AKU memandang Uwais yang masih tidak sedarkan diri. Dani memberitahuku yang Uwais dan Hairi diberi ubat tidur setelah mereka di pukul dan kesannya mungkin memakan masa dalam beberapa jam.
Aku membuat keputusan untuk tidur di hotel ini semalaman supaya tidak menyusahkan sesiapa. Aku, Dani dan Luq juga membuat keputusan untuk tidak melanjutkan cerita ini hingga ke pihak polis demi menjaga imej hotel ini.
Rupa-rupanya Aurora itu ialah anak pemilik hotel ini dan mempunyai beberapa hotel lagi di Malaysia. Hubungannya antara Luq dengan Dani aku tidak mahu masuk campur. Biarlah mereka selesaikan dengan cara yang baik tanpa melibatkan rakyat marhaen seperti aku dan Uwais. Kesian juga aku pada Hairi yang tidak tahu apa-apa langsung. Hairi dijaga oleh Dani.
Aku sangat kagum dengan persahabatan Uwais dengan Dani dan Hairi. Mereka sangat memerlukan antara satu sama lain. Mungkin itulah antara sebab kenapa Aurora menggunakan kawan-kawan Dani sebagai umpan untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Kalau orang lain mesti fikir dua tiga kali nak selamatkan kawan atau biarkan sahaja. Aku sendiri tidak mampu mendapat kawan seperti mereka.
Selama ni segala gambar yang disebarkan di internet semuanya kerja Aurora. Dia sengaja mahu menjatuhkan maruahku supaya orang memandang jijik denganku. Hanya semata-mata untuk mendapatkan Dani. Aku dapat menarik nafas lega setelah semua yang berlaku sudah selesai. Walaupun belum selesai seratus peratus tapi sekurang-kurangnya banyak persoalan terjawab.
-------
MATAKU tertumpu ke arah Uwais yang sedang mencari kunci kereta. Suka aku melihatnya yang tidak tentu arah sebegitu.
"Sayang! Tolonglah abang cari kunci kereta. Dah lambat ni nak pergi kerja. Nanti daddy bisinglah." Aku bangun daripada katil dan menggoncang-goncangkan kunci keretanya yang berada di tanganku. Dia memandangku dengan wajah mahu memakan aku.
"Bagi abang kunci tu sekarang sayang. Abang dah lambat nak pergi kerja ni." Dia bercekak pinggang melihatku. Aku laju menggeleng sambil berdiri di atas katil.
"Ambillah kalau boleh." Dia mengeluh lalu menaiki katil dan menggeletek perutku. Kami sama-sama terbaring di atas katil.
"Sayang nak bagi ke tak? Kalau tak abang buat lagi teruk daripada ni." Aku tertawa kuat kerana geli. Perlahan-lahan aku memberikan kunci kereta kepadanya. Dia menukar posisi dari baring kepada duduk sambil membetulkan rambut dan tali lehernya.
"Abang pergi ya sayang. Jangan nakal-nakal dekat rumah. Kalau tak tahu nak buat apa pergi cakap dengan ikan dekat kolam tu." Aku memasamkan muka duduk di sisi katil. Dia sudah berdiri di hadapanku sambil mengusap-usap lembut rambutku.
"Janganlah macam ni sayang. Abang nak kerjalah. Bukannya nak pergi jauh pun. Kata nak tengok suami sayang ni jadi CEO. Haa sayang kenalah bagi sokongan dekat abang. Kalau abang masuk lambat nanti apa pula daddy cakap."
Sejak Uwais mula bekerja dia jarang ada masa denganku. Kebanyakan masanya selalu berada di pejabat. Katanya banyak benda yang dia perlu belajar. Selok-belok syarikat. Cara macam mana nak majukan lagi syarikat. Dia ingat aku kisah dengan semua tu. Aku cuma nak perhatian dia aje.
"Hmmm. Balik awal eh harini." Dia tergelak kecil dan mengangguk. Kami sama-sama turun ke bawah.
"Uwais, makan dulu sebelum pergi kerja." Suara mummy kedengaran dari dapur.
"Tak apalah mummy. Uwais dah lambat ni. Uwais pergi dulu ya mummy." Aku menyalami Uwais dan dia mencium dahiku kemudian memakai kasut dan berlalu pergi menaiki kereta.
Bila menganggur ni kebanyakan masa aku luangkan dengan mummy. Kalau bukan dengan mummy, aku akan bersembang dengan bibik yang datang pada waktu petang sambil membantunya mengemas rumah. Waktu malam pula kalau Uwais tak balik lagi aku selalu ke kolam ikan sambil menunggu Uwais pulang. Itulah rutin harian aku ketika menganggur.
------
HARI yang ditunggu-tunggu tiba jua. Aku membetulkan tali leher yang dipakai oleh Uwais. Dia memelukku erat sambil tersenyum memandangku.
"Handsome lah suami kita hari ni. Macho bergaya." Aku tergelak sendiri setelah memujinya.
"Mestilah kena hensem. Tengoklah suami siapa. Suami bekas pensyarah muda ni. Bukan kaleng-kaleng." Berkerut dahiku.
"Apa tu kaleng-kaleng?" Dia tergelak.
"Bukan calang-calang."
"Eyy rosak bahasa." Dia tergelak lagi.
"Jomlah kita turun. Mummy, daddy, mak dengan abah dah tunggu dekat bawah." Aku menarik tangannya untuk keluar daripada bilik tetapi dia sempat menahanku dan memelukku semula.
"Sekejaplah. Bagi abang hargai masa macam ni dengan sayang. Lama abang tak peluk sayang macam ni. Lama kita tak luangkan masa sama-sama." Aku membalas pelukannya erat. Beberapa minit kemudian baru kami keluar daripada bilik dan menuruni tangga.
"Morning everyone!" Nada suara Uwais sangat ceria pagi ni. Mereka yang lain juga membalas dengan hati yang gembira.
"Tak berdebar ke Uwais?" Mak bertanya kepadanya.
"Nope. Uwais dah biasalah mak. Tapi kali ni lain sikit sebab yelah. Isteri pun ada bagi sokongan. Tambah dengan mak abah pula. Meriahlah nanti. Cuma tak ada anak je lagi." Bulat mataku memandang Uwais. Mereka semua tergelak mendengar ayat yang keluar daripada mulut Uwais.
Uwais mengambil tempat duduknya sambil menunggu giliran namanya dipanggil untuk menerima segulung ijazah. Aku tersenyum melihatnya daripada jauh. Mummy yang duduk di sebelahku memelukku.
"Terima kasih Hani. Kalau bukan sebab Hani mummy tak tahulah apa jadi dengan Uwais. Mummy nampak yang Uwais makin matang sekarang. Daddy pun dah tak payah pening kepala pasal syarikat dia lagi sebab ada Uwais untuk tolong dia. Mummy bersyukur sebab Uwais terserempak dengan Hani dulu." Aku tersenyum sambil membalas pelukan mummy.
"Ini bukan sebab Hani. Dia sendiri yang nak ubah diri dia jadi orang yang lagi baik. Hani cuma tolong dia sikit-sikit je. Bila Hani tengok dia yang sekarang ni. Hani tak percaya yang dia ni seorang lelaki yang degil, tak dengar cakap, keras kepala, hati batu dan nakal. Sebab Hani nampak yang dia seorang yang baik. Pandai jaga keluarga. Dia ambil berat pasal semua orang. Sebab itulah Hani suka dia. Dia sebenarnya lembut dan penyayang." Mummy mengusap-usap bahuku lembut.
Kami bertepuk tangan apabila nama Uwais dipanggil menaiki pentas menerima segulung ijazah. Turun sahaja daripada pentas tersebut dia terus berjalan menuju ke arah kami dan memeluk mummy, daddy, abah, mak dan aku orang yang terakhir dipeluknya lama sambil berbisik perlahan.
"Thank you sayang."
Suara seseorang sedang berpura-pura batuk membuatkan Uwais meleraikan pelukannya.
"Amboi! Dah ada isteri lupa kawan terus ya." Aku tergelak kecil melihat Hairi yang sudah menepuk-nepuk bahu Uwais.
"Kau ni Hairi. Potong mood aje aku nak sweet dengan isteri sendiri. Kalau jeles pergilah kahwin cepat." Hairi membuat muka menyampah melihat Uwais. Dani juga turut mendekati kami.
"Miss Hani! How are you today?" Aku tersenyum apabila Dani menyapaku dengan nada yang ceria sekali.
"Sihat selalu."
"I have something for you." Dia memberikan sekuntum bunga ros kepadaku. Aku mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Wajahnya cukup ceria hari ni.
"Eh budak ni. Ada juga yang makan penumbuk karang. Kalau nak mengorat pun agak-agaklah. Bini aku oi!" Uwais menarik aku dekat dengannya membuatkan Aku tergelak. Dani hanya tersenyum sinis.
"Tak sangka aku yang kau boleh dapat kahwin dengan lecturer paling comel dekat U ni. Aku baru berangan nak mengorat dia lepas habis belajar. Tup tup dia dah kahwin dengan kawan baik aku sendiri. Dah kahwin tak bagitau pula tu." Bersungguh-sungguh Hairi meluahkan perasaannya.
"Terlambatlah bro. Pergi cari lain. Takde siapa boleh rampas lecturer aku. Sekarang dia lecturer aku sorang je. Korang bukan anak murid dia lagi." Kami tertawa mendengar kata-kata Uwais. Dia memegang bahuku erat.
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...