"SAYANG nak pergi sama-sama ke asing?"
"Hmmm.. asinglah. Balik baru sama-sama." Dia berkerut melihatku.
"Kenapa?"
"Baru surprise. Hehe."
"Surprise apanya? Ini dah nampak dekat rumah ni nak surprise apa lagi?"
"Yelah cuba abang bayangkan eh. Abang tertunggu-tunggu isteri abang. Lepastu tak boleh duduk diam sebab isteri abang ni tak sampai-sampai lagi. Bila dia masuk dalam dewan tu baru abang rasa lega. Lepastu rasa macam she is the one for you. Haa takkanlah tu pun nak kena cakap. Eyy, tak sweet betul laki kita ni." Dia menggaru-garu dagu yang tidak gatal.
"Haah en. Kenapa abang tak terfikir eh?" Dia tergelak lalu mendekatiku sambil memeluk erat tubuhku daripada belakang. Dagunya disandarkan di bahuku.
"But obviously you are the one for me. Tak payah tunggu nanti, sekarang pun abang dah boleh tatap muka sayang ni. Lebih daripada mukalah boleh tatap." Aku memukulnya.
"Dah lah. Abang pergi dulu nanti sayang menyusul."
"Sayang naik apa?"
"Grab."
"Kenapa tak naik kereta sendiri?"
"Nanti tak boleh balik sama-sama."
"Kalau macam tu abang naik grab sayang naik kereta." Aku hanya mengangguk.
"Bye sayang." Dia mencium dahiku dan memelukku erat sebelum berlalu pergi.
Sebaik sahaja dia pergi, aku terus menukar baju dan berdandan sedikit. Jubah labuh berwarna putih aku padankan dengan shawl. Selesai bersiap aku terus turun ke bawah mencari mummy untuk bersalaman dengannya sebelum gerak menuju ke hotel yang diadakan majlis tersebut.
------
Masuk sahaja di dalam dewan Luq sudah melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Dia menyuruhku duduk di sebelahnya. Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke arah meja yang menempatkan Luq dengan pensyarah yang lain.
"Hani Syamila! You look beautiful tonight." Dia memberikan senyuman manisnya kepadaku sebaik sahaja aku duduk di sebelahnya.
"Thank you Luq. You look handsome."
"Thank you."
Sesekali aku memandang sekeliling mencari Uwais. Dalam suasana yang ramai dan bising seperti ini aku tidak dapat mencari Uwais. Aku memberitahu Luq bahawa aku ingin pergi mengambil air lalu aku terus melangkah ke arah meja yang menyediakan minuman.
Mataku terlihat Dani sedang berlari-lari anak masuk ke dalam dewan seperti mencari seseorang. Aku berjalan mendekatinya.
"Dani? Kenapa ni?" Tercungap-cungap dia mengambil nafas.
"Miss.. Raja mana?" Berkerut dahiku.
"Kenapa? Dia tak sampai lagi ke?" Laju sahaja Dani menggeleng.
"Saya call dia tak jawab." Tiba-tiba telefon Dani berbunyi. Dia cepat-cepat mengangkat.
Aku tak tahu siapa yang menelefonnya dan tak tahu apa yang dibualkannya. Wajah Dani bertukar cuak.
"Aurora. Please don't do this. They're innocent. I'm the one that should be punish. Not them. Tell me dear. Where are you? I will meet you there."
Dia terus berlalu pergi. Aku yang terpinga-pinga turut mengikutinya walaupun tak tahu siapa lelaki yang di sembangnya dengan perempuan bernama Aurora. Aku macam pernah dengar nama Aurora tapi siapa dan di mana aku tak ingat.
"Dani! Explain to me what is happening right now? I can help you." Dia menarik nafas dalam-dalam. Terlihat wajahnya yang berserabut.
"If you can help me. Could you please call Luq. Tell him his wife will doing something stupid." Aku terpinga-pinga.
Satu apa pun aku tak faham sekarang ni. Aku ada dalam cerita siapa sekarang ni? Luq? Dani? Mana Uwais? Banyak persoalan yang bermain di fikiranku tetapi aku endahkan sahaja.
"Cepatlah miss! Your husband is in danger right now. Bila-bila masa je dia boleh mati." Aku terpinga-pinga. Kenapa kami menjadi mangsa mereka? Rasanya aku dan Uwais tak ada terlibat langsung dengan drama mereka. Kenapa kami? Aku cuba untuk faham situasi sekarang.
"Dekat mana dia sekarang? Dani! Tell me." Dia mengeluh. Tiba-tiba Luq muncul dengan nafas tercungap-cungap seperti Dani sebentar tadi.
"Dani, I have something to talk to you." Aku memejamkan mata. Aku tak mahu dengar drama antara mereka. Sekarang ni suami aku yang jadi mangsa. Aku terus merentap baju Dani membiarkannya terkejut.
"Dani! Tell me! Suami saya dalam bahaya. We have no time. Kalau awak tak nak tolong saya sekurang-kurangnya bagitau saya Uwais dekat mana. Please Dani." Dia menarik lenganku menuju ke lif hotel.
"Luq! Lengahkan masa dia by calling her. Dalam masa sepuluh minit kau naik atas." Luq yang terpinga-pinga turut mengangguk menerima arahan daripada Dani.
Sampai sahaja di tingkat yang paling atas kami terus menaiki tangga menuju ke bumbung. Dani mengangkat jari telunjuk mendekati bibirnya tanda menyuruhku senyap.
"Miss tunggu dekat sini dulu. Kalau rasa dah selamat saya akan buat isyarat tangan untuk miss keluar." Aku mengangguk. Jantungku berdegup dengan sangat laju lebih daripada berlari.
Dani membuka pintu perlahan lalu berjalan keluar. Aku hanya mampu melihat di balik pintu yang sudah tertutup sedikit. Aku menekup mulut sendiri apabila terlihat seorang perempuan sedang memegang leher Uwais lalu menyeretnya ke hujung bumbung. Satu susuk tubuh yang terbaring di tepi juga dapat aku saksikan. Haidar! Dia sedang terbaring tidak sedarkan diri. Perempuan tersebut tertawa kuat.
"Finally you are here Dani. How's your feeling watch your friend dying like this? Do you like it?" Kata-katanya diselangi dengan hilai tawa.
"Aurora. Dear. Please stop doing this stupid thing. This is not you Aurora. I know who you really are." Dia tertawa lagi dengan kata-kata Dani.
"Oh really? Maybe you just didn't know this side of me. Kalau awak suka saya kita tak akan ada masalah. Kalau dulu awak terima saya benda ni tak jadi lagi teruk. Kalau dulu awak tak larikan diri ke Malaysia macam orang pengecut saya takkan kahwin dengan Luq. What have you done to me Dani? You are the one that make me like this." Dani mengeluh berat. Aku hanya mampu jadi pemerhati. Ikutkan hati nak aje aku ambil Uwais daripada tangannya. Kasihan Uwais dipegang sebegitu rupa tanpa sedarkan diri.
"Kenapa? Sebab pensyarah perempuan awak tu ke? Patutnya saya culik dia. Ringan sikit saya nak hurung dia ke sini. Tapi awak nak tau kenapa saya tak culik dia?" Perempuan tersebut tergelak sinis.
"Sebab dia isteri lelaki ni! Mula-mula saya ingatkan awak ada hati dengan pensyarah tu. Hmm.. tapi saya salah rupanya. Saya tak tau macam mana lagi nak dapatkan awak. Mungkin dengan cara ni awak boleh terima saya."
"Aurora wake up! I don't want to talk with you like this. Let me get my friends and we will discuss about it later." Dani sudah mula bergerak mendekati perempuan tersebut untuk mengambil Uwais tetapi dia pantas mengambil pisau dalam poket seluarnya dan diletakkan di leher Uwais.
"Another step and he will die." Dia tertawa kuat.
"Aurora! Kenapa kau tak bunuh je aku? Kenapa diorang?" Aurora tersenyun sinis.
"Stupid question. Sebab Aku sayang kau lah. Takkanlah aku berani nak apa-apakan kau. You are precious to me Dani. You are my first crush and first love. I will never hurt you."
"By doing this you said that you will never hurt me? You are wrong Aurora. Hurting my friends mean you hurt me too." Dia tertawa lagi.
Aku tak boleh tahan lagi melihat hilaian tawanya yang seperti pontianak. Pasti Uwais dan Hairi kesejukan terbaring kaku sebegitu. Aku hendak bangun dan menyusup keluar tetapi tiba-tiba sahaja tanganku di rentap kasar oleh seseorang. Jantung berdegup laju semula tetapi kembali tenang apabila memandang wajah yang cukup aku kenali.
"Biar saya pergi dulu. Lepas saya dah tangkap dia baru awak ambil Uwais." Luq bangun membuka pintu dan berlari laju memeluk Aurora.
Sebaik sahaja Aurora di peluk erat oleh Luq, Aku terus berlari mendapatkan Uwais. Gugur air mataku apabila melihat wajah Uwais yang terdapat kesan lebam.
"Abang.. sayang datang ni."
___Okey nak dekat habis dah :'
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...