Bab 28

3.7K 205 10
                                    

"RAJA Uwais!! Hani!! Ya Allah, buat apa lah korang tidur dekat sini. Bilik punyalah besar tapi tak guna. Nak juga tidur merempat dekat bilik kecil ni. Bangunlah wahai anak-anakku, subuh sudah mahu pergi. Cepat bangun!"

Suara yang nyaring tersebut membuatkan aku terbangun. Aku memisat-misat mata perlahan-lahan. Wajah Uwais menghalang pandanganku. Terserlah wajahnya yang penat dan lesu, mungkin disebabkan tidak cukup rehat. Aku baru menyedari bahawa kepalaku tersandar kemas di atas pangkuannya sambil dia duduk bersila. Aku cepat-cepat bangun daripada pangkuannya. Dia masih lena dibuai mimpi.

"Hani, kejutkan Uwais ya. Mummy dengan daddy nak keluar kejap lagi. Solat subuh jangan lambat sangat sebab nak dekat habis waktu ni."

Aku hanya mengangguk. Mummy hanya tersenyum manis dan berlalu keluar daripada perpustakaan mini. Mataku beralih menghadap Uwais yang masih tidur dalam keadaan bersila sambil kepalanya menunduk.

Aku membiarkan dia tidur sementara aku mengambil whudu' dan memakai telekung. Usai habis solat, aku terus menjenguk Uwais. Aku duduk bersila sambil menghadapnya. Lambat-lambat aku mengusap rambutnya. Tiba-tiba dia membuka mata perlahan-lahan sambil meregangkan badan.

"Kita dekat mana ni?"

"Entahlah, dah ada dekat alam musyahadah kot."

"Haa? Alam apa? Saya tak nak mati lagi. Saya belum minta maaf dengan isteri saya. Tolonglah, tolonglah."

Aku hanya menahan diri daripada ketawa. Aku kena ingat, merajuk aku tak habis lagi.

"Tolonglah, saya tak nak masuk neraka. Saya nak masuk syurga. Ya Allah tolonglah."

Dia menutup mata sambil menggenggam kedua-dua tangannya. Nampak sangatlah yang dia tengah mamai sekarang ni. Inilah masanya nak kenakan dia balik. Haritu punyalah dia simbah aku dengan air kan. Haa tengoklah dia harini. Aku mendekatkan bibir dekat dengan telinganya untuk berbisik dengan menggunakan suara halus.

"Maa robbuka.. siapa tuhan kamu?"

"ALLAH!!! Allah yang satu, Lailahaillallah. Allahu akbar."

"Pergi solat subuh sekarang kalau tak nak masuk neraka."

Riak wajahnya yang tadi kelihatan takut kini bertukar pelik tetapi dia masih menutup mata dan tidak berani untuk membukanya.

"Kejap, kejap. Kau ni siapa?"

"Neraka memanggilmu!"

Dia terus bangun dan berlari menuju ke bilik air. Terhibur aku dibuatnya hahaha. Setelah dia masuk ke dalam bilik air, aku terus keluar daripada perpustakaan mini tersebut. Aku pun pelik kenapa dia takut sangat dengan alam musyahadah. Alam musyahadah tu kan alam kita sekarang. Nampak sangat dia tak tahu alam musyahadah tu apa atau pun mungkin dia tengah mamai kot. Marilah sambung merajuk lagi.

******

SUDAH seharian aku tak bercakap dengan Uwais. Ya, kalini aku betul-betul merajuk dengan dia. Aku terus mengemas-ngemas bilik dan ruang tamu setelah mandi.

"Meh, abang tolong sayang."

Dia mengambil penyapu yang berada di tanganku. Aku hanya memandangnya dengan muka tidak puas hati dan terus beredar daripada ruang tamu tersebut. Orang kata kalau nak hilangkan marah pergi tempat hijau. Jadi aku buat keputusan untuk pergi ke taman di belakang rumah.

Kehijauan taman tersebut membuatkan aku tenang. Aku mengambil paip air untuk menyiram pokok. Segar betul pokok-pokok bunga dekat sini. Agak-agak dia guna baja apa eh? Baja komposit ke baja ammonia ke baja tahi lembu. Uish banyak juga pilihan baja.

"Meh abang tolong sayang."

Sedang aku leka berangan pasal baja sekali lagi Uwais merampas paip air ditanganku. Geram aku dibuatnya, kalaulah ada baja dekat sini memang muka dia aku bubuh setepek dengan baja. Lagi bagus penangan baja tahi lembu. Biar sedar sikit dia ni.

"Awak ni kenapa haa? Tak boleh tengok saya duduk sorang-sorang eh? Orang nak kemas rumah, dia pun sibuk nak kemas rumah. Orang nak siram pokok, dia pun sibuk nak siram pokok. Lepas ni apa pula? Orang sibuk nak terjun kolam, awak pun nak terjun kolam? Haaa?"

Aku memarahinya sambil menjengketkan kaki supaya kelihatan lebih tinggi dan berkeyakinan. Almaklumlah, dia ni terlebih tinggi macam galah. Hantu galah pun boleh kalah.

"Dah, tak payahlah nak pujuk saya ke apa. Bagi saya ruang untuk bernafas."

Aku beredar daripada tempat tersebut dan pergi ke kolam ikan pula. Aku mengambil makanan ikan dan memberikan kepada ikan-ikan di kolam tersebut. Sekali campak, berduyun-duyun mari.

"Meh abang tolong sayang."

Kali ni aku tidak membenarkannya merampas apa-apa barang yang berada di tanganku.

"Ikan ni dah kenyang. Tak payah nak tolong."

Aku meletakkan makanan ikan tersebut di hujung kolam dan menepuk-nepuk tanganku untuk membuang sisa makanan ikan yang masih melekat di tanganku lalu memandang wajahnya dengan tidak berperasaan. Wajahnya kelihatan penat. Ada jugalah sedikit rasa kesian melihatnya tetapi ikutkan rajuk ni memang belum habis lagi.

Dia berjalan mendekatiku.

"Sampai bila sayang nak macam ni? Abang tak laratlah nak pujuk sayang."

"Siapa suruh pujuk? Tak ada siapa kan?"

Aku memalingkan badan untuk beredar daripada tempat tersebut tetapi dihalang oleh Uwais. Dia memegang bahuku menyebabkan aku menolaknya. Tindakan refleks daripadaku menyebabkan dia termasuk ke dalam kolam ikan tersebut.

Pada mulanya aku berasa terkejut sehinggakan aku ternganga. Kuat juga aku eh? Hahaha. Gelagatnya yang terjatuh di dalam kolam ikan tersebut membuatkan aku tergelak mengekek hahaha.

"Sayang!! Tolonglah abanggg! Gelilah dengan ikan ni."

Pecah perut aku dibuatnya melihat Uwais terkapai-kapai meminta tolong. Dah lah ikan dekat dalam kolam tu boleh tahan besar. Satu idea untuk membalas dendam buat kali kedua terlintas di fikiranku.

"Kejap eh."

Aku masuk ke dalam rumah dan berjalan satu ruang tamu kemudian keluar kembali, Uwais masih dalam keadaan yang sama. Aku harap dia tak lemaslah dalam kolam ikan tu. Sengaja aku jalan satu rumah untuk melambatkan masa. Aku duduk mencangkung kononnya untuk menolongnya tetapi senyap-senyap aku mengambil makanan ikan dan bangun semula menjauhi kolam ikan tersebut.

"Sayang nak buat apa tu?"

Aku hanya memberikannya senyuman penuh makna.

"Oh no! Sayang jangan cakap!!!!"

"Yaaa!! Rasakanlah penangan ikan berduyun-duyun!"

Aku membuat suara ala-ala Papazola dalam cerita Boboiboy sambil membaling makanan ikan ke dalam kolam ikan tersebut.

"Sayang!!!!!"

Apa lagi, berebutlah ikan-ikan tersebut untuk mengambil makanan. Uwais pula? Terkapai-kapailah barangkali mahu ambil makanan ikan juga. Hahahaha. Aku hanya mampu menggelakkannya. Derhaka ke aku? Ermm entahlah. Hahahaha. Ini baru balasan dunia belum balasan akhirat lagi. Nasib baiklah mummy tak ada. Kalau tak dua-dua kena pancung.
-----
:)
Macam budak² kan diorang?🤣 Sebenarnya kolam ikan tu takdelah dalam sngt pn, tpi Uwais je over.

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now