Bab 46

3.5K 199 5
                                    

"HARI ni hari last abang exam kan? Goodluck!" Uwais yang sedang memakai kasut hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Sudah beberapa minggu berlalu tetapi kami tetap seperti ini. Berbual jika perlu sahaja. Sikapnya masih dingin denganku. Tiada lagi tawa dan sapaan. Selesai sahaja solat pasti dia terus melipat sejadah dan berlalu pergi ke bilik kerja untuk belajar. Langsung tiada masa denganku.

"Hani? Termenung jauh nampak. Tak pergi dengan Uwais ke?" Aku mengangkat muka melihat mummy yang mengambil tempat duduk di sebelahku.

"Uwais! Tunggulah isteri awak ni. Janganlah main pergi je."

Uwais yang sudah berada di dalam kereta membuat isyarat mata kepadaku menyuruh aku masuk ke dalam kereta dengan segera. Aku cepat-cepat bersalaman dengan mummy dan berlari-lari anak masuk ke dalam kereta. Mummy melambai-lambaikan tangannya ke arah kami.

Aku tidak pernah merasa janggal seperti ini apabila berduaan dengan Uwais. Wajahnya serius sepanjang masa mungkin ingin mengingati segala apa yang telah dipelajarinya supaya tidak terlupa waktu menjawab peperiksaan nanti. Husnuzon.

Uwais memberhentikan keretanya di kafe yang terletak beberapa meter daripada universiti kami. Rasanya pagi tadi kami berdua sudah bersarapan di rumah. Uwais sudah memandangku menyuruh aku keluar daripada kereta.

"Awak nak beli apa dekat sini? Kopi? Mocha? Atau pun kuih-muih?" Aku sudah menanggalkan tali pinggang keledar tetapi mata masih memandang wajahnya. Dia mengeluh perlahan.

"Saya tak nak beli apa-apa. Awak dah boleh keluar daripada kereta saya kot. Rasanya tak jauh pun tempat kerja awak daripada sini." Dia terus memandang stereng di hadapannya mengelak daripada bertentang mata denganku.

"Balik nanti awak ambil saya dekat sini juga ya? Saya tunggu awak. Terima kasih." Aku membuka pintu keluar daripada kereta.

Alang-alang sudah ada di hadapan kafe aku melajukan langkah masuk ke dalam untuk membeli roti. Tiba-tiba aku di sapa oleh seseorang dengan ceria sekali.

"Morning Hani!" Aku tersenyum apabila wajah Luq muncul di sebelahku.

"Morning Luq. Wah bersemangatnya awak hari ni." Dia tergelak kecil.

"Mestilah. Hari-hari saya semangat." Aku tersenyum melihatnya. Dari riak wajahnya aku boleh nampak seperti masalahnya sudah selesai.

"Oh lupa saya nak tanya awak. Awak pergi tak jamuan nanti?" Berkerut dahiku.

"Jamuan apa? Bila?"

"Jamuan untuk tahun akhir pelajar-pelajar senior. Hari ahad minggu depan tak silap saya." Aku hampir terlupa tentang majlis tersebut.

"Oh, ya. InsyaAllah saya pergi."

--------

AKU melihat jam di tangan yang menunjukkan pukul tiga petang. Hujan semakin lebat dan aku masih menunggu Uwais di hadapan kafe. Sudah beberapa kali aku menelefonnya tetapi tidak berjawab. Badanku semakin sejuk di simbah dengan air hujan tetapi aku biarkan. Mata masih melilau mencari kelibat kereta Uwais tetapi tiada.

"Cik? Apa kata cik masuk dalam? Dah sejam saya tengok cik berdiri dekat sini." Seorang pekerja lelaki datang menyapaku.

"Sekejap lagi saya masuk. Saya tunggu orang ni. Lagi beberapa minit kalau dia tak sampai saya masuk ya." Dia hanya tersenyum mengangguk dan terus masuk ke dalam kafe.

Hampa apabila Uwais masih tidak muncul. Aku melangkah masuk ke dalam kafe duduk di tepi dinding kaca. Melihat hujan yang masih tidak henti.

"Nah air milo panas untuk cik." Aku menoleh ke arah pekerja tersebut.

"Eh saya tak order pun." Dia tersenyum melihatku.

"Tak apa saya belanja. Kesian cik basah kuyup."

"Terima kasih." Aku membalas senyumannya dan meneguk perlahan air tersebut.

Sesekali aku mengerling ke arah jam tangan. Sudah menunjukkan jam empat petang dan hujan masih tidak henti. Aku berjalan menuju ke arah pekerja lelaki yang sedang duduk di kaunter.

"Maaf ganggu. Saya nak tanya ada tak tempat solat dekat sini?" Dia mengangguk dan membawa aku ke satu bilik kecil khas untuk solat.

Usai sahaja solat, aku terus bergegas keluar daripada kafe. Tiba-tiba satu suara memanggilku.

"Cik! Cik! Tunggu sekejap." Pekerja lelaki tadi berlari-lari anak menuju ke arahku dengan membawa payung di tangannya.

"Hujan belum reda lagi tu. Nah payung." Dia menghulurkan payung tersebut kepadaku.

"Eh tak apalah saya boleh redah je. Lagi pun hujan tak adalah lebat mana pun." Aku menolak tawarannya tetapi dia masih berdegil memaksa aku untuk mengambilnya. Lama kelamaan aku ambil juga payung tersebut dan mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum berlalu pergi.

Badanku terasa semakin sejuk dan menggigil sebaik sahaja keluar daripada kafe. Aku tercari-cari teksi untuk pulang ke rumah tetapi tiada satu pun yang melintasi jalan ini.

Dari jauh aku ternampak kereta Audi milik Uwais jelas terparkir di seberang jalan. Aku tersenyum dan melambai-lambai ke arah kereta tersebut. Perlahan-lahan aku melangkah untuk melintas jalan. Hujan tiba-tiba turun dengan semakin lebat.

Kepalaku terasa pening. Seolah-olah dunia berpusing dengan sangat laju. Aku tidak mampu untuk meneruskan langkah. Bunyi hon yang kuat memasuki corong telingaku tetapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Badanku lemah dan tidak mampu untuk berjalan lagi. Payung yang aku pegang sudah terbang entah ke mana.

"Hani Syamila!!"

Terasa seseorang sedang memeluk erat tubuhku tetapi aku tidak mampu untuk berkata-kata. Penglihatanku semakin kabur. Aku menggagahkan diri untuk tersenyum. Suara itu. Suara yang cukup aku kenali. Suara Uwais.

"Bangun Hani! Bangun!"

Aku cuba sedaya upaya untuk mengusap wajahnya. Perlahan-lahan aku menutup mata dan tidak sedarkan diri.
----
Terima kasih sudi baca cerita ni. Lagi beberapa bab nak habis. Mungkin dalam masa terdekat ni. Tak sabarrrrrrnyaaaaa!

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now