"PETANG ni kita ada satu tugasan dan saya dah bahagikan setiap kumpulan. Jadi masing-masing ada tanggungjawab dan peranan sendiri. Kalau ada apa-apa terus bagitau saya atau pun miss Hani. Awak semua boleh gerak sekarang dan berkumpul setengah jam lagi."
"Miss, jom pergi sana."
Aku hanya mengangguk mengikut Hairi dan Dani. Dua orang ni memang satu geng dengan Uwais. Sorang jenis yang peramah dan lagi sorang jenis yang pendiam tapi cool aje. Dalam diorang bertiga ni tentulah Dani paling ramai peminat.
"Miss, kita tiga ni satu kumpulan sampai habis trip ni ke?"
"Nampaknya macam tu lah."
Sambil mengutip sampah sambil bersembang.
"Wahh, mesti Raja jealous sebab kitorang satu kumpulan dengan miss Hani."
"Haha, kenapa nak jealous pula?"
"Yelah, Raja tu kan minat miss Hani."
"Dia ada bagitau awak apa-apa ke?"
Hairi hanya mengangkat bahu membuatkan aku berteka teki.
"Miss,Hairi, korang ada bau apa-apa tak?"
Aku mengerutkan dahi sambil menghidu.
"Bau apa ni?"
Aku bertanya kepada mereka.
"Macam bau bangkai." Balas Dani.
"Bau ni dari sana."
Hairi menunjukkan satu tempat yang penuh dengan sampah sarap seperti plastik sampah, straw dan tin serta sisa makanan.
Aku menutup hidung sesampai sahaja di tempat tersebut. Baunya tersangatlah busuk sampaikan aku terasa nak muntah. Dani yang menyedari perilaku ku terus mengutip sampah sarap yang ada masuk ke dalam plastik yang dibawa diikuti oleh Hairi. Aku hanya mengutip apa yang mampu sahaja.
"Miss, ii..inii bukan ke?"
"Ya Allah."
Aku terus menutup mata dan menekup mulut kerana tidak sanggup melihat benda yang berada betul-betul di hadapanku.
"Miss, kalau miss tak boleh buat miss pergi dekat pantai tu kejap. Hairi, kau pergi temankan miss. Biar aku buat."
Aku dan Hairi hanya mengangguk dan berjalan ke gigi pantai. Sikap Dani yang bertanggungjawab membuatkan aku tabik dengannya.
"Miss nak muntah ke?"
Aku menggeleng.
"Tak lah. Bau dia kuat sangat sampai saya tak tahan."
"Saya tak tahu pula kawasan dekat pantai macam ni sebab selalu saya pergi memang tak ada langsung benda benda macam ni. Terkejut jugalah bila tengok ada bangkai penyu dekat tempat macam ni."
Bangkai penyu yang kami temui tersebut nampak seperti mati disebabkan oleh sampah sarap disekelilingnya. Aku masih ingat dengan jelas imej penyu tersebut yang seperti sengsara sebelum mati. Terdapat straw minuman di dalam hidungnya manakala terdapat beberapa plastik sampah di dalam mulutnya membuatkan hatiku tersentuh dan sedih kerana semuanya disebabkan oleh perbuatan manusia.
"Hairi, selalu awak pergi pantai dia macam mana?"
"Saya selalu pergi pantai yang memang dah bersih tanpa sampah sarap dekat sekeliling. Saya tersangatlah tak tahu yang ada juga pantai macam ni. Selama ni saya ingatkan semua pantai bersih dan cantik."
"Kan. Saya pun ingat macam tu. Sedih bila tengok alam sekitar makin tercemar disebabkan manusia sendiri. Pantai yang dulunya cantik, tapi sekarang berubah seratus peratus. Yang paling tak sangka, wujud juga manusia yang tak bertanggungjawab buang sampah sarap merata tempat. Saya tak tahulah datang daripada mana sikap macam ni. Langsung tak ada sifat tanggungjawab dalam diri. Kalau cakap pasal politik, ekonomi negara, bukan main lagi salahkan pemerintah. Tapi benda sekecil macam ni tak ada pula orang nak kisah. Tak ada pula yang nak ketengahkan masalah macam ni. Sibuk kejar harta sampai lupa harta sebenar yang percuma Allah bagi dekat kita."
Mataku sudah mulai berkaca.
"Betul. Saya sokong. Saya rasa aktiviti macam ni memang patut ada, bukan je dekat peringkat universiti tapi peringkat yang lagi besar."
Aku tersenyum memandangnya.
"Saya harap satu hari nanti awak jadi Salah seorang penggerak yang mengetengahkan masalah macam ni."
Dia hanya mengangguk.
"Miss, Hairi, dah lebih setengah jam ni. Jom berkumpul."
Dani melihat jam dan berlalu pergi diikuti oleh kami berdua.
-----
Bab ni khas untuk memberi kesedaran kepada kita semua tentang pentingnya alam sekitar. Memandangkan ramai yang kurang ambil cakna tentang masalah seperti ini. Muhasabah diri juga😌
YOU ARE READING
Lecturer Paling Comel
RomancePensyarah perempuan + Pelajar lelaki = ? . "Tengoklah ceq orang apa. Ini Hani dari Sungai Petanilah. Takat sorang pergi, petik jari sepuluh orang boleh mai." -Hani Syamila- . "Comellah miss Hani ni. Saya berkenan nak jadikan miss Hani ni sebagai...