"SAYANG pakai tudung ni nak pergi mana?" Uwais duduk di atas katil sambil memandangku. Aku mengendahkan soalannya dan terus membetulkan tudung di hadapan cermin bilik.
"Sampai hati tak jawab soalan abang."
Dia memasamkan muka lalu bangun membelakangiku. Tangannya mula merayap-rayap memeluk tubuhku sambil dagunya dibahuku. Aihlah suami aku ni. Manja lain macam, tahulah dia anak tunggal. Aku pun anak tunggal tapi takdelah gatai sangat macam dia ni. Lambat-lambat aku menjawab juga soalannya.
"Nak pergi sungai sekejap." Mata dia mula membesar. Terlihat sinar dimatanya macam budak enam tahun dapat mainan.
"Abang nak ikut sayang! Tunggu kejap abang siap."
"Tak payahlahhhh! Sayang nak pergi sorang pleaseeee!" Langkahnya terhenti bila aku tidak mahu dia mengikutiku. Dia berdiri menghadapku kembali sambil memeluk tubuh dengan muka seriusnya.
"No! You can't get out of this house without me. I'll never allowed you to do that! Never!" Nada suaranya membuatkan aku cuak. Aku terpaksa akur dengan arahannya. Suami kan? Mana boleh lawan.
"KITA pergi sana naik apa sayang?"
"Naik kakilah. Apa lagi."
"Haaa? Tak fahamlah." Aku hanya menggelengkan kepala.
Tidak sampai beberapa langkah kami keluar dari rumah, Uwais sudah menghentikan langkahnya. Mukanya berkerut-kerut cuba untuk memahami jawapanku.
"Ish, jalan kakilah suamiku sayang."
Aku menarik tangannya sambil meneruskan perjalanan. Kenapalah budak kolumpoq bila sampai kampung jadi bengap macam ni? Astaghfirullah, Ya Allah maafkan aku sebab dah terkutuk suami aku ni. Tapi betul apa hehe.
Dalam beberapa minit kami berjalan baru aku perasan tanganku masih memegang erat tangan Uwais. Selepas sahaja tersedar daripada perbuatan tersebut, aku melepaskan tangannya perlahan-lahan. Perasaan janggal mula muncul antara kami. Jelas riak wajahnya berubah secara tiba-tiba. Dia terkilan ke?
"Err, apa kata kita main game. Nak tak?" Uwais mengerutkan dahi.
"Game apa?"
"Kejar-kejar. Kalau awak dapat tangkap saya, awak menang."
"Lepastu abang dapat ap..."
Tidak sempat dia menanyakan soalan, aku terus melarikan diri daripadanya. Hahaha. Itulah taktik sebenar aku. Bila aku menoleh belakang dia semakin hampir denganku. Aku berlari sepantas yang boleh sampailah...
Papp!!! Aku terlanggar seseorang yang berbadan sasa dan aku tidak mampu untuk menstabilkan diri. Akan tetapi dia sempat merangkul tubuhku. Dalam beberapa saat, aku merenung wajahnya tanpa berkelip. Wajah yang cukup aku kenali. Wajah yang pernah membuatkan aku tidak tidur malam kerana sayangkannya. Dejavu! Aku pernah merasakan saat ini lapan tahun lepas.
"Aaa..aa..bang?"
Bunyi batuk yang kuat meleraikan renungan kami berdua. Sekali gus meleraikan rangkulan lelaki berbadan sasa itu. Aku memandang ke arah bunyi tersebut. Siapa lagi kalau bukan suamiku Raja Uwais. Mukanya merah menahan marah mungkin.
"Who's this guy Hani?" Aku menjangkakan soalan itu keluar dari mulut Raja Uwais tetapi berlawanan sama sekali. Lelaki yang membantu aku tadi yang mengajukan soalan tersebut kepadaku.
"He.. he is.."
"Hani's husband. Huh, I should be the one that ask her. Who are you? Am I?"
Uwais mencebik sambil memeluk tubuh. Perangai dia kalau serius memang nampak macho tapi tulah yang aku takut sebenarnya. Takut penumbuk dia keluar kena muka mamat depan aku ni pula. Hmm.. ke mamat ni memang patut dapat penumbuk eh?
Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis sambil membuka topinya. Panas barangkali. Dia membetulkan rambut dan kemudian memakai semula topi.
"I have no time to fight with you. What's your name by the way?"
"Uwais, Raja Uwais."
Lahhh. Suami aku sorang ni. Pergi melayan lelaki ni apahal. Kau tak nampak ke muka poyo dia tu. Tolonglah jangan jadi poyo macam dia juga. Naik muntah aku. Eceh, sebenarnya suka juga tengok orang lain cemburu sebab aku hahahaha.
"Ouh Raja? Nice to meet you."
Aku lupa ingatan ke haa? Aku rasa laki ni anak jati Melayu. Tapi awatnya cakap mat saleh? Macam-macam spesies lah lelaki Melayu zaman sekarang ni.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...