SUDAH dua hari Uwais meninggalkan keluarganya. Badan Puan Sri Ilya semakin hari semakin panas kerana demam. Mungkin juga demam rindu. Tan Sri Najmi duduk di sebelah Puan Sri Ilya yang terbaring di atas katil.
"Tak payahlah awak nak risaukan Uwais tu sayang. Saya kan dah upah pengintip untuk ikut ke mana sahaja dia pergi. Apa-apa mesti dia orang bagitau saya." Tan Sri mengusap-usap rambut Puan Sri Ilya. Sungguh sayangnya dia terhadap keluarganya.
"Apa je yang dia orang bagitau abang? Anak kita sihat ke? Dah makan ke belum? Dekat mana?"
"Sihatlah dia sampai pergi Kedah nun. Nak masuk Thailand dah kot. Sampai kereta dia rosak tepi jalan. Lepastu dia ikut sorang perempuan ni balik kampung. Dia tinggalkan kereta macam tu aje. Bahagialah kot ikut perempuan kampung tu."
"Lepastu? Abang biarkan je dia buat maksiat dengan perempuan tu? Entah kenal ke tidak tiba-tiba baik sangat nak tolong kenapa? Mesti ada sebab tu." Puan Sri Ilya yang daripada tadi baring terus terduduk.
"Tak aih. Dia orang cakap perempuan tu baik. Pakai tudung dan berbaju kurung balik kampung."
"Bukan boleh percaya orang zaman sekarang ni bang. Kalau dia orang nak goda tu godalah juga. Tak kiralah bertudung ke tidak."
"Nauzubillah. Janganlah cakap macam tu. Sayang kan mak dia. Doakanlah yang baik-baik untuk anak kita. Nak tengok tak gambar perempuan tu?" Puan Sri Ilya mengangguk dan terus melihat gambar yang ditunjukkan Tan Sri Najmi.
"Tu diaa.. Helok ya bang. Boleh buat calon menantu untuk anak kita ni. Ilya doakan Uwais ni kahwinlah dengan perempuan ni."
"Amboi maknya. Tak menyempat nak kenal. Dah nak jadikan menantu ya. Tadi bukan main cakap perempuan zaman sekarang tak boleh percayalah apalah."
"Hehe. Kalau dengan orang Kedah ceq on ja."
"Kalau macam tu abang pun on lah."
"On apa?"
"Jadikan orang Kedah bini nombor dua."
"Amboi.. dah tua bangka tak sedar diri naa.." Datin Ilya mencubit manja lengan suaminya.
"Sakitlah sayang oi.. Abang gurau ja tadi haha"
Sehari sebelum..
"Aiseh, kereta ni buat hal pula. Nama je kereta Audi tapi hampeh serupa kereta Kancil lah kau ni Rose." Ya. Dia menamakan keretanya Rose disebabkan dia minat kpop idol daripada kumpulan Blackpink. Tiba-tiba sebuah kereta Myvi berhenti betul-betul di belakang kereta Uwais.
"Kenapa ni encik? Kereta rosak ke?" Suara seorang perempuan bertanya kepada Uwais.
"Haah. Rose ni dekat tengah-tengah jalan jugalah dia nak buat hal." Perempuan tersebut hanya tergelak kecil.
"Ouh, Rose ni tak dijaga dengan baik kot oleh suami dia." Uwais pula tercengang dengan kata-kata perempuan tersebut.
"Entahlah. Selalunya dia tak buat hal. Kalau nak cakap service dah service. Siap mandikan dia dengan tangan aku sendiri lagi kot." Kali ni perempuan tu tergelak dengan kuat. Nasib comel, kalau tak dah maki dah.
"Encik nak pergi mana? Saya boleh hantarkan." Tiba-tiba Uwais terdiam. Dia pun tak tahu nak pergi mana.
"Err.. sebenarnya.. saya nak makan angin dekat Kedah tapi tulah tak ada tempat yang best." Kalau nak cakap lari rumah tak macholah kan? So cakap nak pergi bercuti.
"Ouh lagu tu ka? Saya ni orang Kedah. Bolehlah saya suggest kan tempat menarik dekat encik."
"Kalau saya ikut awak boleh tak? Saya teringin nak merasa suasana dekat kampung. Penat dah tengok bangunan sana sini."
"Boleh tu memang boleh tapi saya tak berapa yakinlah dengan encik ni. Entah-entah nak merompak ka apa. Naya saya."
"Eh ke situ pula awak. Awak nampak tu saya pakai kereta apa?" Uwais menunjukkan keretanya yang tersadai di tepi jalan.
"Tahulah. Kereta dah terbengkalai dekat situ. Dah nazak dah pun." Uwais hanya menepuk dahi.
"Cik.. kalau saya nak rompak. Daripada cik berhentikan kereta tadi saya dah merompak. Ini bukan rompak cik. Ini saya nak minta tolong. Tolonglah bawa saya balik kampung cik." Setelah lama berfikir perempuan tersebut bersetuju.
"Mailah masuk dalam Raja saya ni." Uwais terkedu sekali lagi.
"Apa? Ingat encik sorang ja ka yang bagi nama panggilan dekat kereta? Saya pun ada nama panggilan untuk kereta saya." Sekali lagi Uwais terkedu. Kau rajakan kereta kau ni?
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
Storie d'amorePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...