Bab 45

3.4K 186 4
                                    

Sebab sis pun tak sabar nak tengok apa jadi next chapter. JOMMM BACA🤣
-----

"ASSALAMUALAIKUM.. Mummy buat apa tu?" Masuk sahaja di dalam rumah aku terus menuju ke dapur dan terus menyalami mummy.

"Waalaikumussalam. Nak masak untuk makan malam ni." Aku menyingsingkan lengan baju dan meletakkan beg di atas kerusi sambil melihat bahan-bahan masakan.

"Mummy nak Hani tolong apa-apa tak?" Dia menepis tanganku yang sudah memegang pisau.

"Pergi naik atas dulu mandi. Segarkan badan dulu baru turun bawah tolong mummy."

Alahai mummy ni. Aku ni cuba sedaya upaya untuk elakkan diri daripada Uwais. Mummy pula macam sengaja aje dekatkan aku dengan dia. Arghh aku kena cari alasan yang munasabah ni.

"Halah mummy... nanti Hani masak pun berbau juga. Lepas tolong mummy baru Hani pergi mandi ya?" Aku mencuci tangan dan membantunya.

"Mummy!!! Mummy!" Terdengar suara Uwais menjerit daripada luar dapur.

"Harini mummy masak apa?" Kepalanya muncul di pintu dapur.

"Hari ni mummy nak masak kari ayam. Dah siap mandi dah? Haa meh sini tolong mummy buang kulit kentang lepastu potong dua." Dia mengambil tempat duduk di hadapanku. Langsung tidak memandang wajahku.

Dia mula membuat kerja tanpa mengendahkan aku yang berada di hadapannya. Wajahnya serius tidak bersuara. Rambutnya yang masih basah disikat rapi dan bau badannya wangi. Berapa botol minyak wangi dia sembur dekat badan ni? Jauhnya beza dia dengan Luq yang ada masalah.

Aku memotong bawang laju-laju menahan geram. Mata sudah mula berair. Pedih yang amat. Aku menggosok-gosok mata dengan tangan. Argh bertambah pedih.

"Hani? Okey tak tu?" Aku menangis teresak-esak tidak membalas pertanyaan mummy.

"Hani pergi mandi dulu ya? Biar mummy dengan Uwais buat." Aku mengangguk.

"Umur dah dua puluh lapan takkanlah potong bawang pun boleh nangis. Saja lahtu nak perhatian." Suara halus tersebut membuatkan aku kecil hati.  Perlahan-lahan aku bangun dan berlalu pergi. Langsung tidak melihat wajah Uwais.

Setelah selesai mandi dan bersiap aku terus memakai telekung untuk solat asar dan membaca al-quran. Al-quran sahaja lah sebaik-baik penawar. Hati yang gundah terasa tenang buat seketika apabila aku membacanya.

Aku bergegas turun daripada tangga menuju ke dapur. Terlupa pula yang aku perlu membantu mummy memasak. Terlihat Uwais dan mummy sedang tertawa gembira tetapi tawa tersebut pudar setelah aku memasuki dapur. Hanya mummy sahaja yang masih gelak tidak henti. Aku tersenyum kelat.

"Wah, apa yang meriah sangat ni? Dari luar boleh dengar." Aku bertanya dengan nada yang biasa.

"Ini aje kan mummy? Kalau tak ada apa-apa lagi Uwais pergi keluar jogging kejap." Dia menyalami mummy dan berlalu pergi. Soalanku dibiarkan begitu sahaja. Aku dan mummy menyambung kerja memasak.

-----

USAI sahaja solat Isyak wajah Uwais tidak kelihatan di dalam bilik mahupun di ruang tamu. Aku menunggunya di dalam bilik sehingga jam sebelas malam tetapi dia masih tidak masuk ke dalam bilik. Aku membuat keputusan untuk pergi mencarinya.

Bermula daripada ruang tamu, bilik kerja, perpustakaan mini, dapur, ruang tamu sehinggalah di luar rumah. Tiada. Tak mungkin dia keluar rumah kerana keretanya jelas terparkir di hadapan rumah. Setelah penat mencarinya, aku mengambil keputusan untuk mengambil wuduk dan menuju ke bilik solat untuk menunaikan solat sunat witir dan membaca al-quran.

Masuk sahaja di dalam bilik aku ternampak Uwais sedang lena tidur dengan laptop terpasang di hadapannya. Aku membiarkannya seketika sehingga selesai solat dan membaca al-quran.

Aku meletakkan al-quran di rak dan perlahan-lahan menuju ke arahnya yang sedang terbaring lena di atas karpet. Hanya lengannya menjadi bantal. Aku menutup laptop dengan berhati-hati dan diletakkan di tepi lalu baring menghadapnya tidak menanggalkan telekung.

Melihat wajahnya sedang tidur membuatkan aku tenang kerana wajahnya seperti tiada masalah langsung. Seolah-olah mimpinya lebih indah daripada realiti. Kadang-kadang aku rasa sedih kerana selalu membebankannya dengan masalahku. Padahal dia masih belajar. Kesian melihatnya yang perlu menjaga aku dalam masa yang sama perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar juga. Aku mengusap pipinya lembut dan berbisik perlahan kepadanya.

"Saya tak nak menyusahkan awak. Saya minta maaf." Perlahan-lahan aku menutup mata.

Tiba-tiba terasa seperti tanganku di tepis kasar. Aku terkejut lalu terus bangun daripada baringan. Wajahnya tidak bereaksi seperti betul-betul terasa dengan apa yang aku lakukan padanya selama ini.

"Kau buat apa dekat sini? Pergilah tidur dekat bilik sana." Suaranya kasar. Hampir gugur air mataku mendengar Uwais di hadapan mata ber'aku engkau' denganku. 

"S..sa..saya cari awak tadi tak jumpa."

"Sekarang ni dah jumpa kan? Haa pergilah berambus."

"Uwais. Kalau ya pun awak marah dengan saya. Boleh tak jaga mulut awak tu sikit? Kita boleh bincang benda ni elok-elok. Bukannya terus tengking-menengking macam ni. Saya penatlah. Cukuplah masalah dekat kerja janganlah awak tambah masalah ni." Dia tersenyum sinis tetapi masih lagi tidak memandangku.

"Aku menambahkan masalah kau? Maksudnya aku ni menyusahkan kau lah ya?" Aku menarik nafas dalam-dalam.

"Awak boleh tak dengar apa yang saya nak explain? Saya tunggu awak berjam-jam dekat dalam bilik sebab saya nak explain dekat awak. Tapi ada awak masuk bilik tadi? Petang tadi punyalah awak beria nak sangat tahu apa masalah saya. Nak sangat saya share masalah saya dengan awak. Lepastu cakap saya larikan diri daripada masalah. Sekarang ni siapa yang larikan diri? Siapa? Saya ke? Sekarang saya nak explain semuanya awak tak nak dengar. Awak jauhkan diri daripada saya. How can I explain it to you if you keep avoid me? Tell me how?" Lembut sahaja suaraku tetapi masih ada tegasnya.

"Tak payah nak explain apa-apa. Aku dah tahu semuanya. Dah lah Hani. Pergilah tidur. Aku tak nak tambahkan masalah kau."

----
SIS PUN STRESS JUGA DENGAN DIORANG NI.. COMPLICATED😌

Lecturer Paling ComelWhere stories live. Discover now