"ABANGGG dah siap ke belum tu? Cepatlahh cik abang oi. Itulah orang suruh mandi pagi malas. Tengah hari buta baru sibuk nak mandi. Nanti mall ramai oranglah abang." Aku membetulkan tudung di hadapan cermin.Uwais keluar daripada bilik mandi menuju ke arahku. Dia melihatku di balik cermin sambil mencubit-cubit pipiku.
"Sayang ni kalau sehari tak membebel macam nenek kebayan boleh tak? Abang cium mulut tu baru tahu senyap." Rambutnya yang masih basah menitik di atas tudungku.
"Abang! Habis basah tudung orang." Aku membuat muka masam.
"Dah lah. Tak ada mood nak keluar beli baju. Abang pergilah keluar sorang." Aku membuka tudung dan kemudian memeluk tubuh.
Dia tergelak kecil dan kemudian menggosok-gosok rambutnya dekat denganku. Terpecik air daripada rambutnya terkena aku. Eyy, nak aje aku tarik rambut dia. Tunggulah malam nanti aku botakkan rambut dia. Aku menjelingnya tajam di hadapan cermin.
Dia mendekatkan badannya. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja solek dan dagunya diletakkan di atas bahuku. Aku melihat dia tersenyum memandang wajahku menerusi biasan cermin.
"Wanginya sayang. Wangi-wangi ni nak pergi mall? Nak pikat siapa?" Dia mencium leherku kemudian memandangku semula.
Meremang bulu romaku. Aku menelan liur. Perlahan-lahan membetulkan duduk melihatnya tepat ke anak mata.
"Cepatlah pergi pakai baju. Tadi kata nak keluar. Ini dah berjam-jam orang tunggu mengalahkan perempuan." Dia tergelak lagi.
"Eh dia ni tukar topik pula. Tak apalah hari ni abang tak nak pergi mall. Abang nak.." Ayatnya terhenti membuatkan aku menelan liur untuk ke berapa kali.
"Tak payah nak mengada. Pergilah pakai baju! Sakitlah mata tengok abang ni." Aku menolak tubuhnya yang tidak berbaju dan hanya memakai tuala jauh daripadaku. Dia tertawa nakal.
"Kenapa? Sayang tak boleh tahan eh tengok abang macam ni?" Senyumannya semakin lebar. Dia memelukku erat daripada belakang.
"Raja Uwais. Pergi pakai baju cepat. Saya tunggu awak dekat bawah." Aku berjaya meleraikan pelukannya kemudian berlari mengambil tudung dan keluar daripada bilik tak cukup nafas. Terdengar suara Uwais sedang ketawa mengenakanku.
------
"SAYANG nak pakai baju warna apa dekat majlis tu nanti?" Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mata melilau-lilau mencari butik yang sesuai.
"Apa kata kita cari baju abang dulu. Baju lelaki kan senang nak cari." Dia hanya mengikut. Kami sama-sama masuk ke dalam satu kedai khas untuk pakaian lelaki.
Baju berwarna biru gelap menarik perhatianku. Aku mengambilnya dan diletakkan di badan Uwais. Cantik. Uwais membuat muka tidak suka. Dia mengambil baju kemeja berwarna maroon dan ditunjukkan kepadaku.
"Not bad. Tapi biru gelap ni lagi cantik." Dia mengambil baju biru gelap yang berada di tanganku dan baju berwarna maroon pilihannya kemudian terus berjalan ke kaunter bayaran.
"Eh nak pergi mana tu?" Aku menyoalnya walaupun sudah tahu apa jawapan yang akan diberikan oleh Uwais.
"Bayarlah." Aku menjelingkan mata ke atas kemudian jalan mendekatinya.
"Pergi cuba dulu sesuai ke tak baju ni. Eyy, budak ni. Main beli aje." Dia menjuihkan bibir kemudian menghentak kaki tanda protes menuju ke bilik persalinan.
Beberapa minit kemudian dia keluar dengan berpakaian kemeja biru gelap. Nampak elegan dan versetail. Aku menunjukkan ibu jari tanda cantik kepadanya. Kemudian aku mendekatinya dan membetulkan bajunya.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...