Bab 15

4.6K 286 10
                                    

Terima kasih kerana membaca :) Sis akan sambung cerita ni... yeay! >.< Bab ni khas untuk lailaisabella94  sebab dia orang pertama yang suruh sis sambung balik dan terima kasih kerana banyak memberi komen yang menaikkan semangat sis nak tulis. Hehe.  Selamat membaca.

.............

AKU menelaah mukanya yang sedang lena tidur. Sungguh aku tidak percaya bahawa lelaki yang aku selalu minta dijauhkan adalah suamiku kini. Dia terlalu muda untukku.

Aku memejamkan mata cuba untuk menerima segalanya. Aku akan cuba jadi isteri yang terbaik untuknya. Tiba-tiba aku dapat merasakan seseorang bermain-main dengan mukaku. Tangannya merayap daripada bahagian anak rambutku sehinggalah ke dagu. Berdebar dia hanya tuhan je yang tahu.

"Abang akan cuba jadi suami yang terbaik untuk sayang." Bisik Uwais perlahan. Tangannya masih tidak dilepaskan daripada mukaku. Kucupan di dahi aku terima. Air mataku tiba-tiba jatuh satu per satu membuatkan Uwais kaku. Bukan air mata sedih tetapi gembira.

"Kenapa ni sayang?" Uwais mengusap-usap rambutku. Aku hanya memeluk tubuhnya yang agak tegap dan menangis di dalam pelukannya. Entahlah, tiba-tiba je rasa nak menangis.

Selesai sahaja menangis aku bangun mengikat rambutku. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.

" Jom solat." Uwais turut sama bangun dan mengesat air mataku dengan tangannya. Dia terus menarik tanganku menuju ke tandas untuk mengambil whudu'.

Mungkin inilah rasa hidup berumah tangga. Saling melengkapi. Buat pertama kalinya Uwais mengimamkan aku dan keluargaku solat. Tenang rasanya bila melihat Uwais mampu untuk membimbingku ke jalan yang benar. Terima kasih untuk abah kerana mampu mengubah Uwais sehingga menjadi suami yang soleh untukku.

"Harini sayang tak payah masaklah. Biar abang dengan mak je yang duduk dekat dapur." Aku terkebil-kebil. Sekarang ni aku yang isteri ke dia? Susah betul bila dapat suami pandai masak ni.

"Mana boleh. Saya isteri awak. Biar saya yang masak dengan mak."

"Alah, dengarlah cakap suami. Harini encik suami awak ni nak bagi cik isteri rehat." Aku menggeleng lagi.

"Tak boleh. Awak tu lelaki. Pergilah ikut abah."

"Awat duk hingaq sangat ni. Pagi-pagi dah buat bising. Hangpa dua ni takdak kerja ka sampai kerja nak bertekak saja." Mak mencelah pergaduhan kami.

"Dia yang mula dulu mak. Dia tak bagi ceq masak." Aku menudingkan jari ke arah Uwais.

"Uwais, hang tak payahlah masuk dapoq lagi. Biar harini hang jadi Raja sat na."

"Tapi mak.. hari-hari saya jadi Raja." Mak hanya menepuk dahi.

"Ikut hang lah. Lagu tu hangpa dualah yang masak harini. Biar mak dengan abah rehat. Makanan tak sedap hangpa dua yang mak masak buat gulai nanti." Uwais hanya mengangguk. Aku pula yang membuat muka. Mak terus beredar daripada dapur.

"Tak baik tau tarik muka depan suami." Uwais memicit hidungku.

"Auuu.. sakitlah!" aku memukul bahunya. Eyy geram dengan perangai dia. Dah jadi suami pun masih nak sakitkan hati aku. Uwais hanya tergelak mengekek.

Pagi itu kami makan cucur udang dan sambal udang. Haah, memang harini semua berlaukkan udang. Nak buat macam mana, udang je yang ada dekat dalam peti sejuk. Mak dan ayah pun tidak mengkritik hasil masakan kami. Sedaplah tu. Mak sempat juga membeli nasi lemak di gerai Pak Lan. Jadi takdelah lapar sangat kalau makan cucur udang je.

"Lepasni Uwais nak pergi beli barang dapurlah mak. Uwais tengok tadi dah tak banyak barang dah."

"Haa, eloklah lagu tu. Hani nanti hang bawa Uwais pergi pasar. Motor ayah hang tu ada ja dekat depan tu. Nak guna nanti pergi ambil kunci dekat atas meja sana." Aku hanya mengagguk tetapi reaksi muka Uwais membuatkan aku ingin tergelak. Mungkin dia tidak pernah membawa motor. Haha.

........

Jangan lupa vote dan letak dekat reading list semua ya.  >_0

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now