Aku hanya tergelak.

"Okeylah mak. Lagi lama lagi ceq tak boleh buat kerja kat sana." Aku menyalami dan memeluk mak dan abah.

"Rindulah ceq nanti dekat mak dengan abah." Aku mencium mak.

"Toksahlah nak rindu sangat. Dah pi balik KL nuh. Tadi kata banyak kerja sangat."

"Yelah yelah. Jom Uwais." Aku melambai-lambai ke arah mak dan abah ketika berada di dalam kereta.

"Terima kasihlah awak sebab percaya saya." Dah kenapa mamat ni? Demam ka?

"Percaya hat mananya?" keluar balik dah loghat Kedah aku ni.

"Yelah, percaya hat bawa saya sampai ke Sungai Petani."

"Ouh sama-sama kasih. Sebenarnya saya tahu awak bukannya nak pergi bercuti sangat kan?" Uwais mengerutkan dahinya.

"Macam mana awak tahu?"

"Entah, dapat rasa yang awak macam nak bawa hati yang duka lara pergi jauh dari KL." Uwais hanya tergelak.

"Nak tahu tak benda sebenar?" Aku hanya mengangguk.

"Tapi panjanglah. Sampai esok tak habis. Silap-silap boleh tertidur."

"Takpa aih, saya sanggup dengar. Kalau tertidur, awak berhentilah cakap."

"Sebenarnya saya bergaduh dengan daddy dan mummy saya. Saya ni bukanlah anak yang baik sangat. Sehari sebelum saya jumpa awak tu, saya pergi kelab, mabuk. Saya tak nak mummy dengan daddy tahu yang saya pergi kelab. So, saya pun tidur rumah sorang perempuan ni. Balik-balik je kantoi. Lepastu daddy halau saya keluar dari rumah."

"Lagu tu ka? Diorang tak halang awak ke?" Raja hanya menggeleng.

"Saya yang buat keputusan macam ni.Kenalah saya tanggung. Lepastu saya drive jauh-jauh sampailah Rose buat hal." Baru nak tanya Rose tu siapa tapi teringat yang Rose tu kereta dia. Aku hanya menyandarkan diri dan duduk menghadapnya. Khusyuk sampai boleh makan popcorn ni kalau ada.

"Saya bersyukur sangat sebab dapat jumpa awak. Susah nak jumpa orang yang baik zaman sekarang ni. Abah banyak bagi tunjuk ajar dekat saya daripada saya tak reti solat, ambil air wuduk dan banyak lagi. Diia ajar semua benda yang saya tak tahu." Oh patutlah asyik berkepit je dengan abah 24 jam.

"Dah tu mak ayah awak macam mana?"

"Saya tak tahulah. Kalau awak ada dekat tempat saya macam mana?"

"Kalau saya? Hmm. Saya akan balik minta maaf dekat dia orang. Saya tarik balik kata-kata saya yang menyakitkan hati dia orang. Saya cium tangan mak ayah saya sebab dia oranglah saya membesar dengan sihat dan pandai. Apa sahaja dia orang nak cakap dia orang cakaplah. Biar saya yang sakit jangan dia orang. Apa yang dia orang nak saya akan tunaikan." Uwais hanya mengangguk.

"Lagi satukan. Mak ayah nilah yang jaga kita daripada kita kecil sampai besar. Awak kenalah bersyukur sebab dapat keluarga macam tu. Jadi anak yang baik dengar cakap dia orang. Mak ayah kita tu makin lama makin tua. Kita tak tahu entah esok, entah lusa dia pergi tinggalkan kita. Masa kita besar nilah nak balas balik jasa diorang. Janganlah sampai kita menyesal satu hari nanti sebab tak dapat nak berbakti dengan mak ayah kita." Muka Uwais nampak sedih dan terkesan dengan apa yang aku cakap. Semoga kau jadi anak yang soleh Uwais.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now