"ABANG buat apa dekat sini?"
"Abang ada kerja sikit dekat sini. Alang-alang tu bawalah Melur jalan-jalan sekali."
"Wah, jarang datang Putrajaya. Kira projek besar lah ni?"
Abang Harriz tergelak kecil dan mengangguk.
"Mama.."
Aku menoleh ke arah Melur yang menyuruhku mendukungnya.
"Besar dah Melur. Mama pun tak perasan Melur. Cantik."
Aku mengangkat budak perempuan yang berpipi pau lalu mengusap lembut kepalanya. Comel.
"Macam manalah abang jaga dia sorang-sorang kan?"
Abang Harriz hanya tersenyum kelat.
"Abang nak orang tu jadi mama dia. Tapi tulah, orang tu dah berpunya."
"Dah lah abang. Jangan cakap lagi benda ni. Hani dah ada suami. Hani sayang suami Hani. Dan kita tak boleh putarkan masa balik."
"Tapi kita boleh ubah masa depan kan?"
Abang Harriz membuat muka penuh dengan harapan. Aku tak nak mengungkit benda yang dah bertahun sudah berlalu. Urghh.
"Yaa, salah abang sebab reject Hani dulu. Salah abang sebab jauhkan diri daripada Hani dulu. Salah abang sebab layan Hani tak lebih daripada seorang abang terhadap adiknya dekat Hani dulu. Salah abang sebab salah pilih perempuan."
Aku menurunkan Melur. Wajahku sudah berkerut seribu cuba untuk menahan geram.
"Boleh tak jangan cakap benda ni depan Melur?"
Aku hendak berlalu pergi tetapi abang Harriz sempat memegang lenganku.
"Masih ada harapan ke untuk abang? Hani?"
Aku menutup mata sekejap sambil menarik nafas dalam-dalam sebelum menoleh kembali ke arah lelaki bernama Harriz.
"Tak."
Satu perkataan sahaja aku katakan kepadanya dan terus berlalu pergi.
Niat nak hilangkan stress tapi makin stress nampaknya. Mana lagi eh tempat aku nak pergi? Sengaja aku balik lambat supaya Uwais tidak tertanya-tanya kenapa aku pulang awal daripada kerja. Supaya dia tidak syak apa-apa.
Aku memasuki kereta dan menuju ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli makanan. Food is the best medicine! Marilah food hunting!
Rambang mataku usai sahaja masuk ke bahagian makanan ringan. Aku mengambil semua jenis keropok dan air gas. Coklat jenama Cadbury dan KitKat juga aku masukkan ke dalam troli. Kemudian aku pergi ke bahagian barang basah untuk memasak makan malam. Banyak juga menu malam ni. Tak apa. Esok aku mengajar petang. So tak payah risau sangat.
Mataku terhenti pada aiskrim. Perghh sedap ni. Aku melihat senarai barang yang aku perlu beli. Aiskrim jenama Baskin Robin aku ambil. Okey, semua dah ada. Tinggal tambah apa yang patut je. Tiba-tiba tekakku teringin nak makan donut. Mesti sedap ni. Kalau stress kita kena banyak makan. Barulah bahagia. Aku tersenyum sendiri. Lantaklah duit nak habis ke badan nak naik ke. Aku stress sekarang ni.
------
"ASSALAMUALAIKUM!!! Hani dah balik ni."
"Waalaikumussalam Hani. Ya Allah banyaknya barang Hani beli."
Bulat mata mummy memandang ke arah barang-barang yang aku bawa. Tak menang tangan weh. Macam nak buat kenduri ajak orang ramai dah.
"Ini baru sikit mummy. Dekat dalam kereta tu ada lagi. Hehe."
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...