"MUMMY, daddy.. maafkanlah Uwais. Uwais banyak dosa dengan mummy dan daddy. Uwais tahu Uwais salah. Lepasni Uwais dah tak pergi kelab lagi dah. Uwais takkan keluar tengah malam buta lagi. Maafkanlah Uwais daddy, mummy." Uwais menangis sambil melutut di hadapan Datin Ilya dan Tan Sri Najmi.
"Mummy dengan daddy boleh maafkan Uwais tapi dengan satu syarat. Uwais kena habiskan master dan dapat dekan." Uwais memandang Datin Ilya dan Tan Sri Najmi.
"Kalau itu yang buatkan mummy dengan daddy bahagia. Uwais terima." Datin Ilya terus memeluknya. Tan Sri Najmi hanya tersenyum dan bersyukur.
"Lagi satu, Uwais dah tak boleh nak ponteng-ponteng kelas lagi. Tak boleh keluar malam kecuali ada sebab yang munasabah." Uwais hanya mengangguk.
Malam tu dia tak dapat tidur kerana teringatkan perempuan yang membantunya. Dia hanya menepuk dahi, macam manalah boleh terlupa nak tanya nama dia. Mak dengan abah pun asyik cakap anak dara, anak dara. Entah-entah nama dia memang anak dara kot. Teringat pula waktu aku tertidur dalam kereta sampai esok paginya.
Bunyi ketukan yang kuat membangunkan Uwais daripada lena tidur. Lambat-lambat dia membuka tingkap kereta.
"Hang buat apa dalam Raja anak aku ni? Nak mencuri ka? Meh aku bawa hang pergi balai." Dalam keadaan mamai Uwais meregangkan badannya.
"Pukul berapa ni pak cik?"
"Subuh dah aih. Hang buat apa dalam Raja anak aku ni?" Amboi perempuan ni memang nak kena. Boleh dia tinggalkan aku dekat dalam kereta ni. Huh. Idea nakal ingin mengenakan perempuan tersebut sudah bermain-main di fikirannya.
"Tak buat apalah. Saya balik dengan dia semalam. Saya bakal suami dia." Tergamam pak cik tersebut mendengar penjelasan daripada Uwais.
"Haa masuklah rumah dulu kalau macam tu. Abah nak pergi surau sat."
Sampai je dalam rumah. Berdas-das soalan daripada mak diajukan kepada Uwais.
"Bila hang kenai dia? Hang orang mana? Dia tak pernah bagitau mak pun dia ada calon suami. Marka pun takdak. Tup tup bawa bakal suami teruih. Umoq hang berapa? Kerja apa? Mak ayah hang tau dak hang pergi sini?" Amboi tak menyempat. Uwais hanya tersenyum sumbing dan semua kenyataan yang dia berikan hanyalah tipu belaka.
"Mak nak masak apa? Uwais boleh tolong-tolong sikit."
"Hang pandai masak ka?"
"Siapa kata tak pandai. Ini Raja Uwaislah."
"Nah. Goreng karipap ni." Uwais hanya menurut.
Sewaktu dia sedang menyediakan sarapan tiba-tiba perempuan tersebut duduk betul-betul di hadapannya. Dia terkedu seketika kerana semalam dia melihat perempuan tersebut memakai tudung dan berbaju kurung. Hari ini pakai baju kelawar dan muka pun belum basuh tapi kenapa berdebar semacam je ni. Merah muka Uwais akibat menahan nafas. Dia melihat perempuan tersebut dimarahi oleh mak. Uwais meneruskan kerjanya dan terus bersarapan pagi.
Sekali lagi Uwais terkedu. Kali ini dia memakai tudung dan lebih sopan. Tadi rasa macam nak terkam je hahaha. Dia terkedu kerana perempuan tersebut memeluk dan mencium mak.
Sungguh kalau dia jadi isteri aku agak-agak dia buat macam tu tak? Hahaha. Teringin juga. Raja tergelak sendiri mengingati peristiwa tersebut.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...